‘Ulunthu Vaday’ merupakan snek tradisi dari Selatan India. Ia dibuat dari urad dhal iaitu kacang Dal Putih. Snek ini rasanya cukup sedap berlemak dan ia garing diluar namun lembut gebu di dalam.Selalunya disediakan pada majlis dan perayaan penting bagi kaum India. Boleh makan macam tu sahaja atau bersama pelbagai jenis Chutney.
Adunan ‘Ulunthu Vaday’ agak lembik tapi bukan cair atau terlalu berair. Memang agak sukar untuk membentuk adunan jika menggunakan tangan. Namun ada tip untuk buat ‘Ulunthu Vaday’ tanpa melekat-lekat di tangan, tak comot malah elok donut.
Boleh cuba resipi dan tip yang dikongsikan oleh Puan Umi Mimi Yusry ini.
Alhamdulillah..sekali cuba menjadi. Dah cuba try test.Ada bakat tak??
Tak perlu comot-comotkan tangan dan bentukkan donat.
1 biji bawang besar dipotong dadu
4 tangkai daun kari
3 tangkai daun ketumbar dihiris sedang halus
3-4 tangkai cili padi hiris halus
1 sudu lada hitam bulat,tak perlu dipecahkan
2 sudu tepung beras
Garam secukup rasa
Cara Membuat:
1.Kisar halus kacang Ulthu yang telah direndam tadi. Letak 4-5 sudu besar air sahaja, tak boleh lebih nanti lembik.
2.Satukan semua bahan-bahan dan kacau dalam 5 minit.
3.Kemudian masukkan pula dalam ‘piping beg’ untuk membentuk donut.
4. Mula-mula, celup penapis besi dengan minyak biasa. Jangan minyak panas, kalau tak nanti tepung melekat. Kemudian, barulah buat bentuk gegelang atau donut pada penapis tersebut.
Ads
5.Setelah itu, masukkan ke dalam kuali dengan minyak panas dan goreng seperti biasa sehingga kekuningan.
6. Inilah hasilnya.
Selamat mencuba.
Sila kongsi untuk manfaat bersama.
Info Ekstra!
Saya guna setengah pek kacang Ulthu, boleh dapat -+35-40 biji.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika nak buat kuih ‘Ulthu Vadey’ sendiri di rumah,tanpaa perlu comotkan tangan dan elok cantik macam donat boleh ikut tip yang dikongsikan ini.
Buah jambu air antara buah kesukaan ramai yang mempunyai banyak khasiat yang tersendiri. Namun jika salah cara dan teknik penanaman pokok jambu air ini, buahnya mudah busuk berulat diserang lalat buah, pokok tinggi dan tak berbuah malah mudah mati tak tahan lama.
Sebenarnya ada cara betul untuk tanam pokok buah jambu air ini. Barulah buahnya elok cantik, sedap malah padat merimbun.
Boleh ikut tip dan ilmu tanam pokok jambu air seperti yang dikongsikan oleh Puan Iffah Effahini.
Saya nak kongsi sikit ilmu kalau salah boleh tegur. Ini cara saya buat, pokok jambu saya ni tak pakai racun pun buah padat dan sedap.Masalah orang kita bila tanam jambu dia biar pokok besar-besar pastu susah nak kutip sayang buah akan jadi busuk nak dapat baka yang cantik pun dah payah.
1. Tabur Garam Pada Pokok
Kalau pokok dah lama tapi tak berbuah cara dia boleh guna garam kasar sedikit. Caranya tabur garam, berdiri dekat batang pokok dan campak ke arah luar. Sebab akar dah gerak jauh dari batang. Sama jugak kalau cara kita bagi baja, garam tu tujuan dia tambah kan manis pada buah.
2. Tinggi Pokok Bawah 10 Kaki
Pokok jangan bagi terlalu tinggi cantas bahagian atas kalau boleh tinggi bawah 10 kaki senang nak kutip hasil dan senang kita nak balut.
3. Balut Buah Guna Plastik & Suratkhabar
Masa buah berputik rasa-rasa dah besar dalam 20sen tu dah boleh balut buah guna plastik dan surat kabar pastikan gunting kiri dan kanan supaya air hujan tak bertakung.
4. Balut Buah Yang Cantik
Tujuan kita balut tu supaya lalat buah tak menyerang (buah tak cacat & rosak ) kalau sebelum balut tu ada dot-dot hitam tu boleh la buang awal-awal, pilih yang cantik-cantik je.
5. Bersihkan Bawah Pokok
Masa kutip hasil tu kalau boleh buah yang ada busuk tu yg jatuh bawah-bawah dahan tu sebaiknye sapu/ bakar atau buang jauh. Ia bagi kosongkan bawah pokok sebab buah yang busuk tu ada fungus yang akan menjadi ulat dan boleh merebak cari akar jambu. Sebab tu elok kena bersihkan supaya pokok boleh tahan lama.
