
Suami baru sampai rumah penat pun tak hilang lagi, isteri terus membebel. Ini boleh jadi perang dingin dan realitinya lelaki manalah yang tahan dengan karenah isteri asyik membebel setiap hari.
Walau kita tahu apa yang dibebelkan kadang ada benarnya, cuma keegoan seorang suami tidak pernah mahu mengakui kebenaran itu.
Namun ada baiknya jika seorang isteri boleh menjaga hubungan suami isteri dengan tip yang dikongsi oleh Puan Nurhidayah Jaafar ini…
Berlatih untuk bercakap 1 hingga 2 ayat sahaja. Contohnya apabila meminta bantuan suami.
“Abang, tolong jerang air.” — cukup.
Tidak perlu sehingga begini.
“Abang, sayang baru balik kerja ni. Nak siap masak lagi. Tak nampak anak tu mengamuk-amuk nak susu. Tolonglah jerang air sekejap. Sudah-sudahlah tengok facebook tu.” — terlebih cukup.
Apabila suami bertanya, “Dinda sudah makan?”
Jawab mengikut skema soalan.
“Belum” atau “Sudah” — cukup.
Tidak perlu sehingga begini.
“Belum lagi. Tadi banyak kerja di ofis. Tak sempat nak makan. Nak masak pun tak sempat. Kita makan kat luar sahajalah!” — jawapan tidak mengikut skema soalan.

Apabila meminta bantuan suami, jangan mengajar-ajar. Jangan beritahu sebab.
“Abang, tolong angkat kain. Nanti hujan, basah.”
(Memanglah kalau hujan turun basah. Itupun mahu beritahu)
Haaa… nampak tak macam mana nak minta tolong suami? Lepas ini, bolehlah kaum mak-mak cuba ya, mana tahu bila guna tip ini suami terus biasa dan esok-esok hari tanpa disuruh pun dia laju buat!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Isteri Selalu Bertegang Urat, Mula Dengan ‘Perli-perli’ Akhirnya Bergaduh

Isi Kandungan
ToggleBagi mengekalkan kebahagiaan dalam rumah tangga untuk tempoh yang lama, pasangan suami isteri perlulah mengelakkan daripada melakukan tabiat yang toksik dalam perhubungan. ‘Toxic relationship’ boleh menyebabkan hubungan suami isteri itu akhirnya pudar, rosak, binasa dan menuju kehancuran.
Berikut antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan pergaduhan dan seterusnya menghancurkan perhubungan.
Suami Isteri Selalu Bertegang Urat
1. Berlagak seperti masih bujang
Nama pun perhubungan, kenalah babitkan dua orang. Tapi, jika anda masih berlagak seperti hidup sendirian, tanpa ambil kira perasaan pasangan, bermakna anda tidak betul-betul komited pada si dia. Bila anda dalam perhubungan, anda kena beringat sama akan perasaan suami. Adakah anda buat rancangan tanpa memberitahu padanya?
Adakah anda suka berahsia daripada pengetahuan si dia? Tak bolehlah masih hidup seperti bujang tetapi masih mahukan manfaat berteman seranjang. Jika anda mahu hidup bujang, hiduplah bujang. Jika anda mahu komited dalam perkahwinan, kenalah komited pada setiap perbuatan anda, secara bersama-sama.
2. Hanya bertanggungjawab pada kewangan sendiri
Isu duit memang antara cabaran terbesar dalam perkahwinan. Jika anda atau suami berterusan berbelanja tanpa memikirkan ianya adalah sebahagian daripada keperluan keluarga, mulalah institusi perkahwinan akan mula retak dan berantakan. Ini sama kes seperti di atas, berlagak bujang..
3. Tiada minat atau hobi lain
Kesannya sama seperti berlagak bujang, apabila anda hanya melakukan apa yang pasangan anda minati. Anda masih perlukan hidup, teman, minat, hobi dan masa sendiri. Malah, pakar perhubungan turut berkata, dalam usaha untuk ‘bersatu’ dengan suami atau isteri, ramai yang lupa minat, hobi dan cita-cita sendiri – padahal impian anda yang itulah buat pasangan minat pada anda.
Anda perlu cuba untuk menghargai waktu untuk diri sendiri, sebab tiada peraturan mengatakan anda hanya perlu berkepit dengan pasangan 24/7. Jika anda sudah lama tidak berjumpa dengan kawan-kawan, minta izinnya dan keluarlah berjumpa mereka.
4. Terlalu sensitif dan kurang keyakinan
Tiada yang lebih melukakan daripada terasa tidak bernilai dalam hubungan cinta dan perkahwinan. Rasa kurang yakin ini lama kelamaan boleh membibit cemburu. Sukar untuk mempercayai pasangan jika dia hanya buat anda rasa tidak berharga. Jika keadaan ini berterusan, anda kena tanya pada diri sendiri, adakah ianya berbaloi untuk diteruskan?
Mula Dengan ‘Perli-perli’ Akhirnya Bergaduh
5. Bersikap sinikal dan kuat memerli pasangan
Bila ada rasa tidak puas hati, kamu tidak cuba untuk berterus-terang kepada pasangan. Sebaliknya, kamu menggunakan ayat-ayat ‘pedas’ untuk menyakitkan hati si dia. Mungkin dengan berbuat demikian, kamu akan berasa puas untuk seketika. Namun, jika pasangan kamu buat tak faham, kamu sendiri yang akan makan hati akhirnya. Kamu perlu faham bahawa sesetengah orang, terutamanya golongan lelaki adalah ‘kalis’ perli. Daripada kamu berkias-kias, lebih baik kamu berterus terang dan cari penyelesaian bersama.
Sekali-sekala sudah tentu tidak mengapa untuk bergurau nakal, tetapi bila asyik memerli dan memperlekeh, itu sudah jatuh status tidak menghormati. Perbuatan sebegini akan buat pasangan terluka dan defensif. Pastikan pasangan tahu jika ‘gurauannya’ melampaui batas.
6. Kurang kasih sayang
Asyik berkepit pun tak bagus, tapi kurang perhatian juga boleh merosak hubungan cinta. Sentuhan dalam perkahwinan amat perlu, jadikan tabiat bercumbu sebelum keluar rumah satu rutin harian. Jika anda mahu selamatkan keadaan, mulakan terlebih dulu. Berpegang tangan, berpeluk adalah antara cara untuk kembalikan cinta dalam perhubungan.
7. Semua perkara disampaikan menerusi teks
Teknologi dan media sosial sudah menjadi aset harian dalam masyarakat. Namun, ia juga adalah punca ‘kematian’ banyak perhubungan. Dua orang yang tinggal serumah langsung tidak bercakap, matinya komunikasi. Letak telefon ke tepi, tutup komputer dan duduk bersama bila makan malam atau bersiar di kawasan kejiranan. Luangkan masa untuk kongsikan aktiviti harian anda. Status sosial anda boleh buat kemudian, ia takkan ke mana-mana pun. Tapi pasangan anda boleh kosongkan rumah jika anda tidak beri perhatian kepadanya.
8. Kuat bebel

Ini adalah pemusnah keseronokan dalam hubungan cinta dan perkahwinan. Malah, satu laporan Wall Street Journal pernah mengatakan yang bebelan dalam interaksi di mana seorang asyik buat permintaan dan seorang lagi hanya ‘buat bodoh’ dan kedua-duanya jadi sakit hati adalah isu yang pasangan perlu lalui. Pakar berkenaan berkata, ia adalah sejenis toksik komunikasi yang boleh menenggelamkan perhubungan. Cara terbaik menamatkan bebelan adalah menyelesaikan isu berkenaan.
9. Perangai kompulsif
Bila anda tidak gembira, anda cuba salurkan pada sesuatu atau seseorang. Ini adalah bendera merah dalam perkahwinan. Jika anda suka habiskan masa membeli-belah, makan banyak atau sehingga sanggup membuka laman pornografi setiap hari, anda telah mencapai tahap mengetepikan pasangan. Anda perlu berterus-terang kepada pasangan supaya dia tahu apa dilema yang bermain dalam fikiran.
10. Tidak jujur
Ini adalah ‘punca kematian’ dalam perkahwinan. Jika anda tidak dapat percaya si dia, anda tidak lagi layak berada dalam perhubungan ini. Bila anda rasa tidak dihargai, tidak dipercayai, tidak dicintai, anda sebenarnya tidak lagi didahului dalam perhubungan ini. Jika anda rasa tidak lagi percayakan si dia, tanya diri: “Kenapa? Adakah si dia buat anda tertanya akan nilai diri? Adakah si dia sedang curang?” Atau, adakah anda yang tidak jujur dalam perhubungan ini. Adakah anda yang curang? Jika ya, cari cara untuk tamatkan kitaran ini. Lepaskannya pergi. Pilih untuk jadi jujur.
Baca artikel yang berkaitan di sini: Suami Isteri Bila Sudah Terlalu Berkira & Materialistik, Rumah Tangga Jadi Hambar
Suami Isteri Yang Tiada Anak, Ini Tip Bila Disoal Tentang Zuriat
Suami Isteri Bergaduh Itu Biasa, Limitnya Cukup Sehari, Jika Lebih Itu EGO
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Menyewa Rumah, Jagalah Macam Mana Hak Orang

