Tinggalkan Dunia Glamor, Bekas RATU CANTIK Vietnam Pilih Hidup Sederhana Jadi Petani

Share

Memiliki gelaran ratu cantik, dikelilingi kehidupan penuh glamor dan dikenali ramai menjadi impian bagi sesetengah wanita. Namun, bagi bekas Ratu Cantik, Oanh Yen yang pernah memenangi beberapa pertandingan seperti Miss Vietnam 2008, Miss Vietnam World 2010 dan Queen of Beauty World 2019 di Korea kini memilih hidup bersederhana bersama mak ayah, suami dan enam anaknya di kampung sebagai petani.

Pilih Berpindah Ke Kampung

Menerusi laporan Wolipop, selepas berpindah ke kampung, penampilan figura itu berubah dari memakai makeup tebal dan bergaya kepada hanya memakai makeup nipis yang cukup minimalis dan juga berpakaian biasa.

Walaupun sudah meninggalkan dunia glamor tetapi peminat boleh melihat kehidupannya melalui media sosialnya. Dapat dilihat, figura itu masih mengekalkan bentuk badan walaupun sudah memiliki 6 orang anak.

Menariknya, meskipun memegang gelaran ratu cantik antarabangsa, Oanh Yen jarang bercakap mengenai kehidupan peribadinya. Untuk rekod, wanita ini menghabiskan masanya dengan bercucuk tanam menguruskan 4 hektar kebun sayur sayuran, selain menjaga anak-anaknya di rumah.

Tampak kebahagiaan dan ketenangan di wajah wanita beranak 6 ini, meskipun memilih kehidupan sederhana di kampung halaman dan bercucuk tanam.

Mesti Baca:Finalis Miss England Yakin Pilih Bertanding RATU CANTIK Tanpa Sebarang Mekap!
Baca Lagi Di Sini:Pernah VIRAL Gambar Mengemis Tepi Jalan, Gadis Pasang Impian Sertai RATU CANTIK!
Artikel Menarik:Bekas RATU CANTIK Jadi Gelandangan, Meninggal Dunia Di Jalanan

Mingguan Wanita: Pilih kehidupan yang lebih sederhana disamping keluarga dan anak-anak lebih membuatkan hati rasa tenang.

Sumber: Wolipop

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab