Minyak tumpah. Inilah biasa yang berlaku pada mak-mak bila berada di dapur. Tak anak yang tumpahkan atau kita sendiri yang terlanggar atau terlepas tangan.

Satu hal pula nak bersihkan minyak tumpah. Salah cara bersih, mahunya satu rumah berminyak. Pijak lantai pun tak selesa.

Selalunya, mak-mak bertindak cepat dengan menggunakan mop untuk bersihkan minyak tumpah. Kesannya, minyak melekat pada mop susah nak bersihkan dan bila nak guna, habis satu rumah berminyak.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tip Hilangkan Kesan Lekukan Perabot Pada Karpet Dengan Kiub Ais, Memang Menjadi!

Tip Cuci Langsir Bukan Semua Sesuai Guna Mesin Basuh, Elak Cepat Rosak

Minyak Tumpah, Guna Gandum Saja!

Ada cara yang betul dan mudah untuk mak-mak bersihkan minyak tumpah. Ini antara perkongsian daripada julespitch dalam video tiktoknya.

“Jangan terus pakai mop nanti susah nak bersihkan mop yang berminyak.”

Ads

Caranya:

Ambil tepung gandum dan letak atas minyak tadi, jumlah gandum ikut kesesuaian dan bergantung pada minyak yang tumpah itu.

Tip Bersihkan Minyak Tumpah, JANGAN Pakai Mop, Gunakan Satu Bahan Ini, Mudah, Senang
.

Selepas itu, ulikan seperti playdoh pada tempat minyak itu.

Tip Bersihkan Minyak Tumpah, JANGAN Pakai Mop, Gunakan Satu Bahan Ini, Mudah, Senang
.

Ads

Bila minyak dah serap pada gandum, ia akan membentuk gumpalan.

Tip Bersihkan Minyak Tumpah, JANGAN Pakai Mop, Gunakan Satu Bahan Ini, Mudah, Senang
.

Tip Bersihkan Minyak Tumpah, JANGAN Pakai Mop, Gunakan Satu Bahan Ini, Mudah, Senang
.

Kemudian, barulah ambil tuala basah dan lapkan pada tempat yang terkena minyak tadi. Masa ini barulah boleh gunakan mop untuk bersihkan. Senang dan kemas.

Ads

Tip Bersihkan Minyak Tumpah, JANGAN Pakai Mop, Gunakan Satu Bahan Ini, Mudah, Senang
.

Mingguan Wanita : Tip dapur yang boleh mak gunakan. Kalau ada yang terpercik dan melekat kat kaki pun boleh saja gunakan gandum tu untuk bersihkan.

Sumber: julespitch @tiktok

@julespitch Tips bersihkan minyak masak tertumpah. Jangan pakai mop terus nanti leceh nak bersihkan mop yang berminyak pula 😖 #fypdongggggggg #fypシ #tipsdapur #tipsbersihrumah ♬ Shut Down – BLACKPINK

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI