
Mak-mak kaki masak selalunya ada dua pilihan, sama ada nak guna lesung batu atau blender untuk kisar bahan masakan.
Cara cepat dengan jumlah bahan yang banyak, tentulah blender jadi keutamaan. Tapi kalau nak dapatkan keenakan bahan masakan, tentu tentulah lesung batu membangkitkan kesedapan rasa.
Bahan masakan lebih juicy lagi jika ditumbuk lesung batu. Sebab itu dekat setiap rumah mak-mak mesti ada simpan paling tidak satu lesung batu.
Brian Masterchef atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Brian, berkongsi cara tip penjagaan lesung batu yang banyak gunanya untuk mak-mak.
Kata Abang Brian, “Blender atau lesung batu? Yang mana anda lebih suka guna untuk buat pes sambal. Bagi Abang Brian tetap lesung batu yang rasanya sedap skit… hehe.. “
“Tapi kalau nak sediakan pes sambal untuk makan ramai ramai sekampung memang merana lah kalau guna lesung batu kan… loll… ”
“Biar apa pun, ni Abang Brian kongsikan tips penjagaan lesung batu!”
Tip Penjagaan Lesung Batu Daripada Abang Brian
1) Pastikan lesung batu dibasuh bersih selepas digunakan bagi menghilangkan baunya.
2) Gunakan air limau jika perlu untuk hilangkan bau yang melekat.

3) Keringkan di tempat yang di bawahnya berjaring seperti tempat letak pinggan. Ini bagi membolehkan bahagian bawah lesung lebih cepat kering dan hilang baunya.
5)Tumbuk garam kasar selalu di dalamnya bagi menajamkan matanya.
6) Sekali sekala, tumbuk sebarang jenis cengkerang bagi menajamkan lagi matanya.
Sumber/Foto : BrianMasterchef (@abangbrian)
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Sayang Badan, Pantanglah Dengan Betul

Isi Kandungan
ToggleMahunya tak teruja bila dengar penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya menurunkan berat badan sebanyak 14 kg dalam tempoh 17 hari selepas melahirkan anak. Masa itulah, kita rasa tercabar dan ingin tahu diet yang macam mana artis kesayangan ini lakukan. Mana tahu boleh dijadikan rujukan untuk peminat-peminatnya.
Siapa yang tidak mahu bila berat badan turun dan kembali langsing. Bertahun-tahun orang lain lakukan tapi yang turun hanya satu atau dua kilogram. Mahu geram dan sakit hati.
Diet Sesuai
Sebenarnya, bukan itu yang ingin saya perkatakan. Diet memang penting bagi ibu-ibu yang ingin mendapatkan kembali berat badan dan bentuk asal. Tetapi, satu perkara yang perlu diingat, jangan terlalu taksub untuk berdiet sehingga lupa pada si comel yang perlukan khasiat dari ibunya. Susu badan.
Selain makan minum yang berkhasiat perlu diambil, ibu juga perlu fikirkan tentang cara berpantang. Bukan setakat makan minum tetapi kesihatan dalaman hendaklah dititikberatkan.
Saya bukanlah seorang yang tertekan dengan berat badan terutamanya selepas melahirkan anak pertama, kedua dan ketiga. Biasanya, berat badan akan kembali normal sebaik sahaja habis pantang. Alhamdulillah. Cuma bila usia bertambah, berat badan agak susah sedikit nak turun.
Jaga Badan Dalam Pantang
Satu lagi yang perlu ambil kira adalah cara kita berpantang. Kebanyakan mak muda sekarang tidak begitu menitik beratkan pantang dan berpantang betul-betul. Memanglah masih muda dan anak baru masuk seorang. Tapi, ingat, kita tidak tahu apa akan berlaku bila usia anda memasuki 40an.
Bak kata orang tua-tua, bila dah masuk 40 an, mulalah badan rasa lain macam, angin, sakit badan dan macam-macam lagi. Habiskan pantang 44 hari dulu.
Pernah, ketika saya bersama keluarga membeli belah di sebuah pasar raya, saya melihat seorang suami sedang menolak isterinya yang duduk di kerusi roda sambil memangku bayinya masuk ke dalam pasar raya tersebut. Malahan, sambil berjalan-jalan, mata saya turut melihat sekeliling, Ada juga yang menyorong bayi yang masih kecil berjalan-jalan di dalam pasar raya itu.

Ooooo..mungkin mereka baru balik dari memeriksa bayi dan ingin membeli barang yang terlupa dibeli… Saya cuba berfikiran baik-baik dan tak mahu salah anggap. Tapi bagaimana dengan orang lain, mungkin dalam hati, kesiankan bayi yang tak tahu apa-apa dibawa ke hulu ke hilir, baik duduk di rumah sahaja.
Kadang-kadang, saya tidak faham, apa yang mereka buat. Mungkin dia berpantang suami isteri tanpa ditemani oleh orang tua atau mungkin juga orang tuanya tiada dan perlu berpantang sendiri.
Walau apa pun, cubalah habiskan pantang itu dahulu. Jangan ikut nafsu, kononnya bosan duduk di rumah dan ingin menikmati udara luar. Nak tak nak cubalah bertahan untuk tempoh 44 hari. Saya percaya mak-mak yang betul-betul berpantang, wajahnya akan berseri-seri sebaik sahaja masuk kerja selepas bercuti bersalin dua bulan (jika ibu bekerja).
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Senangnya Nila Baju Sekolah Guna Mesin Basuh,Tak Bercapuk Nampak Seakan Baru!

Isi Kandungan
ToggleMusim persekolahan bermula, banyak belanja yang mak ayah perlu keluarkan untuk anak-anak. Selagi mana boleh berjimat, usahakan agar boleh digunakan kembali tak perlu membazir, serba serbi nak beli baru. Salah satunya baju uniform sekolah anak-anak. Jika dinila dengan cara yang betul, baju putih tersebut akan nampak seakan baru. Malah nak lebih senang, mak-mak boleh nila je dalam mesin basuh, kesannya baju cantik warna putih kebiruan sekata dan tak bercapuk.
Jemput baca perkongsian Puan Syaiful Aini ini sebagai panduan cara menila baju sekolah anak.
Nak share tips senang nak NILA baju sekolah anak. Saya nila baju sekolah anak guna nila cair Ujala macam dalam gambar. Setakat ni masih setia dengan baju jenama ‘Canggih’ sebab sukakan material dia yang sejuk dan cotton seakan licin (mudah iron dan mudah hilang kotoran) dan saya bukan jenis beli baju baru tiap-tiap tahun, akan pakai selagi boleh pakai.
Caranya:
1. Rendam Baju Sekolah, Basuh Guna Mesin Basuh
Basuh baju bersih-bersih, kalau ada yang perlu rendam boleh rendam dulu. Saya rendam baju sekolah anak guna vanish + dynamo + air suam-suam panas. Kadang vanish tu tukar guna sabun champaca. Hasil dia lebih kurang je. Basuh dengan mesin macam biasa je, saya tak rajin nak sental-sental baju anak, semua jenis masuk je dalam mesin. Basuhan biasa saya guna dynamo. Kalau setakat kotoran biasa, tak perlu rendam. Just basuh macam biasa je, memang akan hilang kotoran tu.
2. Isikan Air Nila Dalam Mesin
Dah siap basuh, bilas hingga bersih macam biasa dan spin. Kosong kan ruang basuhan untuk diisikan air nila. Isi air ngam-ngam boleh putar hingga tenggelam baju je. Kalau baju canggih tak yah risau untuk terlebih nila sebab biru yang melekat kat baju tu akan maintain cun je macam dalam gambar. Kalau nila baju biasa yang licin tu kan hati-hati sikit, jangan terlebih letak nila sebab nanti akan jadi biru pekat.
3. Masukkan Baju, Pusing, Bilas Dan Spin
Lepas dah isi air dan nila, putar je mesin tu hingga sebati air dan nila. Baru masukkan baju putih sehelai-sehelai dan teruskan je pusing sampai abis. Kalau mesin saya dalam 15 minit juga pusing. Dah abis pusing terus buang air dan bilas sehelai-sehelai dan masuk semula tempat spin. Spin macam biasa dan jemur hingga kering. Siap dah baju sekolah yang bernila. Insya Allah takkan ada nila yang bercapuk kat baju.
Gambar A tu baju abang yang lama dan baju adik yang baru. Baju 2019 tu dah pulun pakai setahun dah. Untuk abang tahun ni tak beli baju baru dah, guna baju lama je semua. Bila compare baju lama dan baju baru, tak jauh beza pun rupanya. Masih nampak seakan baru.

Gambar B tu baju baru dengan baju yang pakai 2 tahun dah. 2018 masa abang mula-mula masuk darjah 1. 2020 bagi baju tu ke adik. Ni gambar sebelum iron. Kain dan warna masih elok lagi walau dah pakai 2 tahun. Pelaburan berbaloi lah sebab tak perlu nak beli yang baru tiap-tiap tahun. Tapi kalau jenis anak cepat membesar, tak dan setengah tahun dah ketat tu kan lah kerap beli yang baru.
Sekian sahaja tips yang paling senang untuk menila baju tanpa risau baju bercapuk.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika baju sekolah anak masih elok, tak salah gunakan kembali dan tak perlu membazir beli baru. Ikut tip nila baju cara ni, tiada lagi masalah baju anak bercapuk dan baju pun seakan baru.
Sumber:Syaiful Aini
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Air Rendaman Kurma, Amalkan Minuman Sunnah Ini Setiap Hari, Tapi Elak Simpan Lama

Isi Kandungan
ToggleAir rendaman kurma atau juga dikenali sebagai air nabeez. Inilah minuman sunnah yang ramai tidak tahu banyak khasiat sebenarnya.
Biasanya, sebelum ini kita hanya makan terus kurma tetapi tidak salah biasakan diri dengan amalkan air rendaman kurma pula. Inilah cara pemakanan Nabi Muhammad s.a.w.
Caranya cukup mudah dengan hanya rendam kurma yang telah ditetapkan dan bolehlah mium sewal pagi.
Ini antara perkongsian daripada Rohana Saad tentang air rendaman kurma atau air nabeez, minuman sunnah ang ramai orang tidak tahu.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Sihat Dan Cantik Dengan Minuman Detoks
TEH HIJAU Bukan Minuman Detoks Tapi Boleh Bantu Turunkan Berat Badan
Info Lebih Menarik DI SINI
Air Rendaman Kurma Untuk Tenaga
Minuman Sunnah Yang Ramai Tidak Tahu
Buatlah air nabeez waktu malam sebelum tidur dan di minum waktu sahur. Air nabeez adalah pemakanan Nabi Muhammad s.a.w. Rendam kurma dengan air masak.
Insya allah dengan meminun air nabeez ini perut mampu bertahan seharian siang kita berpuasa. Buat ini untuk sekali minum je ye. Jangan simpan lama-lama sangat. Nanti masam dah tak boleh minum.
Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dalam 500ml ke 1 liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka. Sahur esok air tu dah boleh diminum. Buatlah setiap malam sepanjang bulan Ramadan atau hari biasa pun boleh.
Sumber: Rohana Saad
Minuman Sunnah Banyak Khasiat
Setiap hari makan 7 biji kurma, biji jangan buang, rendam dalam air.
Sekurang-kurangnya, rendam air kurma ini selama 6 jam atau semalaman. Selepas itu, barulah minum.
Air ini sangat baik untuk pulihkan tenanga dan khasiatnya sama seperti kita makan kurma.
Boleh juga guna 3/5/7biji kurma termasuk isi dan biji. Rendam semalaman & minum,
Ini minuman kegemaran Nabi kita.
Rendaman kurma ini dipanggil Air Nabeez atau bahasa moden infused water.
Air nabeez adalah minuman sunnah yang mempunyai banyak khasiat. Rugi kalau tak pernah buat atau tak nak buat.
Ia adalah minuman berakali, membantu membuang asid dari perut, melancarkan sistem pencernaan badan dan menyingkirkan toksin dari badan. Dalam erti kata lain as a DETOX!
Sabda Rasulullah SAW :
“Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh biji kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari)

Kurma paling bagus Kurma Nab i(Kurma Ajwa),
Tapi kalau tak ada kurma lain-lain pun boleh…
Selamat mencuba.
Kredit: Nurul Hanis Isman
MW: Tak perlu tunggu bulan puasa baru nak buat air rendaman kurma ini. Hari-hari biasa pun boleh, semuanya untuk membantu memberi tenaga kepada kita setiap hari. Moga bermanfaat.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI