Bila ada anak kecil, jangan hairanlah bila ada sofa bertompok dan kotor kesan dari air tertumpah, minyak dan sisa makanan. Dah bersihkan tetap juga tinggal kesannya. Malu pula bila ada tetamu datang.
Biasanya sofa jenis fabrik mudah nampak kesan tompokan. Tambah-tambah kalau sofa mahal, boleh jadi murah bila ada kotoran seperti ini. Salah cara bersih boleh merebak kesannya.
Jadi, daripada pening dan membazir upah orang bersihkan, mak-mak boleh buat cara ini. Paling senang dan mudah untuk hilangkan sifa bertompok ini.
Hiasan dinding dengan ‘Wainscoting’ semakin mendapat tempat dihati peminat dekorasi rumah. Cantik bila dinding dihias kotak bersegi-segi macam tu, terus rasa mewah. Selalunya’Wainscoting’ menggunakan material kayu. Nak pasang pun renyah dan kosnya pun agak mahal.
Namun perkongsian Hafiz Hilmi ini, boleh guna PVC Foam Wainscoting. Tetap nampak ‘real’ macam guna material kayu, senang dipasang dan kosnya pula sangat murah.
Berikut perkongsian tersebut;
“Memandangkan ramai yang mesej saya dan tanya tentang PVC Foam wainscoting ni, so saya decide nak terangkan detail dekat mana nak beli dan bahan-bahan yang nak digunakan untuk pasang.”
“PVC foam ni sangat ringan dan senang nak bentuk dan lekat di dinding berbanding jenis getah yang berat dan susah lekat di dinding.”
Bahan yang saya gunakan:
1. Pembaris 45 darjah
2. Gam Dunlop (beli di mana2 kedai hardware/diy rm3.50 per bottle)
3. Gunting
4. Manilakad tebal/cupboard ( untuk buat kotak)
Pembaris 45 darjah saya gunakan untuk jadikan guide untuk potong bahagian hujung, untuk penyambung supaya nampak lebih kemas.
Cara Membuat:
Step 1st buat petak gunakan manilakad atau cupboard.
2. Lekat cupboard dekat dinding. Kemudian sapukan gam bahagian belakang pvc wainscoting.
3. Lekat pvc wainscoting ikut cupboard atau manilakad yang dah dilekatkan di dinding supaya pvc foam ni lekat dengan lurus baru cantik..hehe kalau tak pakai board ni pun boleh terus lukis di dinding sebab tujuan dia hanya sebagai guide sahaja.
4. Kemudian sampai di bahagian hujung, gunakan pembaris 45 darjah dan gunting untuk penyambung line petak yang seterusnya.(Boleh tengok gambar.)
Untuk beli lining ni saya beli direct shopee. Ada dua size satu 3cm lebar dan 1 lagi 6cm lebar. Warna putih siap-siap so tak perlu cat dah. Kalau nak cat warna sama dengan dinding pun boleh tak ada masalah.
Bagi saya wainscoting Pvc foam ni memang menarik nampak real macam yang kayu dan yang paling penting senang nak pasang sorang-sorang pun boleh buat sebab pakai gunting sahaja potong tak perlu professional tools dan kos sangat-sangat murah.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi yang nak deko dan serikan dinding rumah dengan ‘ PVC Foam wainscoting’ ni. Bajet taklah besar mana, real macam kayu, mudah nak pasang dan paling penting puas hati bila rumah cantik hasil bila buat sendiri.
Tip Pilih, Cara Ukur Masa Nak Beli Bra, Rahsia ‘Aset’ Nampak Cantik Terletak.
Setiap wanita mempunyai saiz dan jenis payudara yang berbeza. Memilih bra bukan sekadar cantik pada pandangan mata. Faktor utama yang perlu diambil kira ketika memilih bra adalah ukuran yang tepat serta keselesaan.
Sebenarnya masih ramai melakukan kesalahan ketika memilih bra yang sesuai dan selesa walaupun telah meningkat usia. Kesannya ‘aset’ anda lari bentuknya.
Bagi wanita selepas bersalin, ukuran aset anda juga akan berubah. Maka sebab itulah pentingnya anda memilih bra dengan saiz yang betul. Pernahkah anda mengalami kesukaran dalam memilih bra?
Buat wanita yang telah bergelar ibu amat penting untuk anda memilih dan memakai bra yang betul. Ini bagi memastikan agar aset anda akan kelihatan ‘elok terletak.’ Tentu anda tidak mahu aset anda yang satu ini nampak ‘jatuh’ bukan?
Berikut dikongsikan tip bagi memudahkan anda memilih bra yang tepat.
CARA UKUR SAIZ BRA MENGGUNAKAN PITA UKUR
Anda boleh mengukur saiz bra sendiri di rumah dengan mengambil dua ukuran yang dinyatakan sebelum ini dengan pita ukur.
1. UKUR LILIT BAJU DALAM
Ukur (inci) kawasan pinggang yang terletak betul-betul di bawah lilitan bra anda, bahagian bawah dada. Pastikan anda menarik pita pengukur dengan ketat tetapi jangan terlalu ketat.