Ini peringatan manja buat orang yang nak menyewa rumah orang, tolong lah jaga hak orang sebaik mungkin seperti mana kita sayangkan hak kita.
Bukan kes baru, memang sudah banyak kes penyewa yang masuk elok-elok tetapi tinggalkan rumah dengan cara yang paling kelat. Lagi teruk sampai keadaan rumah pun tak macam rumah.
Sebelum keadaan menjadi lebih keruh, jemput hadam nota yang dikongsi oleh Puan Farizal Radzali ini. Kalau pernah buat, mohon jangan ulang dan betulkan.
Ada kes sewa rumah. Penyewa dah keluar rumah bulan lepas tapi dia tak bayar sewa bulan akhir kerana katanya tolak je lah deposit masa mula-mula dia bayar dulu. Lepas tu tinggalkan rumah dalam keadaan yang teruk, dengan pintu pecah, paip tercabut, lantai pecah dan sebagainya. Terkial-kial lah si tuan rumah mencari dana nak repair balik rumahnya.
Ok, dah banyak silap faham pasal deposit sewa rumah. Tuan rumah dan penyewa juga. Ramai yang faham, deposit sewa sebulan itu adalah wang yang perlu dipegang oleh tuan rumah andai penyewa tak bayar sewa dan tinggalkan hutang utiliti. Ini salah.
Deposit sewa dan deposit utiliti adalah dua perkara berbeza.
Deposit utiliti adalah untuk membayar segala hutang utiliti jika penyewa tak bayar hingga akhir tarikh dia menyewa. Utiliti tu apa? Bil-bil elektrik, air, indah water, dan apa-apa yang termaktub dalam perjanjian sewa.
Manakala deposit sewa adalah sebagai jaminan buat tuan rumah andai rumahnya rosak akibat kecuaian penyewa.
Jaga Hak Orang Baik-baik
Kena ingat, bila kita menyewa rumah orang, rumah itu tetap bukan milik kita. Jagalah ia sebagaimana hak orang. Jika tuan rumah tak berpuas hati dgn kerosakan rumahnya disebabkan kecuaian penyewa menjaga rumah tersebut, maka tuan rumah berhak menggunakan deposit sewa untuk membaiki rumahnya yang rosak.

Andai tuan rumah berpuas hati dgn keadaan rumahnya selepas penyewa keluar, barulah tuan rumah akan membayar balik deposit sewa kepada penyewa.
Jadi, jangan pandai-pandai potong sendiri duit sewa rumah kononnya dah bayar deposit sewa, ok.
Dan jangan pandai-pandai tak bayar utiliti di bulan akhir kononnya dah bayar deposit utiliti tau.
Hak orang tetap hak orang. Tolong buat perjanjian bertulis, jangan buat perjanjian lisan. Demi masa depan.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nak Mengandung Lagi Pun, Tunggulah Anak Itu Cukup 2 Tahun…”

Isi Kandungan
ToggleAda mak-mak yang ambil berat pasal mengandung, malah tak kurang juga yang bersikap sambil lewa apabila membincangkan isu merancang kehamilan. Katanya, tak apalah kalau Allah nak bagi.
Tetapi seeloknya biarlah usaha dulu tubuh badan cukup sihat. Dan kalau ikutkan saranan WHO pun, tahap kesihatan wanita untuk kembali hamil setelah melahirkan anak adalah 2 tahun.
Kenapa? Sebab bila mak-mak menjarakkan kehamilan selama 2 tahun, luka bersalin atau pembedahan sudah sembuh sepenuhnya.
Tetapi kalau ada yang naik tahu lebih mengenai perancangan kehamilan, jemput baca perkongsian ilmu yang dipetik dari Program Tanyalah Ustazah oleh Pegawai Farmasi Rabihah Abdul Rashid ini..
Islam sangat mementingkan perancangan dan strategi, apatah lagi dalam soal melahirkan nyawa baru di dunia ini.
Sebaik-baiknya setiap kehamilan itu ‘dirancang, dikehendaki, dan ditunggu-tunggu’ (planned, intended, wanted). Kiranya bila dpt tahu pregnant lagi, rasa gembira nk sujud syukur. Bukan mengeluh atau tak rasa apa2
Waktu terbaik hamil: usia 20-35 tahun. Waktu ni badan kuat dan risiko rendah. Lepas usia tu penat lain macam. Tapi depends la, kalau kahwin umur 36 nk buat camne. Hehe
Seeloknya Jarakkan 2 Tahun
Sebaik-baiknya jarak 2 tahun mcm dalam Quran. Kan bagus tu ada panduan sangat clear dari Allah. Kalau tak penting tak ada la sebut dalam Quran kan. Dalam 2 tahun, ibu bapa sempat bagi perhatian secukupnya kepada anak dan ibu juga sempat sembuh. Dr. Harlina suggests lepas 2 tahun, cerai susu, kemudian baru cuba lagi. Kiranya kalau dapat adik tu bila abg/kakak dah umur 2++.
Kaedah merancang: semulajadi dan cara moden (boleh Google). Kehamilan tidak dirancang selalu berlaku bila ibu bapa rancang di mulut saja “hm kami nk tunggu lagi 2 tahun” tapi bila doktor tanya nak guna kaedah apa, mereka jawab tak nak guna.
“Anak itu rezeki, jadi kita tak patut tolak rezeki (tak patut merancang)?”
Mengandung Itu Rezeki Dari Allah Tapi…
Rezeki anak itu ada dengan Allah. Yang akan menguruskan rezeki adalah ibu bapa. Kalau ibu bapa tak pandai mengurus, anak seorang dua pun tak terjaga kebajikannya. Dalam soal ni kena tengok kemampuan kewangan, kesihatan isteri dan kepandaian mengurus keluarga. Kerana anak adalah amanah.
Dr.Harlina suggests juga pengantin baru untuk honeymoon dulu dalam 6 bulan, kemudian baru cuba dapatkan anak. Supaya boleh saling kenal hati budi dlm keadaan sihat. Kalau dah morning sickness bagai tak leh gostan dah. Hihi. Tapi ni depends la pada kehendak masing-masing.

Kehamilan tak dirancang bukan hanya bagi kesan fizikal kepada ibu malah kesan emosi. Macam ada patient Dr.Harlina yang belum lagi anniversary ke-4 tapi dah mengandung kali ke-4. Kiranya tak sempat berehat langsung! Last-last kena jumpa dengan psychiatrist sebab wanita tu dah mula benci suaminya.
Pil perancang memang untuk digunakan oleh para isteri, tak boleh diguna untuk orang yang nak berzina (teringat masa kat Australia asyik dispense pil perancang je. Kadang-kadang kena kaunsel untuk morning after pill. Pengalaman yang menarik.
Allah marah orang *membunuh* anak kerana takut miskin. Merancang keluarga bukanlah membunuh anak. Sebab anak itu masih belum ada dalam rahim. Cuma kena clear niat merancang: bukan “saya taknak anak dah” tapi “saya nak ambil berat dengan anak-anak yang sedia ada..”
Kesimpulan
1. Tanya diri
2. Tanya keluarga (suami)
3. Tanya doktor
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI