Tiket Konsert Coldplay TIDAK SAH Jadi Mahar Mas Kahwin, Ia Tiada Nilai & Suami Dikira Berhutang Dengan Isteri – Mufti Pahang

Share

Tiket konsert Coldplay tidak sah jadi mahar mas kahwin, ia tidak ada nilai & suami dikira berhutang dengan isteri kata Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman.

Bahkan pemberian tiket begini, bercanggah dengan hukum syarak kerana pemberian tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin dikategorikan sebagai tidak sah kerana ia tidak mempunyai nilai.

Tiket Konsert Coldplay TIDAK SAH Jadi Mahar Mas Kahwin

Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman mengulas isu yang viral di media sosial berikutan seorang suami  di negeri sebarang, Indonesia memberikan tiket menonton konsert kumpulan popular Coldplay yang akan berlansung November akan datang di Jakarta.

“Mas kahwin ini adalah sesuatu yang bernilai dan berharga, adakah tiket itu termasuk? Kalau di Pahang RM22.50 yang nilainya sama dengan seekor lembu.

“Ia merupakan satu pemberian suami kepada isteri. Jika gagal penuhi mas kahwin, wajib bayar semula hutang itu.

Ia Tiada Nilai & Suami Dikira Berhutang Dengan Isteri – Mufti Pahang

“Tiket itu mana nilainya, daripada segi syarak bercanggah. Memang individu itu memberi mas kahwin 21 gram emas, seperangkat alat solat tetapi itu sahaja yang diterima, tetapi tidak termasuk tiket Coldplay,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun, tambah Abdul Rahman, mas kahwin biarpun tidak disebut perkahwinan tetap sah.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Tiket Konsert Coldplay Jadi Mahar Mas Kahwin Untuk Isteri, Buat Kejutan Untuk Pasangan

Tak Kiralah Hadiah Birthday Atau Anniversary, Ini 7 Idea Surprise Untuk Suami Yang Isteri Boleh Cuba

Budget RM2000 Pun Boleh Travel Ke Europe Termasuk Flight Tiket, Syoknya 7H 6M Di Greece

Bilionair Ken Griffin, Belanja 10,000 Kakitangan Bercuti 3 Hari Ke Disneyland!

Bayar RM500 Konsert Billie Eilish, Yang Nampak “BILIS”. Ramai Anak Muda Meroyan Di Media Sosial

Jelasnya, tetapi jika semata-mata tiket Coldplay menjadi mas kahwin maka ia tidak sah kerana disifatkan tiada nilai.

Pada Isnin, media melaporkan, seorang pasangan pengantin tular di media sosial Indonesia selepas menjadikan tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin mereka.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros