Sejuk hati ibu yang melahirkan bila mana anak-anak dekat dengan Al Quran. Dalami ilmu yang dipelajari dan dipraktiskan dalam kehidupan seharian. Itulah kemanisan dakwah dalam keluarga yang Abby Abadi rasai ketika ini.
Syukurlah Abbby memilih jalan yang tepat dan anak-anaknya berjaya menjadi hafiz. Anak perempuannya melalui perkahwinannya dengan Norman Hakim, Marissa Dania Hakim menerima anugerah Hafalan Qasidah Burdah Al-Busiri tahun lalu.
Tentunya ini berita yang begitu mengujakan hati mana-mana mak ayah. Di ruangan instagram, Abby berkongsi tip asas mendidik anak-anak celik Al Quran.
Ads
3 Cara Abby Abadi Didik Anak Celik Al Quran
Anak-anak bertuah Mama
@danishhakimofficial
@marissadaniaaaaa_
@m_danishaa
Ramai sangat yang tanya macamana saya mula didik anak-anak dengan AL QURAN. Bila mula, umur berapa? Macamana pujuk dorang duduk asrama hafal QURAN? Banyaklah lagi soalan.
Saya dah kongsi banyak kali dah sampai tak ingat dah macamana nak kongsi lagi. Tapi malam ni (ketika status dimuatnaik) saya terjumpa gambar ni. Jadi, saya share la serba sedikit ye.
Bila nak cerita pasal anak-anak ni, terkaitlah sikit cerita tentang kahwin dan cerai dengan Paknya. Harap baca dan ambil yang baik-baik saja ye. Jangan menambah bara.. hehe..
Ads
Walaupun waktu berkahwin hinggalah bercerai dengan pak anak-anak ni, saya masih hanyut tapi masa depan anak-anak adalah antara perkara yang paling saya risaukan.
Cara 1 : Panggil Ustaz Datang Rumah Ajar Mengaji
Dan setelah bercerai… walaupun saya masih di lautan dalam, saya nampak hanya ISLAM yang dapat menyelamatkan masa depan mereka. Dan Inilah antara perjalanannya.
Dari seawal usia 2/4/6 tahun, saya dah panggil Ustaz ajar anak-anak mengaji di rumah supaya anak-anak ni celik AL QURAN. Dan Alhamdullillah. Anak-anak mudah dilentur dan dibentuk sebab masih kecilkan waktu ni.
Ads
Cara 2 : Selalu Bercerita Dengan Anak-anak Tentang Allah
Selalu juga saya sembang dengan anak-anak bercerita tentang ALLAH SWT, sebut tentang Muhammad ya Rasullullah, siapa Nabi Muhammad.. tentang kenapa kita diciptakan. Bagitau kenapa mesti solat, kenapa kena hafal AL QURAN, apa ganjarannya.
Dan hari ni sudah nampak hasilnya walaupun jauh dari sempurna dan jauh lagi perjalanan mereka. Saya nak mereka betul faham ISLAM dan jadi hamba ALLAH yang benar-benar beriman. Bukan sekadar di IC sahaja ISLAMnya.
Cara 3 : Hantar Anak Ke Tahfiz
Sampai ke tahap hantar mereka duduk asrama, adalah sebab saya ibu tunggul waktu tu.. masih berjimba ria. Jadi saya tak nak anak-anak saya terabai sebab saya tahu saya tak boleh mengajar sendiri mereka.
Menangis-nangis pun saya hantar juga. Saya tekad nak anak-anak saya hafal AL QURAN dan jadi orang yang berpedoman. Dan waktu tu saya nampak “Tahfiz” adalah yang terbaik.
Bukan mudah.. tapi Alhamdullillah saya berjaya melalui fasa pertama untuk didik anak celik AL QURAN dan beramal dengannya. Syukur ya ALLAH
Sherry tak niat sakiti sesiapa. Pelakon dan juga pengacara sensasi Sherry Alhadad tampil memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terguris hati dengan kenyataannya menolak pembedahan bariatik yang dikatakan ‘jalan pintas’ untuk kurus.
Malah dia juga akui dirinya tidak berniat menyakiti hati sesiapa pun dan tujuan merakamkan video berkenaan sekadar untuk menjawab soalan-soalan yang diterima di TikTok, Instagram dan individu yang ditemuinya sebelum ini.
Sherry Tak Niat Sakiti Sesiapa
Terbaru penyanyi terkenal Datuk Aishah tampil menegur Sherry kerana kenyataannya itu dan mengaku terasa hati dengan apa yang dikongsikan tentang pembedahan bariatik.
Seperti mana yang diluahkan menerusi Harian Metro, Sherry menerangkan dirinya membuat penjelasan kerana ramai yang mengatakan berat badannya turun dek kerana pembedahan tersebut.
“Ramai yang tahu saya adalah duta produk untuk mengurangkan berat badan.
“Effort (usaha) saya ialah dengan ambil produk itu dan dalam masa sama pergi ke gimnasium atau buat senaman ringan.
“Jadi, video itu dirakamkan untuk beri penjelasan yang saya berjaya turunkan berat sebab kombinasi mengambil produk dan juga senaman.
“Apapun, saya ingin memohon maaf atas kenyataan saya jika ada mana-mana pihak yang terasa.
Akui Kekhilafan Sendiri
“Kekhilafan saya sendiri yang tidak melihat dan menggunakan perkataan yang betul ketika buat kenyataan di dalam video itu. Namun, saya tak pernah naik status atau beri pandangan terhadap sesiapa yang buat pembedahan bariatik.
“Kalau ada orang tanya, sebenarnya saya akan jawab terpulang kepada individu. Setiap orang ada pendapat dan cara masing-masing.
“Saya juga akan jawab tak buat pembedahan itu (bariatrik), tapi terpulanglah kepada mereka untuk pilih kaedah atau cara sendiri bagi menurunkan berat badan,” ungkapnya.
Wanita kena bijak menabung, Ayda Jebat nasihat jangan terlalu boros ketika berbelanja. Benarlah apa yang dipesan oleh selebriti popular berbadan genit Ayda Jebat.
Ungkapnya sejak dari awal terlibat dalam bidang seni dirinya sentiasa beringat untuk menyimpan wang atau menabung untuk masa depan.
Wanita Kena Bijak Menabung, Ayda Jebat Nasihat Jangan terlalu Boros
Pelakon dan penyanyi yang kini sudah bergelar ibu kepada cahaya mata sulungnya, Ana Nayla juga turut akui kini dia boleh membeli apa yang diinginkan hasil dari duit simpan ketika aktif berlakon.
Dek kerana itu juga dia juga menyeru golongan selebriti agar tidak terlalu boros ketika berbelanja. Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Ayda menerapkan dalam diri untuk menabung demi masa depan.
“Wang simpanan saya tidaklah terlalu banyak, tapi saya memang menyimpan sejak terbabit dalam dunia seni.
“Saya selalu terapkan dalam diri untuk membuat simpanan pada masa mendatang.
“Jadi setiap bayaran projek yang diterima saya akan menyimpan dan selalu beringat untuk tidak terlalu boros,” ungkap Ayda yang sebelum ini pernah menghadiahkan sebuah rumah untuk ibunya.
Bayaran Hasil Lakonan Tidaklah Terlalu Tinggi
Akuinya lagi bayaran yang diterim sebagai seorang pelakon tidaklah banyak berbanding menjayakan penggambaran produk aatu kempen di media sosial namun dirinya sentiasa beringat.
“Sebenarnya bayaran yang diterima daripada hasil lakonan tidaklah terlalu tinggi jika nak dibandingkan dengan projek penggambaran untuk produk atau kampen media sosial yang saya buat sekarang.
“Dulu masa berlakon saya perlu keluar duit banyak sebab hampir setiap hari keluar bekerja.
“Sekarang ni saya boleh melakukan kerja di rumah atau mengikut kesesuaian saya dan pelanggan,” akhirinya.
Setiap episod Ratu Hijabista perlu menjalani beberapa tugasan, antara tugasan yang telah dilalui oleh ratu-ratu adalah melawat Pusat Jagaan Warga Emas Darul Insyirah, Bandar Baru Bangi.
Darul Insyirah merupakan pusat jagaan dan pendidikan warga emas di Bandar Baru Bangi. Perkhidmatan yang disediakan ialah jagaan harian, mingguan dan bulanan. Secara tidak langsung kehadiran dan gelagat ratu-ratu hijabista mencerikan penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Darul Insyirah.
Bukan sekadar lawatan beramah mesra, ratu-ratu juga ditugaskan untuk mengemas kawasan yang menjadi tempat tinggal bonda-bonda yang tinggal di pusat jagaan ini.
Peluang ini digunakan sebaik mungkin oleh ratu-ratu semua kerana aktiviti sebegini agak jarang mereka berkesempatan. Selain mengemas Kawasan surau, mereka juga kelihatan sibuk mengemas Kawasan sekitar pusat jagaan.
Dalam masa yang sama, ratu-ratu turut melakukan permainan dengan penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Darul Insyirah dengan memakai mereka tudung.
Suasana ini menimbulkan keceriaan di kalangan penghuni di sini. Selain ratu-ratu, Puan Sri Normala Samsudin turut turun padang dalam merealisasikan episod ini.
Selamat maju jaya dan semoga berjaya buat ratu-ratu yang bakal berdepan peringkat akhir pada hari rabu nanti.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...