Bila ada anak kecil, jangan hairanlah bila ada sofa bertompok dan kotor kesan dari air tertumpah, minyak dan sisa makanan. Dah bersihkan tetap juga tinggal kesannya. Malu pula bila ada tetamu datang.
Biasanya sofa jenis fabrik mudah nampak kesan tompokan. Tambah-tambah kalau sofa mahal, boleh jadi murah bila ada kotoran seperti ini. Salah cara bersih boleh merebak kesannya.
Jadi, daripada pening dan membazir upah orang bersihkan, mak-mak boleh buat cara ini. Paling senang dan mudah untuk hilangkan sifa bertompok ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tip Bersihkan Minyak Tumpah, JANGAN Pakai Mop, Gunakan Satu Bahan Ini, Mudah, Senang
Tips Mudah Bersihkan Kasut Sekolah Anak Dengan Ubat Gigi Tak Payah Jemur, Tak Perlu Sental Kuat-Kuat
Apa yang diperlukan ialah:
1. Air suam
2. Sabun pembersih
3. Tuala mikrofiber
.
.
Caranya:
Campurkan ke semua bahan tadi ke dalam satu bekas.
.
Kemudian, ambil tuala mikrofiber, bilas dalam air tadi.
Selepas itu, ikat pada penutup periuk.
.
.
Gosok pada bahagian sofa yang bertompok dan kotor.
Boleh juga bersihkan pada bantal juga.
Lihatlah hasilnya, kembali seperti baru.
.
.
Mingguan Wanita : Buat macam ni baru betul. Mudah dan senang.
Sumber: Eseyway (tiktok)
@eseyway BEST HACK SO FAR 😍 #cleaningsofa #homehacks #trendinghack #mommylife #momsoftiktok #fydongggggggg ♬ Sunroof – Nicky Youre & dazy
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita