Memang berat ujian yang dilalui apabila kehilangan orang tersayang. Lebih menyayat hati apabila tidak dapat menatap dan peluk cium jenazah buat kali yang terakhir. Pastinya rasa sedih, ralat dan terkilan berbekas dihati buat selamanya.
Hanya mampu peluk cium tanah. Itu yang dilakukan pembantu perawatan kesihatan, Nurul Akmal Sulaiman yang tidak sempat menatap wajah bapanya, Sulaiman Mohd buat kali terakhir sebelum insan tersayang itu dikebumikan.
Tiket Bas Habis
Nurul Akmal, 29, lewat tiba kerana menetap di Bukit Saujana di sini dan perlu menaiki bas untuk pulang ke kampung halamannya di Kampung Parit Che Ha, Kuala Terengganu, Terengganu.
Ditakdirkan, tiket bas ke Kuala Terengganu habis kerana ramai pulang mengundi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) menyebabkan Nurul Akmal perlu naik bas ke Kuantan, Pahang sebelum meneruskan perjalanan ke Terengganu.
“Ayah meninggal dunia akibat serangan jantung dan menghembuskan nafas terakhir jam 4.40 pagi, 10 Ogos lalu.
“Ketika itu, saya sudah tidur dan tidak sedar panggilan adik. Pada jam 6.30 pagi, baru saya tersedar dan tanpa berlengah terus ke terminal bas bagi membeli tiket pulang ke kampung.
“Namun tiket habis. Saya yang tiada pilihan terus naik bas ke Kuantan dan apabila tiba di sana, abang jemput saya ke kampung.
“Bagaimanapun, saya tiba di tanah perkuburan jam 4.30 petang. Memang tak sempat kerana jenazah ayah dikebumi selepas solat Zuhur,” katanya.
Kali Terakhir Bertemu Di Hospital
Nurul Akmal berkata, kali terakhir dia bertemu bapanya adalah awal bulan ini ketika pulang ke kampung. Katanya, ketika itu, bapanya di wad neurologi kerana masih menerima rawatan di hospital.
“Saya sempat lawat ayah di hospital namun dia tidak boleh bercakap waktu itu.
“Itu kali terakhir saya menatap wajahnya dan sedih mengenangkan ayah kini sudah tiada.
“Sepanjang perjalanan pulang ke kampung, saya sedih dan berasa ralat tidak dapat berjumpa serta peluk cium jenazahnya.
“Mana tidaknya, saya anak bongsu perempuan. Saya memang rapat dengan ayah dan kini kehilangannya pula selepas pemergian emak dua tahun lalu akibat penyakit sama,” katanya.
Kenangan Dengan Ayah
Berhubung perkongsiannya di TikTok, Nurul Akmal tidak menyangka video dimuat naiknya itu mendapat perhatian ramai.
“Adik yang rakam video dan saya muat naik sebagai kenangan dengan ayah.
“Alhamdulillah, ramai doakan dan sedekahkan al-Fatihah buat ayah walaupun tidak mengenalinya,” katanya.
@ayunie_akma (AL-FATIHAH) 10/08/2023 Kehilangan Seorang Yang Ku Panggil Ayah Tanpa Sempat Peluk Cium Untuk Kali Terakhir 😭 Tak de rezeki ayu untuk Jumpa Ayah Kali Terakhir Mcm2 Terjadi, Xsdar Family Call, G terminal Bas Larkin, Bas Pulak Tinggal 😭 Terpaksa Beli Tiket Bas Lain, Bas Balik Ke ganu Habis sbb org balik ngundi.. terpaksa Ambik Bas Balik Kuantan,Kuantan Ke Ganu.. Sampai2 Ayah Dah Selamat Dikebumikan 😭😭 Perit Hanya Allah Yang Tahu 😭😭 Terpaksa Setuju Kebumi Ayah Sbb Kesian Ayah Lama2 Sbb Jauh Lagi Perjalanan Nk Sampai Ke Ganu.. Hanya Mampu Peluk cium Tanah 😭😭 Rase Mcm Tak Guna Jadi Seorang ank, Aku Sorg Je Xsmpat cium Ayah 😭😭 Rinduuu 😭😭 Mak Dh Xde, Skrg Ayah Pulak.. Cepat Nye Insan Kesayangan Pulang Ke Negeri Abadi 😭😭 Halalkan Setiap Titis Susu yg diberi ye Mak.. Halalkan Setiap Mkn Minum Kami Wahai ayah & mak.. Terima Kasih Sebab Didik & Besarkan Kami Adik Bradik 🤲🏻 SEMOGA ALLAH MEMBALAS SYURGA UNTUK MAK AYAH.. AMINN 🤲🏻🤲🏻 #fyyppppp #makayah #rinduawakseparuhnyawa ♬ Kemarin – Seventeen
Mesti Baca:“Sepatutnya Abah Yang Teman Ke Pentas..” Ayah Meninggal 15 Jam Sebelum Keputusan SPM Diumumkan
Baca Lagi Di Sini:Gagahkan Diri Terima Skrol Ijazah, Ayah Meninggal 6 Jam Sebelum Majlis Konvokesyen!
Artikel Menarik:Ayah Meninggal Di Hari Peperiksaan, Anak 16 Tahun Imamkan Solat Jenazah Ayah
Mingguan Wanita:Sebagai anak, pastinya ralat dan terkilan jika tak dapat menatap dan peluk cium jenazah arwah ayah buat kali terakhir. Namun segalanya telah tertulis, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Alfatihah
Sumber: Hmetro
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI