Kredit foto : inspirock.com , kelantannews.wordpress.com

Terengganu sememangnya terkenal dengan lokasi pantai yang cantik, bersih malah memukau saujana mata memandang. Awas! walaupun dari pandangan mata kasar, ombak laut nampak tenang. Ada tiga lokasi pantai ini tetap tidak selamat untuk mandi manda sekeluarga.

Rentetan daripada tragedi lemas membabitkan empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) di Pantai Teluk Bidara, Dungun, Terengganu, Jumaat lalu. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyenaraikan tiga lokasi pantai di Terengganu yang tidak selamat untuk mandi manda.

1. Pantai Pandak di Chendering, Kuala Terengganu
2. Pantai Teluk Bidara, Dungun
3. Pantai Teluk Lipat, Dungun

Ketiga-tiga lokasi pantai ini menjadi tumpuan umum, kerana view pantainya yang cantik. Namun, lokasi ini telah mengorbankan banyak nyawa sebelum ini.

Tahun 2017, dicatatkan sebanyak 22 kes mati lemas, manakala 35 mangsa berjaya diselamatkan.

Tahun 2018, meningkat kepada 31 kes mati lemas, 1 cedera dan 40 selamat.

Tahun 2019, sejumlah 14 kes mati lemas, 7 cedera dan 17 mangsa selamat.

IKLAN

Ombak Tenang, Jangan Disangka Selamat Mandi Pantai

Kenapa ombak yang beralun tenang itu bahaya untuk aktiviti mandi manda? Sebab ombak tenang bukanlah tanda anda selamat mandi manda. Malah, ada beberapa hal yang boleh terjadi dan mengancam nyawa.

Kata Profesor Madya Dr Mohd Fadzil Mohd Akhir, Pengarah Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), “walaupun ombak nampak tenang, tapi dasarnya terdapat arus karau atau ‘rip current’ yang sangat berbahaya malah boleh jadi perangkap maut kepada mereka yang mandi manda.

Sepanjang Monsun Timut Laut ini, laut di Terengganu tak selamat untuk sebarang aktiviti mandi manda.

Kerana :

1. Tenaga ombak yang sangat kuat dari kawasan tengah Laut China Selatan sentiasa aktif dan boleh bawa tenaga ke kawasan pantai pada bila-bila masa. Inilah sering terjadinya punca lemas.

IKLAN

2. Walau pandai berenang.. bila tenaga ombak datang, situasi cemas itu buatkan mereka panik dan gagal selamatkan diri.

3. Faktor muka bumi pun jadi punca. Kecerunan membahayakan pengunjung yang mandi manda di pantai. Misalnya pantai Rhu di Setiu, apabila air surut, kawasan pantai jadi sangat curam seperti bukit. Sedangkan keadaan itu takkan dapat dilihat dengan mata kasar ketika air pasang.

Menerusi kajian UMT, ‘rip current’ ini sering terjadi di tiga pantai yang disenaraikan di atas.

Saranan :

1. Sebelum mandi pantai, bertanyalah dulu dengan penduduk setempat sama ada pantai itu selamat atau tidak untuk mandi manda.

IKLAN

2. Adanya tanda amaran. Dan pengunjung pun perlu waspada dengan tanda amaran yang diletakkan.

3. Pasukan penyelamat pantai pun perlu ditempatkan di pantai-pantai berisiko. Ini bagi mengurangkan risiko mati lemas.

4. Sekolah-sekolah di Terengganu dedahkan kemahiran berenang atau keselamatan air kepada pelajar Terengganu. Ianya negeri di pesisir pantai, seharusnya pelajarnya miliki kemahiran berenang.

Artikel berkaitan : Wanita ini kongsi tragedi adik lemas, tindakan pantas yang dilakukannya berjaya selamatkan nyawa

MW : Lagi-lagi nak cuti panjang ini, jika bawa anak bercuti di pantai mak ayah sila awas perhatikan pergerakan anak sentiasa. Jangan terlepas pandang.

Sumber/Foto : Berita Harian Online, Malaysiakini

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI