Tinggal sehelai sepinggang, tangisan kanak-kanak tiga tahun telah selamatkan nyawa lima beranak daripada kebakaran.
Panjang umur lima beranak ini apabila rumah mereka musnah terbakar hampir 70 peratus semalam.
Tangisan Kanak-Kanak Tiga Tahun
Suara tangisan kanak-kanak berusia tiga tahun menyelamatkan nyawa lima beranak termasuk seorang bayi lima bulan dalam kejadian kebakaran di Kampung Darat Sungai Ular, Pahang, semalam.
Ketika kejadian, yang berlaku kira-kira jam 11.30 pagi itu, Fatimah Abdullah, 71, berada di dalam rumah bersama empat cucunya berusia lima bulan hingga enam tahun.
Manakala menurut menantunya, Nurul Syahira Mat Rahim, 25, bersama suaminya Suhainizan Saman, 31, tiada di rumah kerana ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Seri Amal di Kemaman, Terengganu ketika kebakaran itu berlaku.
Tinggal sehelai sepinggang.
Selamatkan Nyawa Lima Beranak
“Kami menerima panggilan memaklumkan mengenai kejadian itu selepas selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 dos kedua di PPV terbabit.
“Susulan itu, kami bergegas pulang dan sebaik sahaja tiba-tiba, hampir keseluruhan rumah sudah terbakar,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Ads
Tambah Nurul Syahira, ketika kejadian, ibu mentuanya berada di dapur sebelum anak keduanya, Muhammad Waif Rayyan, 3 tahun secara tiba-tiba datang dan menangis.
Jelasnya, Muhammad Waif memberitahu ada melihat api dan ibu mertuanya terus memeriksa bilik serta mendapati api sudah marak.
Mujur kesemuanya selamat dan tiada kemalangan jiwa.
“Ibu mertua terus membawa membawa empat cucunya itu keluar dari rumah. Api merebak dengan cepat sehingga tiada apa yang sempat diselamatkan menyebabkan kami kini tinggal sehelai sepinggang,” ujarnya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, dua jentera bersama tujuh anggota termasuk dua pegawai diarahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan.
Katanya, sebaik sahaja anggota tiba di lokasi kejadian mendapati berlaku kebakaran rumah jenis kekal dan kebakaran telah memusnahkan kira-kira 70 peratus namun tidak melibatkan mangsa.
“Pasukan bomba melakukan operasi pemadaman dengan menggunakan satu aliran hos dan dua hose reel dari tangki pam jentera,” katanya.
Mingguan Wanita : Malang tidak berbau, biarpun mereka kehilangan harta benda, namun alhamdulillah mereka semua selamat. Semoga keluarga ini bangkit untuk meneruskan hidup.
Nampaknya rezeki sememangnya tidak pernah salah alamat! Itulah yang dapat digambarkan buat pelawak dan juga Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH 35, Bell Ngasri yang dilantik sebagai duta wangian Sky, Bell Edition.
Bell Ngasri atau nama sebenarnya, Nasrizal Ngasri, 43, jelas teruja apabila pertama kali diberi peluang menjadi wajah rasmi jenama minyak wangi keluaran tempatan. Menurutnya, dia tidak pernah terfikir suatu hari nanti diberi peluang untuk menjadi duta wangian meskipun kontrak tersebut hanyalah selama sebulan kerana ianya merupakan satu pengalaman baharu yang mengujakan.
Selaras dengan perlantikan tersebut, Bell Ngasri juga bakal muncul di Festival Kedah Best yang dianjurkan oleh Iconic Sky Entertainment untuk mempromosikan wangian terbaharu tersebut. Acara Karnival Kedah Best yang akan berlangsung di Tasek Darul Aman Park, Jitra Kedah pada 23 Disember hadapan.
Menurut Pengarah Urusan Iconic Sky Entertainment, Muhammad Danial Ismail, pemilihan Bell sebagai wajah rasmi produk keluarannya bertepatan dengan visi mereka untuk memperkenalkan jenama terbabit kepada pasaran tempatan. Tampil dengan tiga variasi iaitu Bell Eau De Parfum for Him, Bell Eau De Parfum for Her dan Bell Freshener.
Melihat penampilan yang Bell bawakan dalam karektor sebagai pelakon dan pelawak, produk ini dijangka bakal mendapat sambutan hangat di kalangan masyarakat selain harganya yang mampu milik.
“Memang saya selalu bawa watak orang kampung, namun Bell Edition merupakan penghargaan kepada rakyat Malaysia. Ia satu percubaan yang baru dan kami akan melihat bagaimana penerimaan orang ramai terhadap produk ini,” tambahnya lagi.