2. UKUR SAIZ CUP
Kemudian, ukur di sekeliling badan pada bahagian payudara (di mana puting anda berada). Juga jangan terlalu ketat, cukup pastikan ia tidak terlalu longgar. Catat ukuran dalam inci.
3. KEPUTUSAN (A, B, C ATAU D)
Sebaik sahaja anda mempunyai dua nombor, anda perlu mencari perbezaan antara mereka untuk menentukan saiz cup anda. Saiz cup tolak saiz ukur lilit, perbezaan yang dicatatkan adalah saiz cup anda.
*Jika saiz cup sama dengan saiz ukur lilit, anda adalah cawan A.
*Jika saiz cup 1 inci lebih daripada saiz ukur lilit, anda adalah cawan B.
*Jika saiz cup 2 inci lebih daripada saiz ukur lilit, anda adalah cawan C.
*Jika saiz cup 3 inci lebih daripada saiz ukur lilit, anda adalah cawan D.
*Jika saiz cup 4 inci lebih daripada saiz ukur lilit, anda adalah cawan DD.
*Jika saiz cup adalah 5 inci lebih daripada saiz ukur lilit, anda adalah cawan E.
*Dan sebagainya.
Ukuran ini adalah titik permulaan sahaja. Anda mungkin perlu mencuba banyak bra untuk mencari yang sesuai.
TIP MEMILIH BRA
1. Pastikan jalur memanjang di sekeliling belakang anda berasa tegang tetapi tidak terlalu ketat kerana ia merupakan sumber sokongan utama daripada bra anda. Kebanyakan sokongan harus datang dari jalur bra bukan tali bra.
Pemilihan bra yang salah, akan membuatkan anda berasa sangat tidak selesa dan akan menyebabkan bonjolan atau tanda yang tidak sedap dipandang.
2. Jika cup pada bra kelihatan berkedut atau mempunyai ruang di bawah lengan, kemungkinan saiz cawan terlalu besar untuk anda. Manakala sebaliknya, jika isi di bawah lengan atau bahagian atas cup bra membonjol, itu tandanya bra yang anda pakai terlalu kecil.
3. Kalau anda memakai bra berwayar, jalur bawah di bra harus diletakkan dengan kemas pada sangkar rusuk dan harus duduk tepat di antara payudara anda untuk memberikan ruang pemisahan dan sokongan yang baik.
4. Cuba pasangkan bra pada cangkuk tengah untuk memberi banyak ruang pelarasan, kerana badan anda mungkin berubah.
5. Jangan lupa untuk melaraskan tali bra untuk mencari kedudukan yang paling selesa.
Anda sudah pun tahu cara mengukur dan memilih bra yang betul bukan? Jadi selepas ini tiada lagi masalah untuk membeli bra. Tiada lagi masalah beli bra tapi tak selesa dipakai!
Tanam Keledek Jepun medium tanah kena peroi, barulah ada isi!. Ini merupakan antara tip untuk tanam Keledek Jepun buat mak-mak yang nak cuba tanam sendiri di rumah.
Bukan apa, jika beli Keledek Jepun ni, boleh tahan juga harganya. Lebih jimat, berbaloi dan puas hati bila tanam sendiri Keledek Jepun ni. Lebih selamat sebab menggunakan baja organik dan paling penting bebas racun perosak.
Ikut tip tanam Keledek Jepun seperti yang dikongsikan oleh Cikwan Redzuan Jelaniini sebagai panduan;
Keledek Jepun, jenis keledek yang paling mahal dekat Econsave. Rebus makan camtu je sedap betul.
Caranya:
1. Beli, selepas itu ambil buah yang agak kecil..basahkan sikit.
2. Simpan dalam bekas yang kedap udara, letak tempat redup. Wak biasa letak tepi sinki je senang nampk. Takut terlupa je nanti
3. Lepas 2 minggu intai la kalau dah keluar tunas, boleh dah pindahkan dalam polibeg. Saya guna 6 polibeg saiz 12×12.
4. Keledek ni medium tanah kena peroi. Tanah tak boleh padat. Kalau padat nanti tak ada buah/ ubinya.
5. Kalau nak tanam dalam pasu medianya kena 2:1.
2 bahagian cocopeat campur dengan 1 bahagian tanah hitam.
Guna baja organik terbaik.
Tempoh tuaian hasil 2 bulan. Yang ni baru sebulan, cabut sebab tak nak buah dia besar sangat. Nak saiz comel-comel gini je. Rebus makan malam malam time hujan..asyik!
Info Ekstra!
Tanam keledek ni bila daunnya rimbun banyak menjalar biarkan sahaja tak perlu cantas.
Untuk kekalkan kelembapan dan cepat keluar tunas. Semua biji benih perlu simpan dalam bekas bertutup.
Kalau guna tanah gambut boleh. Kalau tanah liat/merah kena campur cocopeat (sabut kelapa hancur).
Mingguan Wanita: Nak cuba tanam keledek jepun di rumah, boleh cuba tip yang dikongsikan ini. Pastikan tanahnya peroi, tak pada barulah ada isi/ubinya nanti. Sedapnya makan keledek rebus panas-panas.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...