Tiga Tahun Nurul Ikhlas Bermadu, JANJI Akan Jaga AMANAH Anak-anak, Suami

Share

Tiga tahun Nurul ikhlas bermadu, Nurul janji akan jaga amanah iaitu anak-anak dan suami setelah pemergian kakak madunya. Sudah tentu apa yang berlaku ini memberi impak yang besar buatnya dan keluarga.

Umum mengetahui, Dato Nurulhidayah Ahmad Zahid dan Datin Bahazanariah Baharudin hidup bermadu dan hubungan mereka juga sangat baik.

Perjalanan Terakhir Kakak Madu

Alhamdulillah urusan pengebumian madu kepada Dato Nurul Zahid berjalan lancar. Biar pun masih sedih dengan perkhabaran duka ini, Nurul sempat berkongsi foto di akaun instagramnya mengiringi perjalanan terakhir madunya.

…perjalanan terakhir Kakak ku, Madu ku, Bidadari Syurga.. tunggu Nurul kat ‘sana’. Yaa Allah, jaga dia untuk kami. Pertemukan kami nanti. Allahuakbar

Rata-rata warganet mengucapkan takziah, memberi kata-kata semangat dan turut bersedih kerana masing-masing mengetahui betapa akrabnya hubungan Dato Nurul dan madunya.

Mohon Maaf Rahsiakan Penyakit Kakak Madu

Dalam masa yang sama, Dato Nurul turut meluahkan serta memohon maaf kepada semua kerana terpaksa merahsiakan penyakit kakaknya yang meyerang kembali selepas beberapa tahun lalu.

Ini perkongsiannya:

Saya mohon maaf kerana terpaksa merahsiakan sakit kakak. Kakak sebenarnya menghidap barah tahap empat.

Sekitar Ogos selepas raya Haji, doktor telah sahkan barah yang kakak hidapi pada tahun 2015 kembali lagi dan menyerang paru-paru, hati dan tulang. Kami keluar masuk hospital sejak Ogos. Kakak sangat kuat.

Saya akan rindu kakak. Sumber kekuatan saya sebagai isteri kedua. Semangat saya. Kakak datang meminang dan minta saya dari Abah dan Mak kerana dia mahu saya berkahwin dengan suaminya dan membantu dia mengurus perihal rumah tangga.

Tiga Tahun Ikhlas Bermadu, Janji Jaga Amanah

Kak, Nurul sayang akak. Siapa yang nak pujuk Nurul bila Sepul marah Nurul? Allahuakbar. Tiga tahun yang indah buat saya menjadi adik kepada kakak madu yang ikhlas dan penyayang. Nurul akan jaga amanah akak. Jaga anak-anak akak dan bantu Sepul dalam menguruskan rumah tangga.

I miss u already. Everything seems so empty. Terima kasih Allah pinjamkan kakak dan izinkan saya merasa nikmat manisnya madu

Menerusi perkongsian ini, ternyata hubungan mereka tidak akan terpisah biar pun madunya telah pergi. Semoga Dato Nurul serta tabah menghadapi ujian ini.

MW: Beginilah realiti kehidupan tidak semuanya pahit, lihat sendiri hubungan Dato Nurul dan madunya. Mereka berkongsi suka dan duka bersama-sama. Namun sayang hubungan ini tidak lama bila Allah lebih menyanyangi madunya. Al-fatihah.

Sumber: Instagram nurul.zahid

Published by
Nur Syazwani Mehat