Tip Buat Kek Sarang Semut Berongga, Guna Baking Soda Yang Aktif

Share

Nak buat kek sarang semut berongga ini ada caranya. Masak dengan kaedah kukus atau bakar tetap cantik kejadian bersarang kek nya.

Bak perkongsian Noorlaili Sahalan ini, cara nak dapatkan kek sarang semut confirm bersarang dan cantik berongga perlu gunakan soda, baik baking soda atau soda bikarbonat yang masih aktif.

Nama lain kek sarang semut ini, dipanggil juga kek gula hangus.

Baca juga : Resipi kek sarang semut menjadi selain pakai oven, guna rice cooker atau bakar atas dapur gas pun boleh.

Cara Buat Kek Sarang Semut Berongga

Kongsinya, “Finally! Dapat yang lubang-lubang tu.

  • Tip dia rupanya ada pada Baking Soda/Soda Bikarbonat
    . Saya dah try guna kedua ini. Boleh je mana-mana. Guna salah satu .
  • Guna soda yang masih aktif kerana soda yang akan membuatkan kek cantik berongga.
  • Semasa membancuh tepung, soda yg aktif akan membentuk banyak buih-buih di lautan. Ehh… Buih kecil di dalam adunan.
  • Gula hangus yang masih panas akan mengaktifkan lagi soda untuk ‘bekerja’. Nak kerja pun tunggu panas pulak. Parah!
  • Sebab tu adunan kek tidak perlu diperap lagi. Yeah! Lega makcik. Penantian itu satu penyiksaan kan?
  • Potong kek secara melintang pun salah satu cara agar dapat potongan kek yang berongga.

Ooo..itulah rahsianya.
Begitulah.

Baca juga : Mudah sangat buat kek sarang semut, kacau guna whisk, kukus cantik kejadiannya.

Semua resipi sama saja. Cuma cara kita buat itu yang akan membezakan kejadiannya.

Resipi Kek Sarang Semut Saranghae

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sk soda bikarbonat/baking soda
  • 1 sk baking powder
  • 4 biji telur (gred b)
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sk esen vanila
  1. Satukan bahan semua bahan di atas. Dan gaul-gaul manja je diorang ni.
  2. Masa ni, korang dah boleh nampak adunan membentuk banyak buih-buih di lautan. Ehh..
  3. Buih-buih kecil. Itu tandanya soda tgh ‘bekerja’ dan akan dpt kek yg berongga nanti.

Bahan untuk gula hangus.

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
  • 2 sb butter/marjerin

1. Masukkan gula pasir ke dalam kuali leper/pan. Masak sehingga keperangan. Guna api kecil. Agar tidak hangit. Nanti kek akan pahit.
2 . Masukkan air panas. Sedikit demi sedikit.
Kacau hingga rata. Tutup api.
3. Masukkan butter/marjerin. Gaul sehingga butter/marjerin cair sepenuhnya
4. Tuang gula hangus yg masih panas TERUS ke dalam adunan kek tadi. Kacau hingga sebati.
5. Tapis dan tuang adunan ke dalam loyang yg telah disapu marjerin.

Kaedah Memasak

Korang boleh masak dia samada guna kaedah:

1. kukus
2. Bakar dalam oven, atau
3. Bakar dalam periuk guna dapur gas.

  • Kalau kukus, kukus selama 1 jam guna api sederhana besar.
  • Bakar dalam periuk guna dapur gas pula, korang masukkan loyang adunan ke dalam periuk dan lapikkan dengan tungku besi loyang adunan tadi. Masak dalam 40 minit.
  • Saya belum pernah masak kek ni guna oven sebab oven saya hilang dari radar.

Sumber/Foto : Noorlaili Sahalan

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Published by
Netty Ah Hiyer