Rezeki Bell Ngasri Jadi Duta Produk Wangian
“Bell Ngasri sendiri akan turun padang ke sana bagi memeriahkan acara. Selain pelancaran dan jualan wangian, Karnival Kedah Best turut menarik ramai pengunjung dengan pelbagai acara menarik seperti Pertandingan Memancing, Perhimpunan Motor, Jualan T-Shirt (motor dan memancing) serta booth jualan makanan.
Anggap Rezeki Keluarga, Tawaran Tak Pernah Putus!
“Pengunjung yang datang boleh menyertai cabutan bertuan dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM500,000 antaranya Nissan GTR, Yamaha 135LC, gelang emas dan wang tunai dengan setiap pembelian. Kesemua pembelian wangian dan baju akan mendapat satu kupon cabutan bertuah,” katanya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Wawa & Aeril Zafril kongsi rezeki, sedekah air balang sepanjang Ramadan. Ketibaan Ramadan amat ditunggu-tunggu. Ia bulan penuh kerahmatan dan keampunan. Selain melakukan ibadah utama seperti puasa, solat berjemaah, solat sunat tarawih, solat sunat witir, qiamullai dan tadarus al-Quran, sedekah juga menjadi amalan yang sangat dinantikan.
Ini kerana setiap sedekah dilakukan, Allah akan melipat gandakan lagi pahalanya. Tak hairanlah ramai suka bersedekah di bulan penuh kemuliaan ini.
Kesempatan ini turut diambil oleh pasangan selebriti terkenal Wawa Zainal dan suaminya, Aeril Zafril yang bersedekah air balang padu di premis perniagaan kosmetik mereka Wawa Cosmetic yang terletak di Bandar Baru Bangi.
Bukan sehari tapi sepanjang Ramadan, orang ramai boleh menikmati air balang pelbagai perisa yang disediakan oleh team Wawa Cosmetic dan orang ramai boleh memperolehnya jam 4.30 petang ke atas.
Sedekah Air Balang Sepanjang Ramadan
Dalam video dikongsikan kelihatan Aeril mengacau air balang bercampur air krim vanilla ini sebelum memanggil orang ramai untuk mengambilnya secara percuma. Konsepnya siapa cepat, itulah rezekinya. Ia diberikan sehingga habis.
Sedekah air secara percuma ini mendapat perhatian peminat-peminatnya. Malah mereka mendoakan agar pasangan selebriti ini dimurahkan rezeki seluas air lautan.
INI BUKAN PRANK TAPI KEJUTAN ‘REAL’ BUAT CIKGU sempena pembukaan sesi persekolahan baharu 2023/24. Isnin Mingguan Wanita bersama rakan kolaborasi Sabella, seawal pagi bersedia membuat kejutan di SMK Seksyen 19, menjayakan Program Komuniti Santuni Guru bersama PIBG. Pastinya semua yang terlibat tak boleh lupa momen ini. Dapatkan baju raya Rahmah Sabella serendah RM5 di Karnival Hari Raya Sabella bermula 26 Mac ini.
Bentuk apam ini bagaikan aiskrim cornetto apabila ia berbentuk kon, mempunyai lapisan berwarna warni dan lapisan coklat pada bahagian atasnya. Petang-petang ni, mak-mak bolehlah sediakan apam yang cantik ini sebagai hidangan minum petang untuk keluarga. Anak-anak mesti suka dengan bentuk menarik dan rasanya yang sedap.
Berikut merupakan resipi oleh Na Lee sebagai rujukan;
Bahan-Bahan:
4 biji telur gred A*
1 sudu ovelete*
1 cawan gula halus (saya guna cawan matrik)*
Sedikit Esen vanila*
3 cawan tepung gandum (diayak)
3/4 cawan air aiskrim soda
Pewarna ikut suka
Coklat masakan (apa-apa brand pun tak apa)
Cara Membuat:
1. Putar bahan-bahan yang bertanda * sehingga gebu dan likat (speed max lebih kurang 7,8 minit).
2.Masukkan tepung gandum berselang seli dengan aiskrim soda.
3.Kemudian bahagikan 3 bahagian dan letak warna kegemaran anda.
4.Masukkan ke dalam piping bag & paipkan ke dalam acuan kon. Paipkan warna satu persatu. Lebih kurang 3/4 kon sahaja sebab nanti lepas masak apam akan naik.
5.Kemudian kukus dengan api sederhana selama 15 minit hingga 20minit (pastikan pengukus dipanaskan terlebih dahulu).
6.Sementara itu panaskan coklat masak guna kaedah double boil. Kemudian curahkan coklat masakan diatas apam yang telah masak dan taburkan gula warna/kekacang.
Info Ekstra!
Untuk buat kon boleh gunakan kertas pembungkus nasi dan staplerkan.Kertas dipotong bentuk segitiga & bentukkan jadi kon.
Pastikan apam sejuk dahulu baru boleh letak toping coklat.
Selamat Mencuba!Kongsikan resipi Wajib ini kepada penggemar apam!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...