Memasuki hari ke-5 bulan puasa, dan kesempatan cuti hujung minggu lepas, tentu ramai mak mak yang dah melawat bazar Ramadan. Perasan tak, kebanyakan menunya sama jer setiap tahun?

Hasil tinjauan team Mingguan Wanita di beberapa bazar Ramadan sekitar Lembah Klang, 5 makanan ini antara yang didapati paling laris dan diburu golongan wanita. Cuba tengok, sama ke tak?

(1) Kuih Tepung Pelita

Tinjauan Hari Ke-5 Berpuasa, 5 Makanan Ini Rupanya Paling Diburu Di Bazar Ramadan!

Kuih kegemaran anak-anak dan mak mak bila berbuka. Rasanya lembut, lemak manis dan cair di mulut. Paling terkenal adalah Tepung Pelita Paya Jaras yang popular dengan slogannya, ‘Rasa Sebulan Rindu Setahun’.

(2) Martabak

IKLAN

Tinjauan Hari Ke-5 Berpuasa, 5 Makanan Ini Rupanya Paling Diburu Di Bazar Ramadan!

Kalau lalu gerai martabak ni, memang tak sah kalau mak mak tak singgah. Bau semerbak martabak yang digoreng, dari jauh lagi dah memanggil-manggil. Selalunya gerai martabak ni memang banyak, tapi ikut nasib juga ada peniaga yang kedekut inti, harga mahal, rasa ke laut?

(3) Ayam Golek / Ayam Percik

Tinjauan Hari Ke-5 Berpuasa, 5 Makanan Ini Rupanya Paling Diburu Di Bazar Ramadan!

IKLAN

Ini memang pilihan mak mak yang tak sempat masak lauk berbuka. Bila tengok ayam-ayam togel atau kambing bergolek di bazar Ramadan, tertelan air liur. Tengok ayam percik pun sama, tiba-tiba jer laparkan? Bau asapnya pun dah cukup mencabar iman. Dapat pula ayam percik Kelantan.

(4) Air Tebu, Air Kelapa, Air Soya Ais

Tinjauan Hari Ke-5 Berpuasa, 5 Makanan Ini Rupanya Paling Diburu Di Bazar Ramadan!

IKLAN

Walaupun ada macam-macam pilihan air yang dijual, tapi ramai yang masih berbaris panjang di gerai air tebu, air kelapa dan air soya. Mungkin sebab perisa pilihan ni lebih semula jadi dan bukan berasaskan air gula semata-mata. Apa pun, tengok juga kebersihan peniaga. Minta kurang gula dan kurang ais ya!

(5) Popia Basah

Tinjauan Hari Ke-5 Berpuasa, 5 Makanan Ini Rupanya Paling Diburu Di Bazar Ramadan!

Kalau tengok popia basah bersalut sambal memang menguji jiwa betul. Antara yang paling sedap adalah Pak Ya Popia Power. Peniaga yang jual popia sedap biasanya tak kedekut inti, bersaiz besar dan berpatutan.

Tip Sebelum ‘Terbabas’ Di Bazar Ramadan

  • Mak mak fikirlah dulu sebelum beli. Fokus terhadap makanan yang dimahukan saja untuk berbuka.
  • Kalau boleh, tetapkan bajet atau bawa duit secukupnya. Jangan ikutkan nafsu lapar, nanti membazir jer!
  • Amal konsep 1:2. Beli 1 juadah berat dan 2 juadah ringan saja. Itu sudah memadai untuk berbuka dan moreh.
  • Utamakan makanan yang dimasak tanpa santan atau berminyak. Kurangkan kuih-muih manis, air minuman atau bubur.
  • Ajak anak-anak beli di gerai yang bersih dan makanannya bertutup. Tengok peniaganya juga, bertopi dan berapron tak? Kalau kukunya panjang dan kotor, oh tolonglah cari gerai lain!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI