Takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa dan semoga mereka kuat berdepan dengan ujian berat ini. (Kredit foto : Sinar Harian)

‘Tinggalkan 3 orang anak masih kecil.’ Nenek terkejut cucu meninggal ditembak ketika keluar pergi mengurut.

Siapa sangka itulah kali terakhir pertemuan nenek dan cucunya sebelum ditemui meninggal dunia ditembak di dalam kereta. Lebih menyayat hati pabila wanita ini sedang hamil anak ke empatnya.

Tergamak pembunuh itu menamatkan dua nyawa sekaligus seolah-olah tiada langsung rasa simpati pada mangsa yang sedang hamil. Allahuakbar!

Tinggalkan 3 Orang

“Dia hanya beritahu nak keluar mengurut kerana lenguh badan akibat mengandung dan meminta saya menjaga tiga anaknya. Tak sangka dia tidak pulang dan hanya sekujur tubuh yang tidak bernyawa ditemui,” luah Zawiah Sulong, 68.

Zawiah adalah nenek kepada seorang wanita mengandung yang ditemukan mati dengan kesan tembakan di perut dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan di Kampung Repek, di sini, petang semalam.

Katanya, cucunya keluar rumah kira-kira 8 malam Jumaat lalu, namun kemudian tidak pulang sehingga keesokan harinya.

Artikel Berkaitan:

‘Tidurlah ya Syahidah Razan Al Najjar’ Siapa Sebenarnya Gadis Paramedik Yang Maut Ditembak Askar Israel

Ads

Bergaduh Dengan Isteri, Punca Lelaki Rampas Pesawat Biman Airlines!

Zionis Kata Tak Sengaja Tembak Mati Sukarelawan Perubatan Palestin, Razan Al Najjar!

Anak Masih Kecil

Menurutnya, dia sendiri cuba mencari dengan pergi ke rumah rakan-rakan rapat cucunya selain menelefon beberapa kali tetapi tidak dijawab.

“Saya cuba menghubungi ibunya yang tinggal di Kampung Bechah Kelubi, Bukit Panau, Pasir Mas, Kelantan, namun diberitahu anaknya tidak pulang ke sana. Khabar itu meresahkan saya sehinggalah ada saudara memberitahu kereta miliknya tersadai di tepi jalan.

“Saya segera ke lokasi kejadian dan terkejut melihat orang ramai dan polis, selepas itu barulah saya tahu kejadian sebenar.

Ads

Nenek Terkejut

“Mengucap panjang saya melihat cucu kesayangan kaku di dalam kereta dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

“Tiga anak arwah ada dengan saya berusia tiga sehingga 10 tahun dan mereka masih dalam keadaan terkejut, malah yang paling kecil asyik menangis ‘mencari’ ibunya kerana mereka sangat akrab,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jelas Zawiah, mangsa adalah cucu yang dipelihara seawal usia 10 hari dan sangat rapat dengannya, selain tinggal serumah selepas mangsa bercerai dengan suaminya, Februari lalu.

Cucu Meninggal DiTembak

“Dia cucu yang sangat baik dan peramah, tidak suka keluar malam kecuali jika ada urusan penting sahaja, jadi saya agak terkejut kejadian sebegini terjadi padanya. Dia juga tidak pernah bercerita jika ada bermusuh atau sebagainya.

Ads

“Saya reda dengan apa yang terjadi dan perlu kuat demi terus menjaga anak-anak mangsa yang masih lagi trauma dengan kejadian ini. Insya Allah, selagi nyawa dikandung badan saya akan menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagai mana saya membesarkan ibu mereka.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bechah Kelubi sebagai memenuhi permintaan ibu kandungnya sebaik proses bedah siasat selesai,” katanya.

Katanya, dia berharap agar pembunuh cucunya dapat segera ditangkap dan diberi hukuman setimpal selain menjadikan pengajaran buat orang lain supaya berfikir dahulu sebelum bertindak agar tiada nyawa yang menjadi korban.

Mingguan Wanita : Semoga mangsa mendapat pegadilan sewajarnya. Takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa dan semoga mereka kuat berdepan dengan ujian berat ini.

Sumber : myMetro

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI