“Tinggalkan Dunia, Saya Juga Ada Kesedihan Yang Perlu Sorok.”- Bonda Rozita.

Share

Setiap orang punyai kisah hidup sendiri. Ada di kalangan kita dahulunya diuji dengan kesusahan dan kesedihan, kini Allah anugerahkan kehidupan lebih baik.

Ada setengahnya pula setelah penat dengan urusan dunia, rela mengalihkan perhatian tentang dunia kerana ingin melupakan kesedihan-kesedihan yang lalu seperti yang dilakukan oleh Bonda Rozita Ibrahim.

Setiap orang punyai pilihan hidup masing-masing untuk meneruskan hidup. Paling penting apakah matlamat yang kita cari  dalam hidup.

Ikuti perkongsian, Bonda Rozita Ibrahim :

Indahnya tiga waktu..

Yang saya sangat senang di rumah hutan di waktu subuh sampai jam 10 pagi… Bacaan ayat Al-Quran, selawat, lagu untuk ummi… Semuanya tentang Allah, keislaman.. Lagi feeling bila dengar lantunan ayat-ayat indah pada waktu ni
.
Syahdunya waktu remang merah senja matahari tenggelam dan tenang- setenangnya masa tengah malam… Saya tak pernah melepaskan peluang pada waktu-waktu ini..
.
Di media sosial saya banyak menceritakan tentang rumah hutan… Setiap manusia akan menceritakan perkara yang paling seronok dan paling menyedihkan dalam hidupnya…

Alihkan Perhatian Tentang Dunia

Rumah hutan ini mengalihkan perhatian saya tentang dunia… Saya pun ada kesedihan yang disorokkan, saya melupakan stres perniagaan dan saya fokus betul-betul matlamat hidup saya ialah untuk mengejar kematian untuk usia emas dengan aman…
.
Saya akan meninggalkan dunia ini, dan meninggalkan apa yang saya kerjakan walaupun hanya sebiji mangga, ia sgt memberikan satu impak besar di dalam hati saya.
.
Ya Rahman banyak sudah Allah mengurniakan nikmat kehidupan pada saya, syukur saya dapat melihat sihat dan mudah gerak, kenapa saya tak rajin untuk Allah… Adakah saya akan menikmati kehidupan ini selepas kematian saya… Kerana hidup ini hanya 2 pilihan…( Itu saja saya fikirkan).

Semua atas kita yang buruk atau baik, syurga atau pun neraka… Dan sebagai seorang ibu, ketua, majikan dan muslim, saya menulis dan menyampaikan mengajak orang kepada kebaikan…
.
Kalau tak nak ikut, saya sudah menyampaikan dan setakat itu sahajalah usaha saya masa masih di dunia saya… Saya tak bosan nak minta dimaafkan sekiranya saya banyak sakitkan manusia lain sebab saya bukan manusia yang baik jauh sangat dari sifat sempurna.

MW: Setiap orang punyai cara tersendiri, begitu juga dengan Bonda Rozita. Dia kini selesa untuk mengalihkan perhatian tentang hal dunia dan memberi fokus kepada matlamat hidupnya dengan lebih aman di usia emas.

Published by
Syazwani Mehat