Tip kekalkan berat badan sememangnya begitu bermakna buat wanita. Golongan wanita seharusnya sentiasa menjaga kesihatan badan dengan mengamalkan gaya hidup aktif. Ini kerana kesihatan yang baik harus disertakan dengan senaman dan bukan sekadar menjaga pemakanan yang seimbang.
Begitu juga yang diamalkan oleh Haslinda Yusof atau lebih mesra dengan panggilan Intan, 42. Walaupun Pandemik Covid-19 namun Intan tetap bersenam di rumah.
Wanita ini akui berat badannya dulu sekitar 56kg, sekarang 53 hingga 54kg dan berusaha untuk mengekalkan berat badan tersebut. Dia tidak pernah mengalami masalah berat badan Cuma kini dia berasa selesa kerana badannya lebih ‘fit’ berbanding dahulu.
“Bagi mengekalkan berat badan yang ideal saya mengamalkan cara hidup sihat dan pemakanan yang seimbang. Saya gemar aktiviti riadah dan ‘outdoor’ melibatkan aktiviti seperti larian, hiking, berbasikal, berzumba, bermain badminton, bermain ping pong dan sebagainya. Ini mungkin kerana sewaktu zaman persekolahan, saya terlibat dengan pelbagai aktiviti sukan dan pernah mewakili sekolah, daerah dan negeri.
“Buat masa ini, saya menyertai beberapa acara marathon yang dianjurkan di dalam negara. Untuk memastikan saya kekal fit, mencapai masa yang baik (personal best) dan mengelakkan kecederaan saya perlu melakukan latihan (sebelum acara). Oleh itu, kebiasanya sebelum sesuatu acara marathon, saya akan berjogging (training) sama ada membuat LSD (Long Slow Distance) atau pun aktiviti kardio yang lain.
“Selain itu, saya juga mempelbagaikan aktiviti sihat dengan hiking, berbasikal, berzumba atau pun bermain badminton. Setiap satu aktiviti memberi kepuasan yang berbeza, namun matlamatnya adalah sama iaitu untuk membina gaya hidup yang lebih sihat,” ungkap Intan yang turut menolak aktiviti sihat ini sebagai sumber rezekinya ini kerana aktiviti sebegini hanya sebagai cara hidup sihat dan memenuhi masa terluang.
Minat dalam aktiviti kecergasan ini sudah ada sejak zaman persekolahan. Namun terhenti apabila sibuk di IPTA dan bekerja kemudiannya mendirikan rumah tangga.
“Namun pada tahun 2015, saya terdetik untuk menyertai satu program kendalian Kevin Zahri iaitu Jom Kurus (Session 5). Niat asal adalah untuk mencari ‘supporting group’ dan rakan-rakan baharu yang mempunyai aliran dan minat yang sama. Apabila program ini selesai, dengan basic yang telah saya pelajari sepanjang program tersebut saya meneruskan gaya hidup sihat ini dengan menyertai acara larian (marathon), hiking, berbasikal dan sebagainya. Keadaan ini terterusan sehingga kini dan telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup saya. Saya bersyukur kerana suami saya turut sama memberi sokongan dengan menyertai acara marathon dan melakukan aktiviti sihat ini bersama-sama,” ungkap Intan yang turut gemar melakukan aktiviti seperti berjogging, marathon, hiking, berbasikal, bermain badminton dan berzumba bersama suami.
Terlalu Tertekan Nak Kurus, Makin Susah Berat Badan Turun, Jangan Bebankan Diri!
Makan Ayam Goreng Boleh KURUS, Inilah Tip Diet PALING MUDAH Tapi Ada Syaratnya
Intan juga menerangkan walaupun dalam keadaan PKP, kaum wanita boleh lakukan aktiviti kecergasan di rumah.
“Seperti saya, pada tahun 2015, apabila saya mula menyertai marathon, tidak ramai kawan-kawan di media sosial saya yang turut terlibat. Namun sejak kebelakangan ini, apabila saya sering berkongsi gambar dan aktiviti ini di media sosial, semakin ramai kawan-kawan saya yang turut menyertai aktiviti sihat ini.
“Aktiviti ini juga berbaloi diamalkan. Ia perlu dijadikan gaya hidup yang sihat kerana ia bukan semata-mata bersukan dan diet, ia juga memerlukan konsistensi. Berlari bukan sahaja menyihatkan, ia dapat membina kekuatan, menjadikan kita lebih cergas,” akhiri Intan.
TIPS MENU SIHAT YANG DIAMALKAN:
“Tiada secara specific. Saya cuba untuk makan nasi hanya sekali sehari. Cuba mengamalkan konsep suku-suku-separuh. Mengurangkan pengambilan gula terutamanya dalam minuman. Saya pernah membuat challenge minum air tanpa gula untuk selama sebulan. Saya juga jarang mengambil heavy food selepas jam 8 malam.”
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.ins