Nak beli barang basah pun kena tahu caranya, baru lah mak-mak mampu berjimat dalam sebulan. Kalau jarang masak pun tak apa, cuba dulu tip yang dikongsikan Puan Azlin Ramliini.
Yang penting ada niat nak masak, jadi boleh penuhkan peti ais dengan lauk pauk yang perlu.
Tip Jimat Barang Basah
Pertama kali nak beritahu: Ini tips untuk BEGINNER dalam erti kata lain yang baru jd suri rumah macam aku ni. Yang dah pro atau “hek eleh, orang dah lama tau” sila skip post ni.
Ni aku dah praktis masa bulan posa hari tu. Laki aku tak suka makan lauk beli time berbuka. Nak tak nak, kena masak atau pergi menempel je buka puasa kat rumah my mom or mil. Time tu lepas habis pantang, laki sorang je kerja. Sebelum tu tak penah aware pasal bajet. Yang aku tau kalau barang kering habis, ajak laki pergi hypermarket. Lauk-lauk basah kalau datang angin nak masak aku pergi beli je apa yang rasa nak makan.
Boleh try/share jika bermanfaat.
Peringatan: tempoh nak sediakan bahan ni makan masa 2-3 jam. Ambil masa sekali dalam seminggu buat. Kena mintak tolong laki jagakan anak jap. Kalau dia tak nak tolong, kau pun tak yah bersusah payah tolong dia jimatkan duit. Time beli barang dapur tu ko habiskan je sebulan gaji dia. Baru padan muka!
Ads
1. Setkan bajet berapa seminggu yang nak guna.
Macam kami tiga orang je makan (daddy,aisy,mommy). RM50 pun dah ckup. Kalau ramai, pandai-pandai la bahagi darab sendiri. Siang daddy keje, aisy sekolah. So aku masak untuk makan malam terus. Kira aku sorang je yang makan dua kali dalam rumah tu. Lauk plak tak lebih dua jenis sekali masak. Sejenis tu untuk 2 orang makan. Macam kitaorang makan kat kedai contohnya: Order tomyam sorang makan, telur dadar 2 biji. Pastu share. Macam tulah yang aku masak. Ikut kreativiti la mix dan match tu. Contoh : kari ayam + cendawan goreng telur. Yang pasti kalau satu menu vouge, satu menu bajet. Biar balance. Ni tak termasuk kos tiba-tiba tetamu datang or nak bawa lauk pergi rumah parents ke apa. Ni betul-betul bajet unutk famili kecil kita.
2. Beli lauk untuk seminggu terus.
Tadi bajet rm50 kan. So beli tak lebih rm50 tadi. Ingat ye TAK LEBIH. Kurang tak apa. Dalam rm50 tadi tu dapat la ayam sekor, udang 1/2 kg, sotong 1/2 kg pastu barang sampingan macam bunga kobis 1/4 ketul, carrot sebatang, lada, serai, tomato dan rencah-rencah. ELAKKAN pergi kedai lagi dalam minggu tu.
Ads
3. Balik rumah, cuci bahan-bahan tadi dan asingkan.
Contoh ayam: Bahagian dada tu asingkan isi dan tulang. Isi boleh goreng celup tepung/masak black pepper. Tulang boleh buat paprik atau buat sup. Isi ayam yang lain bahagi 2 pulak. Boleh goreng/kari atau apa saja lah. So ayam dah dapat 4 bahagian.
Udang pun sama. Asing ikut saiz/kesegaran kulit bahagi 3. Sotong bahagi 2. So kat sini dah dapat 9 bahagian kan. Pandai-pandai lah nak mix and matchkan untuk makan seminggu tu. Jarang-jarang selit la match tu dengan telur dadar, ikan kering atau ikan sardin.
Ads
4. Bahan-bahan tadi make sure cuci betul-betul dan masukkan lam plastik/bekas.
So bila nak masak, kita hanya ambik part yang kita nak guna jela. Jimat masa untuk defrost. Boleh siram dan terus masak. Kalau yg kerja, balik keje penat-penat tak perlu masa lama-lama kat dapur tu.
Aku pakai plastik kecil-kecil je. Nak guna bekas pun boleh tapi aku jenis kena benda seragam. Kalau warna merah, harus merah semuanya. Sakit mata tengok kaler tak sama. Nanti lah aku menabung beli freezer mate Tupperware.
Ni untuk barang basah sahaja. Barang-barang kering hari tu penah baca ada orang share beli in bulk untuk sebulan terus. So, aku baru praktikkan untuk bulan ni. Kalau menjadi, nanti boleh share kemudian.
Haaa… apa lagi, mak-mak boleh lah cari stok bahan basah dan ikut cara ini pula. Tengok hasilnya macam mana, jimat ke tidak. Yang penting, istiqomah!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Memang mudah je rupanya nak buat Sos pencicah Pedas Hijau Thai. Sedapnya macam makan dekat Hatyai. Bukan apa, ramai yang tahu Hatyai merupakan lokasi ‘syurga makanan’ di Thailand. Macam-macam makanan yang menarik dan memang boleh rambang mata dengan kepelbagaian makanan yang ada di sana.
Jadi mak-mak boleh buat sendiri Sos pencicah Pedas Hijau Thai ini di rumah, tanpa perlu bersusah payah ke Hatyai. Sos ini memang sedap di makan dengan Miang Pla.
Boleh cuba resipi mudah sos hijau thai pedas seperti yang dikongsikan oleh Puan Fienaz Shafie ini.
Sos hijau thai @ Green Thai Dipping Sauce sedap makan dengan miang pla / Seafood. Kalau hampa nak tahan lama masak sat atas dapur + air tepung jagung. Kalau nak terus makan tak perlu masak lagi sedap macam makan kat hatyai terr!
Bahan-Bahan:
10 ulas bawang putih
Seikat Daun Ketumbar
3 sudu besar Sos Ikan Thai
5 sudu besar Jus Limau kasturi
1 sudu besar budu
4 sudu kecil Gula/Somtam
Cili Hijau & cili padi hijau secukupnya (ikut kepedasan)
Sedikit Air
Sedikit perahan Limau Nipis
Kacang Tanah (kisar) secukupnya
Cara Membuat:
Kisar semua bahan-bahan, kemudian taburkan dengan kacang tanah s serta hirisan daun ketumbar.
Salah satu rahsia nak jadikan keropok lekor sedap adalah campuran ikan yang banyak. Tapi kalau beli di kedai, jumlah ikan tu dah ditentukan oleh tuan kedai. Resipi keropok lekor homemade ini mudah saja sebenarnya, paling penting isi ikannya banyak.
Cik Puan Nurul Huda Anas kita ini anak jati Terengganu. Kiranya keropok lekor dah jadi menu wajib orang Terengganu. Memandangkan ketika ini, dia tinggal di Melaka, agak payah nak cari keropok lekor yang rasa ikan.
“Yang ada pun rasa tepung, bukan ikan.” Inilah sebabnya Cik Puan kita ini buat sendiri. Nak makan pun tak was-was.
Bahan-bahan
1 mangkuk/ 1kg ikan kembung/selayang (ikan sardin) ambil isinya saja, buang kulit nipis & tulang
1/2 mangkuk tepung ubi/sagu (tepung biar sama banyak dengan ikan)
2 sudu makan tepung gandum
Sedikit garam & bahan perasa (jika menggunakan)
2 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk perasa (ajinamoto)
Cara Membuat
1. Tumbuk isi ikan sampai halus guna lesung. Kalau nak kisar pakai pengisar boleh juga tapi lebih sedap pakai lesung. Nota: Jika guna pengisar, tambah sesudu air untuk mudahkan proses mengisar.
2. Gaul semua bahan kering; tepung dengan serbuk perasa & garam.
3. Masukkan dalam mangkuk isi ikan dan uli sampai jadi doh.
4. Ambil sedikit doh, kepalkan kecil-kecil.
5. Taburkan tepung atas papan atau dulang, supaya semasa menggentel doh tak melekat.Nota: Doh memang akan lembut sikit tapi inilah yang akan menghasilkan keropok yang lembut dan sedap. Barulah ada rasa manis-manis ikan.
6. Kemudian gentel doh kecil tadi panjang-panjang. Nota: Ikut cita rasa bentuknya sama ada nak panjang atau bulat.
7. Didihkan air dalam periuk.
8. Rebuskan doh yang sudah dibentuk tadi sehingga masak. Nota: Doh yang dah masak akan timbul ke permukaan.
9. Angkat dan toskan airnya.
Nota Tambahan
Bagi yang tak suka direbus. Anda boleh terus menggoreng sebaik siap menggentel. Pastikan keropok tenggelam dalam minyak.
Sentiasa balik-balikkan keropok, api pula jangan kuat takut hangit.
Bila keropok dah kembang bolehlah angkat dan hidang dengan sos pencecah.
Cara Nak Simpan Dalam Peti Sejuk
Keropok lekor yang dah direbus dan separuh goreng, boleh disimpan beku. Bila nak makan boleh dipanaskan bila-bila masa yang anda mahu.
Resipi Ayam Bakar Ala KENNY ROGERS Sedap, Masak Dalam Kuali Dengan Kuah Dulu! Ayam bakar antara resipi istimewa kegemaran seisi keluarga. Mudah disediakan dan sangat berbaloi buat sendiri. Lebih-lebih lagi jika keluarga besar, anak-anak ramai.
Selalunya kita buat ayam bakar, terus panggang dalam oven. Rupanya apabila ayam dimasak terlebih dahulu bersama kuah sebelum dibakar, membuatkan iya lebih sedap dan wangi. Malah ayam pun, yakin masak sempurna.
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Nur Aisya ini sebagai panduan;
Semalam beli ayam seekor RM7. Kecik je. Ayam RM7 dan bahan-bahan bakar tu semua memang ada kat rumah. Makan sampai malam untuk 5 orang.
Ayam Bakar Ala Kenny Rogers
Bahan-Bahan:
Ayam seekor/ whole leg 4
1 biji Bawang Holland
3 ulas Bawang putih
1 1/2 inci Halia
Lada hitam
Sos lada hitam
Sos tiram
Kiub ayam
Sedikit gula jika perlu
(bahan-bahan di atas semua blend sekali)
1 biji Kentang – nanti rebus bersama ayam.
Sayur-sayur untuk dibakar bersama ayam
(apa yang ada je boleh)
Brocoli
Carrot
Kentang
Bawang Holland
Cendawan Shitake
Cara Membuat:
1. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau dan masukkan kiub ayam.
2. Kemudian masukkan seekor ayam.
3. Masukkan juga kentang yang telah dipotong empat.
4. Saya memang akan masak ayam dalam kuali bersama kuah dulu. Sampai ayam masak dan kuah pekat. Cara selamat untuk pastikan ayam masak waktu dibakar.
Kalau rasa ayam belum masak, tapi kuah semakin pekat hanya tambah air sikit-sikit sampai ayam masak.
5. Kemudian, keluarkan ayam dan kisar kentang yang direbus bersama ayam tadi dan tuang semula dalam kuali.
6. Selepas blend kentang tadi, kuah jadi pekat dan lemak-lemak berkrim.
7. Letak ayam dalam tray dan letak la sayur yang ada. Suka hati la nak sayur apa. Sayur boleh letak sekali, sebab ayam dah masak, tinggal bagi garing bahagian luar je.
8. Sebelum masuk oven, letak sikit butter atas tu. Bakar suhu 200 selama 60minit. 15 minit pertama api atas bawah, selebihnya api atas sahaja.
9. Siap bakar dah. Kuah-kuah sikit tu makan ngan nasi nanti.
Nasi Planta
Bahan-Bahan:
Beras
Planta
Halia hiris
Bwng besar hiris
Cara Membuat:
1. Cairkan planta tumis bawang besar dan halia sehingga layu.
2. Masukkan beras, garam sedikit dan gula sedikit.Bagi rasa balance.
3. Sukat air macam biasa, masak nasi dalam periuk biasa.
Mingguan Wanita: Nampak sangat sedap dan menyelerakan Ayam Bakar Ala KENNY ROGERS ni. Boleh cuba nanti, namun pastikan masak dulu ayamnya bersama kuah sebelum dipanggang.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.