Tiga Tahun Tunggu Zuriat Pertama, Rupanya Lisa Surihani Pernah Hamil Kembar

Share

Setelah hampir tiga tahun mendirikan rumahtangga, kehamilan pertama pastinya suatu perkara yang ditunggu-tunggu oleh Lisa Surihani dan pasangannya Yusry. Namun tiada siapa yang tahu disebalik kegembiraan menerima berita tentang kehamilan yang dinantikan itu, rupanya Lisa melalui detik sukar yang dikongsikan menerusi sepotong video yang dimuat naik di laman Instagram Mingguan Wanita semalam.

Pelakon cantik jelita ibu kepada Yahaira Leanne dan Yusof Leonne, membuat pendedahan eksklusif mengenai kisah kegugurannya pada kehamilan pertama menerusi video sedutan episod Program Tanya Doktor Imelda yang akan bersiaran pada Khamis ini dengan topik “Punca dan Tips Tangani Keguguran”

Dalam sedutan video yang dimuat naik itu, Lisa dilihat sebak saat menceritakan detik tersebut.

“Saya nak kongsi pengalaman saya sendiri, sewaktu saya mengandung anak yang pertama saya sebenarnya mengandung kembar.

“Bila saya membuat pemeriksaan dan saya diberitahu oleh doktor saya yang salah satu bayi dalam kandungan saya sudah tiada heart beat…

“Saya bersyukur saya dapat lahirkan Yahaira Leonne tapi saya nak tahu kenapa ia boleh berlaku?

“Sebab saya tanya, What does it mean? Adakah ia bermaksud ada prosedur yang perlu dilakukan?” luah Lisa

Untuk mengetahui cerita penuh Lisa dan juga perbincangan lanjut mengenai topik “ Punca dan Tips Tangani Keguguran”, jangan lupa saksikan episod Tanya Doktor Imelda pada Khamis ini, 18 Julai jam 9 malam di Astro Prima 105 dan Prima HD 121.

Foto: IG LISA SURIHANI & IG MINGGUAN WANITA

Published by
Shahrina Azlin