Timbullah nak! Ibu dua remaja lemas harap jasad anak ditemukan segera. Keluarga dua remaja yang hilang dikhuatiri lemas di Sungai Perak di Kampung Tepus di sini kerana mahu mengambil bola yang terjatuh ke dalam sungai semalam pasrah dan reda jika kedua-duanya ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa.
Norhayati Ramlly, 46, berkata dia berharap anaknya, Muhammad Naufal Aiman Dzulkarnain, 16, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Muhammad Shah segera ditemukan walaupun dalam keadaan jasad yang tidak lagi bernyawa.
“Harap jasad anak saya dapat ditemukan. Apa pun saya reda,” katanya.
Norhayati berkata, anak ketiga dari lima beradik itu sempat berbual dengannya selepas pulang dari sekolah, semalam sebelum keluar rumah sekitar 2 petang.
Menurutnya, Aiman sebelum itu juga ada menunjukkan sedikit kelainan apabila mahu memakai kasut berwarna putih ke sekolah semalam walaupun sebelum ini dia memakai kasut sekolah hitam.
“Saya keluar untuk membeli barangan untuk berniaga. Tidak lama kemudian seorang lagi anak menelefon beritahu Aiman lemas dalam sungai dekat padang tempat bermain,” katanya.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Gadis Lemaskan Anak Sendiri Dalam Mangkuk Tandas, Banduan Akhir Menangis Dibebaskan
Bertukar Nyawa Di Hari Kemerdekaan, Bapa Lemas Ketika Cuba Selamatkan Anak
Rakam Selfie Sebelum Terjatuh, Lima Beranak Lemas Jeti Kayu Runtuh
Manakala Norhidayah Mohd Shabidin, 42, ibu kepada Muhammad Nazrin Haidar Mohd Hisham, 16, yang turut dilaporkan hilang, menyuarakan hasrat sama yang mengharapkan jasad anaknya ditemukan dengan segera.
“Harapan saya dapat jumpa hari ini walaupun jasad (tidak bernyawa). Saya tahu tak ada kemungkinan dia hidup, sebab dalam air, maka saya reda dengan segala kemungkinan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.
Seorang rakan yang bersama-sama bermain bola berhampiran sungai itu berkata, segalanya berlaku sangat pantas sebelum keduanya tenggelam ketika cuba mengambil bola yang jatuh ke dalam sungai.
Mohd Irfan Solihin Mohd Rizal, 14, dia sempat melihat Muhammad Naufal Aiman Dzulkarnain, 16, dan Muhammad Nazrin Haidar Mohd Hisham, 16, menjerit meminta pertolongan sebelum tenggelam sekitar pukul 4 petang semalam.
“Saya masih terbayang-bayang reaksi Aiman yang menjerit meminta tolong, begitu juga Nazrin yang cuba membantu Aiman pada waktu itu namun tak berjaya (selamatkan).
Bagaimanapun semasa bermain, secara tidak sengaja bola itu tersepak jauh dan jatuh ke dalam sungai, dan Muhammad Naufal mahu mengambilnya.
“Kami dah larang dia supaya tidak ambil bola itu, tetapi dia mahu pergi juga. Selepas lihat Aiman terjatuh, Nazrin turun ke dalam sungai dan cuba hulur buluh padanya, tetapi dia tak dapat capai. Kredit :- Harian Metro & Foto :- BERNAMA
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE