Tip Abby Abadi Didik Anak Celik Al Quran, Seawal 2 Tahun

Share

Sejuk hati ibu yang melahirkan bila mana anak-anak dekat dengan Al Quran. Dalami ilmu yang dipelajari dan dipraktiskan dalam kehidupan seharian. Itulah kemanisan dakwah dalam keluarga yang Abby Abadi rasai ketika ini.

Bila mana, akuinya.. selepas berlaku penceraian dalam hidupnya, dia masih lagi terumbang ambing.. dalam masa yang sama dia mahu selamatkan anak-anak. Dan hanya Islam saja yang dapat selamatkan anak-anaknya waktu itu.

Syukurlah Abbby memilih jalan yang tepat dan anak-anaknya berjaya menjadi hafiz. Anak perempuannya melalui perkahwinannya dengan Norman Hakim, Marissa Dania Hakim menerima anugerah Hafalan Qasidah Burdah Al-Busiri tahun lalu.

Tentunya ini berita yang begitu mengujakan hati mana-mana mak ayah. Di ruangan instagram, Abby berkongsi tip asas mendidik anak-anak celik Al Quran.

 

3 Cara Abby Abadi Didik Anak Celik Al Quran

Anak-anak bertuah Mama
@danishhakimofficial
@marissadaniaaaaa_
@m_danishaa

Ramai sangat yang tanya macamana saya mula didik anak-anak dengan AL QURAN. Bila mula, umur berapa? Macamana pujuk dorang duduk asrama hafal QURAN? Banyaklah lagi soalan.

Saya dah kongsi banyak kali dah sampai tak ingat dah macamana nak kongsi lagi. Tapi malam ni (ketika status dimuatnaik) saya terjumpa gambar ni. Jadi, saya share la serba sedikit ye.

Bila nak cerita pasal anak-anak ni, terkaitlah sikit cerita tentang kahwin dan cerai dengan Paknya. Harap baca dan ambil yang baik-baik saja ye. Jangan menambah bara.. hehe..

Walaupun waktu berkahwin hinggalah bercerai dengan pak anak-anak ni, saya masih hanyut tapi masa depan anak-anak adalah antara perkara yang paling saya risaukan.

Cara 1 : Panggil Ustaz Datang Rumah Ajar Mengaji

Dan setelah bercerai… walaupun saya masih di lautan dalam, saya nampak hanya ISLAM yang dapat menyelamatkan masa depan mereka. Dan Inilah antara perjalanannya.

Dari seawal usia 2/4/6 tahun, saya dah panggil Ustaz ajar anak-anak mengaji di rumah supaya anak-anak ni celik AL QURAN. Dan Alhamdullillah. Anak-anak mudah dilentur dan dibentuk sebab masih kecilkan waktu ni.

Cara 2 : Selalu Bercerita Dengan Anak-anak Tentang Allah

Selalu juga saya sembang dengan anak-anak bercerita tentang ALLAH SWT, sebut tentang Muhammad ya Rasullullah, siapa Nabi Muhammad.. tentang kenapa kita diciptakan. Bagitau kenapa mesti solat, kenapa kena hafal AL QURAN, apa ganjarannya.

Dan hari ni sudah nampak hasilnya walaupun jauh dari sempurna dan jauh lagi perjalanan mereka. Saya nak mereka betul faham ISLAM dan jadi hamba ALLAH yang benar-benar beriman. Bukan sekadar di IC sahaja ISLAMnya.

Cara 3 : Hantar Anak Ke Tahfiz

Sampai ke tahap hantar mereka duduk asrama, adalah sebab saya ibu tunggul waktu tu.. masih berjimba ria. Jadi saya tak nak anak-anak saya terabai sebab saya tahu saya tak boleh mengajar sendiri mereka.

Menangis-nangis pun saya hantar juga. Saya tekad nak anak-anak saya hafal AL QURAN dan jadi orang yang berpedoman. Dan waktu tu saya nampak “Tahfiz” adalah yang terbaik.

Bukan mudah.. tapi Alhamdullillah saya berjaya melalui fasa pertama untuk didik anak celik AL QURAN dan beramal dengannya. Syukur ya ALLAH

Sumber/Foto : Abby Abadi

Published by
NETTY AH HIYER