Tentu sedih pabila tinggal sehelai sepinggang selepas rumah musnah dijilat api, berat ujian dua hari sebelum raya. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul apatah lagi segala persiapan raya sudah tersedia.
Namun begitu, mangsa tetap bersyukur mereka selamat walaupun kebakaran itu berlaku dalam sekelip mata. Lagi pula rumah itu terlalu banyak menyimpan kenangan.
Tinggal Sehelai Sepinggang Selepas Rumah Terbakar
Ketika orang ramai sedang sibuk membuat persiapan meraikan Aidilfitri, lima keluarga di Kampung Padang Tembak di sini tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kejadian kebakaran pada malam Isnin.
Menurut salah seorang mangsa, Bahudin Kulop Wahab, 70, ketika kejadian dia dan isteri, Salamiah Dahari, 56, sedang berehat di rumah sebelum terdengar bunyi letupan kuat dari rumah sebelah.
Tambahnya, ketika keluar untuk melihat bunyi letupan itu, dia lihat sebahagian rumahnya sudah disambar api manakala rumah bersebelahan juga terbakar.
Syukur Tiada Yang Terkorban
“Saya dan isteri terus keluar larikan diri. Saya cuba simbah dengan air tapi api terlalu marak. Saya sempat selamatkan motosikal tapi yang lain tak sempat nak ambil apa-apa. Masa keluar pun saya cuma pakai kain pelikat sahaja.
“Memang dugaan berat sebab lagi dua hari lagi nak raya. Kuih raya anak-anak bagi pun habis semua hangus. Bagaimanapun saya tetap bersyukur kerana kami selamat, alhamdulillah,” katanya.
Bahudin berkata, semua pakaian dan persiapan hari raya juga musnah dalam kejadian itu termasuklah barang kemas isterinya.
Dalam pada itu, Bahudin mengakui kejadian itu sangat menyedihkan kerana rumah itu telah diduduki sejak tahun 1985 bersama tujuh anak perempuannya ketika mereka masih kecil.
Ads
Tambahnya, buat sementara waktu mereka berdua menumpang tinggal di rumah salah seorang anaknya di Taman Pelangi sementara menunggu rumah untuk dibaik pulih.
“Anggaran kerugian dan punca kejadian tidak dapat dipastikan tetapi berkemungkinan disebabkan litar pintas,” katanya.
Sangka Orang Bermain Mercun
Seorang lagi mangsa, Sufariz Sulaiman, 37, berkata, dia terdengar bunyi letupan berkenaan, namun menyangka orang bermain mercun.
Menurutnya lagi, apabila terdengar jeritan jiran memberitahu ada kebakaran, dia terus meluru keluar dan melihat rumah jiran berhampiran sudah terbakar.
“Bila dengar ada orang jerit ada api saya terus keluar rumah. Saya cuba nak bantu padamkan kebakaran itu tapi api terlalu marak.
“Apa pun saya reda sebab rumah saya cuma bahagian belakang sahaja yang terbakar tetapi kesian rumah-rumah jiran lain,” katanya yang tinggal seorang di rumah berkenaan.
Tempat Tinggal Sementara
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jong, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin yang ditemui di lokasi kejadian berkata, pihaknya sedang berusaha membantu mendapatkan tempat tinggal sementara kepada mangsa terlibat.
Menurutnya, ketika kejadian seramai 13 mangsa daripada empat keluarga berada di dalam rumah, manakala seorang lagi pemilik rumah tidak berada di situ kerana sedang menjalani rawatan di Selangor.
Ads
“Setakat ini, dua keluarga akan ditempatkan sementara di Rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Laksamana di sini, manakala yang lain kita sedang usahakan penempatan sementara untuk mereka.
“Dari segi bantuan lain seperti keperluan makanan kita telah berikan kepada mangsa dan saya juga akan cadangkan agar tapak rumah sedia ada diberikan lot kepada mangsa ini kerana tanah tersebut milik kerajaan,” katanya.
Mohd Azhar juga turut mencadangkan supaya kerajaan menyediakan rumah transit di setiap daerah bagi memudahkan mangsa-mangsa tragedi seperti kebakaran ditempatkan sementara mencari rumah baharu.
Katanya, perkara itu harus dipertimbangkan kerana sukar untuk mencari tempat kediaman sementara kepada mangsa bencana selain menempatkan mereka di dalam dewan orang ramai.
MW: Berat ujian keluarga ini, semoga lima keluarga ini terus tabah biar pun hilang rumah yang menjadi tempat berteduh menjelang hari raya yang bakal tiba.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Ads
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 10 Julai dan 24 Jukai 2021. Peserta diberi tunjuk ajur menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Wajib Join, Latihan Penyediaan Makanan. Ambil tahu dos and don’ts pada 25 Mei dan 19 Ogos. Peserta boleh memilih salah satu sesi yang diadakan pada tarikh tersebut. Kursus ini banyak membantu peserta yang terlibat dalam perniagaan makanan mengetahui perkara-perkara yang harus dielakkan semasa menyediakan makanan untuk pelanggan. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/wajib-join-latihan-penyediaan-makanan/
Tak dapat bayangkan apa yang dilalui oleh Seorang bayi yang belum mengerti apa-apa. Apatah lagi ibunya yang sudah tentu menyaksikan apa yang telah diperlakukan pada bayinya oleh tangan suaminya sendiri.
Namun kita tak mampu menyalahkan sang ayah 100 peratus kerana dia melakukan perkara ini tanpa sedar. Cukup menyayat hati apabila seorang bayi meninggal yang kemudiannya dilumur garam seluruh badan gara-gara jadi mangsa ayah yang sakit mental.
Bayi Meninggal Dilumur Garam
Bayi lelaki berusia lapan bulan ditemui mati dalam keadaan menyayat hati termasuk badan dilumur garam dipercayai dibunuh bapa kandung menggunakan objek tumpul dalam kejadian di Kampung Sungai Dua, Bachok, Kelantan, pagi tadi.
Kematian Wan Mohamad Afiq Wan Roslan dipercayai dilakukan bapa mangsa yang mengalami masalah gangguan mental.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Samsulmuddin Sulaiman berkata, pihaknya mengetahui kejadian selepas sepupu suspek berusia 50-an datang membuat aduan berhubung kematian bayi itu pada jam 11.30 pagi tadi.
Katanya, pengadu memaklumkan suspek menghubunginya supaya melihat keadaan anak tunggalnya dan sebaik tiba di rumah suspek, pengadu mendapati anak suspek sudah meninggal dunia dengan keadaan mencurigakan.
“Selepas mendapat laporan, polis menyerbu rumah suspek yang berkunci dari dalam dan bertindak memecah masuk rumah berkenaan.
“Sebaik berjaya masuk ke dalam rumah, kami menahan seorang lelaki dipercayai suspek dan membawa keluar seorang wanita dipercayai ibu mangsa berusia 32 tahun dalam keadaan trauma dan menangis.
“Hasil pemeriksaan menemui bungkusan guni berisi bayi itu yang disorokkan di bawah meja di bahagian dapur,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, hari ini.
Samsulmuddin berkata, hasil pemeriksaan ke atas bayi berkenaan, mendapati terdapat beberapa kesan lebam pada seluruh badan termasuk kesan lelasan di leher kiri dan kanan bayi berkenaan.
Katanya, pihaknya belum dapat memastikan sama ada kesan itu kesan cekik atau jerutan dan percaya mangsa meninggal dunia kurang tempoh 24 jam.
Ada Kesan Lelasan, Badan Bayi Dilumur Garam
“Pemeriksaan awal pihak forensik tidak menemui kesan luka berdarah pada bayi berkenaan dan mendapati badan bayi itu turut dilumuri dengan garam kasar pada seluruh tubuh,” katanya.
Beliau berkata, kematian bayi itu dipercayai akibat objek tumpul dan tiada senjata ditemui di lokasi kejadian.
Katanya, daripada siasatan awal yang dijalankan suspek yang bekerja kampung didapati mengalami masalah mental sejak dua minggu kebelakangan ini.
“Hasil pemeriksaan awal juga mendapati terdapat kesan lebam dan calar di kedua-dua belah tangan kanan dan kiri si ibu dan dia dibawa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bachok.
“Mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu, untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Keluarga Terkejut Dengan Apa Yang Berlaku
Sementara itu, ahli keluarga pasangan itu, Masitah Mohd Ragimi, 46 berkata, dia terkejut apabila mendapat berita kematian cucu saudaranya yang juga anak tunggal pasangan berkenaan.
Katanya, kali terakhir dia melawat pasangan itu di rumah mereka Rabu lalu kerana melawat suspek yang demam akibat sakit bisul.
“Setahu saya, suspek duduk elok (hidup baik) dengan isteri dan anaknya, kami pun tak pernah dengar mereka ada masalah, mangsa juga anak pertama hasil perkahwinan suspek dengan anak saudara saya,” katanya.
MW: Apa yang berlaku ini adalah berpunca daripada masalah kesihatan mental, betapa beratnya masalah ini jika tidak dibendung lebih awal. Oleh sebab itu, jika mak ayah merasa depresi, murung atau tertekan luahkan pada pasangan atau ahli Keluarga.
Jangan pendam sendiri dan cuba dapatkan bantuan. Kisah ini dapat mak,ayah jadikan iktibar dan menyedarkan kita semua betapa parah kesannya jika mental kita tidak sihat.
“Sakit hati diusir rumah selepas 23 tahun hidup bersama.” Suami nekad racun isteri hingga isterinya meninggal dunia.
Disebabkan rasa marah yang membuak-buak, seorang suami sanggup masukkan racun dalam minuman isterinya. Niat yang awalnya hanya ingin memberi pengajaran menjadi sebaliknya.
Sakit Hati DiUsir Rumah
Seorang lelaki di Dusun Kemuning dalam wilayah Jawa Timur tergamak meracun isterinya sehingga mati dengan alasan sakit hati kerana diusir dari rumah, lapor laman BeritaJatim, semalam.
Menurut Samiro Putra,45, dia meletakkan sisa racun tikus di dalam jag air kopi yang disediakan di warung milik mangsa.
“Saya sakit hati kerana diusir keluar rumah selepas 23 tahun hidup bersama. Saya tiada wang dan hilang tempat tinggal.
“Namun saya tidak berniat membunuh, saya cuma mahu memberinya pengajaran. Saya tidak sangka isteri, Ponisri, meminumnya sehingga habis bersama pelanggan warung, Nur Ahmadi Wijaya,” ujarnya.
Dalam sidang akhbar bersama polis, Samiro mengaku menyesal atas perbuatannya dan tidak menyangka niatnya untuk ‘mengajar’ isteri akhirnya bertukar menjadi kes bunuh. – Agensi
Mingguan Wanita: Akibat sakit hati, nyawa melayang. Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat suami, isteri di luar sana.
Sumber : Kosmo Online
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Bagi anda yang biasa melakukan bekam, ia seolah-olah perkara wajib yang perlu dibuat setiap dau atau tiga bulan. Biasanya, bekan sangat baik untuk kesihatan seseorang yang bukan sahaja untuk membantu melancarkan pengaliran darah tetapi turut membantu untuk membuang angin, kolesterol dalam badan dan sebagainya.
Mingguan Wanita Talkshow tengah hari tadi turut membincangkan tentang topik ‘Bekam Kecantikan’ yang bersiaran langsung di studio bersama Siti Elizad dan Radin. Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan, tetamu yang membincangkan topik ini dilakukan secara ‘video call’. Ikuti penjelasan lanjut oleh Mohd Khalid Adnan, Penasihat Spa Bekam tentang topik ini.
Bekam adalah salah satu kaedah rawatan perubatan tradisional yang boleh membantu untuk anda yang mengatasi masalah jerawat, migrain, resdung, sakit kepala dan sebagainya.
Ada sesetengah mengatakan apabila seseorang yang ‘ketagih’ untuk melakukan bekam, ia boleh mengurangkan darah. Sebenarnya, ia tidak seperti yang disangkalkan kerana ia mengeluarkan darah kotor dan menghasilkan darah baru.
Terdapat dua bekam yang biasa digunakan iaitu:
Bekam Darah
Biasanya, bekam darah untuk keluarkan darah atau toksid.
Caranya, hanya toreh atau tusukan menggunakan jarum untuk mengeluarkan darah.
Bekam Angin
Ia adalah untuk mereka yang mengalami masalah angin dalam badan dan membantu untuk keluarkan angin.
Tip Penjagaan
Selepas rawatan dilakukan yang mengambil masa 40 minit hingga sejam, ia boleh meninggalkan kesan. Cara untuk mengurangkan kesannya:
Letakkan ais pada tempat rawatan tadi.
Jangan minum ais dan berehat seketika.
Elakkan mengambil makanan yang gatal seperti udang atau sotong.
Kesan: Selepas rawatan, ada sesetengahnya akan mengalami rasa sakit dan demam. Ini adalah kesan sementara sahaja.
Info: Bagi anda yang mempunyai masalah kesihatan (diabetes), pihak pengamal perubatan ini perlu tahu tentang tahap kesihatan sama ada luka (kesan bekam) yang akan dialami mengambil masa yang lama atau tidak. Ini untuk mengelakkan risiko yang lebih teruk.
Garis panduan yang ingin melakukan bekam adalah mereka yang berusia 10 tahun hinga 60 tahun,
Bagi mengikut lebih lanjut tentang topik ini, tonton siaran ulangan di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada jam 8.00 malam ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!