Tip Jaga Lesung Batu, Tumbuk Garam Kasar Selalu Untuk Tajamkan Matanya

Share

Mak-mak kaki masak selalunya ada dua pilihan, sama ada nak guna lesung batu atau blender untuk kisar bahan masakan.

Cara cepat dengan jumlah bahan yang banyak, tentulah blender jadi keutamaan. Tapi kalau nak dapatkan keenakan bahan masakan, tentu tentulah lesung batu membangkitkan kesedapan rasa.

Bahan masakan lebih juicy lagi jika ditumbuk lesung batu. Sebab itu dekat setiap rumah mak-mak mesti ada simpan paling tidak satu lesung batu.

Brian Masterchef atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Brian, berkongsi cara tip penjagaan lesung batu yang banyak gunanya untuk mak-mak.

Kata Abang Brian, “Blender atau lesung batu? Yang mana anda lebih suka guna untuk buat pes sambal. Bagi Abang Brian tetap lesung batu yang rasanya sedap skit… hehe.. “

Tapi kalau nak sediakan pes sambal untuk makan ramai ramai sekampung memang merana lah kalau guna lesung batu kan… loll… ”

Biar apa pun, ni Abang Brian kongsikan tips penjagaan lesung batu!”

 

Tip Penjagaan Lesung Batu Daripada Abang Brian

1) Pastikan lesung batu dibasuh bersih selepas digunakan bagi menghilangkan baunya.

2) Gunakan air limau jika perlu untuk hilangkan bau yang melekat.

3) Keringkan di tempat yang di bawahnya berjaring seperti tempat letak pinggan. Ini bagi membolehkan bahagian bawah lesung lebih cepat kering dan hilang baunya.

5)Tumbuk garam kasar selalu di dalamnya bagi menajamkan matanya.

6) Sekali sekala, tumbuk sebarang jenis cengkerang bagi menajamkan lagi matanya.

Sumber/Foto : BrianMasterchef (@abangbrian)

Published by
Netty Ah Hiyer