6. Buang Sedikit Daun
Buang sedikit daun supaya ada udara boleh masuk. Banyak sangat daun nanti buah kurang (mabuk daun).
Semoga bermanfaat. Selamat Mencuba!
balut dari berputik insyallah cantik buah dia.. kalau x balut awal lalat buah suke serang
Mingguan Wanita:Begini rupanya nak tanam pokok jambu air agar buahnya elok cantik dan padat merimbun. Terima kasih berkongsi ilmu tanam pokok jambu ni.
Bagi mak-mak yang suka makan Char Kuey Teow, sebenarnya boleh buat sendiri je sos ini di rumah. Senang sangat bila rasa nak makan sos dah ready tinggal tumis dan masak je! Tak perlu nak beli lagi, lebih jimat dan puas hati bila buat sendiri.
Sos Char Kuey Teow ini adalah olahan resipi, cara dan citarasa daripada Puan Fatin Nur Izzah sendiri. Boleh cuba untuk dijadikan panduan.
Berikut perkongsian tersebut;
“Homemade sos Char Kuey Teow.Masak sepinggan-sepinggan lagi sedap.Bila rasa nak makan mudah je sos dah ready.Saya dah cuba guna kepala udang sahaja, tapi tak menjadi. Ni saya olah sendiri. Nak lagi lama simpan dalam freezer. Satu bekas macam dalam gambar tu boleh buat sampai 4 bungkus kueh teow”
Bahan-Bahan:
1kg kulit dan kepala udang sahaja
Air secukupnya
2 senduk kicap manis
2 senduk kicap pekat
2 senduk sos tiram
2 kiub ikan bilis
2 sudu cili boh
6 ulas bawang putih
Cara Membuat:
1. Letak air dalam periuk sama paras dengan kulit dan kepala udang. Rebus kepala udang dan kulitnya sekali, sampai mendidih dan kulit udang bertukar warna.
2. Dah sejuk air rebusan udang dan kisar sikit-sikit sampai habis.
3. Setelah kisar tapis dalam periuk, buang hampas kulit dan kepala udang tersebut.
4. Masukkan kicap manis, kicap pekat,sos tiram, kiub ikan bilis dan cili boh.Tambah bawang putih yang diketuk.
5. Kacau sebati, biar mendidih dan pelahankan api dalam 30 minit atau lebih. Masa ni bawang putih tadi pun dah hancur.
Siap!
Cara Memasak:
Tumis 2 ulas bawang putih, masuk udang letak 1 senduk sos char kuey teow dan sedikit air. Tambah kuey teow, telur sebiji masukan taugeh dan daun kucai.siap!
Info Ekstra!
1. Hampas kulit udang juga boleh dibuat baja pokok campurkan dengan tanah tanaman.
2. Untuk buat sepinggan Char Kuey Tiaw boleh letak 2,3 sudu makan sos ini.
3. Simpan dalam chiller boleh tahan dalam semnggu, simpan dalam freezer lebih sebulan.
MW: Buat mak-mak yang nak buat sendiri char kuey teow di rumah, boleh cuba resipi sos yang dikongsikan ini. Lebih jimat dan puas hati bila buat sendiri.
Sedapnya kalau dapat makan ikan pari bakar yang dibakar bersama dengan sambal tumis. Lagi sedap kalau ikan bakar itu dimakan dengan nasi panas. Nak makan begitu sahaja pun boleh.
Cara buatnya tidak susah. Paling penting kena siapkan dahulu sambal untuk dibakar bersama ikan pari tersebut.Melalui perkongsian Erma Azizie ini, sambal ikan pari bakar ini agak pedas. Bagi yang tidak makan pedas bolehlah kurangkan cili.
Dan kalian ada pilihan samada hendak membakar ikan tersebut di dalam oven atau guna sahaja kuali pemanggang ajaib jika ada.Setelah siap bolehlah dihidangkan untuk makan tengah hari atau makan malam.
Boleh Cuba Resipi Ikan Pari Bakar Perkongsian Erma Azizie Ini.
2-Blend (kisar) bawang besar, bawang putih, cili kering, cili besar, dan cili padi.Ambil kuali bersih, masukkan minyak dan tumis semua yang dah blend tadi sampai garing. Masukkan asam keping, garam, gula, serbuk perasa. Kemudian masukkan daun limau purut dan daun kunyit. okay… Sambal dah siap…
5-Ambil aluminium foil, lapikkan daun pisang. Kemudian ambil sambal letak sikit atas daun pisang. Letak ikan dan selepas itu letak lagi sambal. Kemudian balut ikan pari dengan aluminium foil.
6-Akhir sekali, bakar ikan pari sampai masak, Boleh bakar guna oven. Aku guna pemanggang ajaib sahaja. Siap!
MW: Siapa suka makan ikan bakar bolehlah cuba buat resipi ini. Kalau tak suka ikan pari, bolehlah tukar kepada ikan lain. Dan kalau tak mahu pedas, boleh kurangkan cilinya. Selamat mencuba!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...