Timang bayi lelaki, Mia Ahmad selamat bersalin anak ke empat. Pelakon Mia Ahmad selamat melahirkan anak keempat mereka yang merupakan bayi lelaki pada petang Isnin lalu. Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi merupakan isteri kepada penjaga gol Johor Darul Takzim, Izham Tarmizi.
Timang Bayi Lelaki, Mia Ahmad Selamat Bersalin Anak Ke Empat
Berita gembira itu dikongsikan Izham menerusi Instagram berserta ucapan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.
SYUKUR ALHAMDULILLAH, WIFE SAYA SELAMAT MELAHIRKAN ANAK KE EMPAT KAMI PADA 5.30PTG 21/05/24 SEMALAM.
TERIMA KASIH YANG MENDOAKANNYA, SEMOGA SEMUANYA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN,” TULIS IZHAM DI RUANGAN KAPSYEN.
View this post on Instagram
Hantaran Izham dilaman Instagramnya dihujani ucapan tahniah warga maya termasuk peminat, beberapa barisan pemain bola sepak lain seperti penjaga gol Perak FC, Haziq Nadzli; Penjaga gol Selangor FC, Samuel Somerville dan pemain tengah Sabah FC, Irfan Fazail.
Berikut antara komen-komen yang dititipkan di ruangan komen Instagram Izham.
Untuk rekod Mia dan Izham mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sayf Issa, Iriss dan Imaani.
Sumber: Instagram Izham Tarmizi dan Mia Ahmad
Baca lagi artikel lain: Dipanggil Makcik Tak Moden Kerana Labuhkan Tudung, Mia Ahmad Akui Pandangan Allah Lebih Penting
Mia Ahmad Timang Anak Ketiga “Tahniah! Semoga Dikurniakan Kebahagiaan Dunia Dan Akhirat”
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI