Tiga Kebaikan Adik Ipar Lakukan, Rezekinya Luas Dapat Buka Bisnes JNT

Share

Kakak ipar ini, Siti Suryani Yaakop berkongsi kebaikan adik ipar lakukan. Seorang wanita yang tabah dan cekal dalam mengharungi kehidupan.

Ketika diuji sukar hidupnya, adik iparnya tidak pernah kedengaran merungut. Malah, dia mengharungi setiap ujian hidupnya dengan kecekalan.

Walaupun pernah terpaksa menutup perniagaan tadika dek penangan PKP, dia tidak mengalah. Terus melangkah sehingga dapat membuka perniagaan PKP. Dalam pada mensyukuri murahnya rezeki adik ipar, kakak ini melihat ada tiga kebaikan yang ada dalam diri adik iparnyanya itu.

Diuji Terpaksa Tutup Bisnes Tadika

Adik ipar saya. Dengan laki dia. Laki dia adik lelaki saya lah.

Masa PKP ni dia struggle teruk sebab bisnes tadika dia tak boleh jalan. Mana nak bayar pengasuh. Mana nak bayar sewa. Mana nak bayar bil semua.

Tapi tak pernah satu hari saya dengar dia merungut susah.

Dia mulakan langkah cari duit nak cover segala benda tu dengan buat live jual beg. Beg tangan. MasyaAllah. Banyak orang order. Saya ingat dulu kalau pergi rumah dia, nak tidur kena duduk. Penuh beg dalam rumah.

Oleh sebab banyak sangat post di JNT, dapat la jadi customer VIP. Dapat beg, plastik, resit, mesin. Dah asyik muka dia je post kat JNT tu, rezeki lain pulak datang. Owner JNT tu ajak dia share. Bila nampak benda tu jadi, sekarang dia nak bukak dah JNT sendiri.
Saya belajar satu benda dari dia. Berani. Dan tak tunggu. Nak buat, buat je. Tapi sungguh. Apa yang dia buat sentiasa menjadi.

Nak kata pergi kursus motivasi jerit-jerit ‘Saya berjaya!’, Saya cemerlang!’. Takda.

Nak kata pergi kursus kesedaran nangis-nangis dan tepuk bahu orang sebelah yang entah siapa kita pun tak kenal. Takda.

Nak kata pergi bayar 3-4 ribu panggil coach latih dia berniaga. Takda.

Nak kata berkawan dengan circle-circle bisnes belaka. Takda. Kawan dia adik saya tu je lah ke mana-mana. Hari minggu tak saya ke sana, dia ke sini. Begitu je.

Tiga Kebaikan Adik Ipar Lakukan

Tapi tiga benda saya lihat pada dia.

Pertama.
Dia taat pada adik saya. Tak pernah tinggi suara. Tak pernah kata apa. Tak pernah minta apa. A adik saya kata, A lah kata dia. Sibuk buka JNT ni sorang-sorang sebab adik saya kena operasi, pun takda membebel apa.

Kedua.
Dia sangat taat pada mak ayah. Mak ayah dia. Dan mak ayah saya. Mak saya sekarang tinggal di rumah dia. Mak nak makan apa. Sedia. Mak order apa. Ada. Tak banyak gaduh. Diam tak bunyi apa.

Ketiga.
Dia suka belanja adik beradik. Belanja anak sedara. Kalau datang takda lauk udang, tak sah.”Ni Maya suka ni,” dia ingat. Sikit tak kedekut. Hari jadi siapa pun semua dia akan sibuk nak rai.

Saya kira begitulah hidup ni. Kadang bukan benda teknikal sangat yang buat kita berjaya. Buat ni jadi ni. Buat tu jadi tu. Tapi benda paling penting dalam hidup ialah…keberkatan.

Suami. Mak ayah. Adik beradik.

Buat baik dan menyenangkan hati orang terutama kaum keluarga sendiri, sungguh Tuhan janji. DIA akan balas kembali. Lepas tu jangan merungut. Jangan salahkan apa-apa. Dan sesiapa. Jalan terus. Dia mengajar saya jadi kuat. Dan ikhlas.

Esok JNT dia dah nak launch. Saya doakan JNT dia boleh buka banyak cawangan. Dan diberikan dia seterusnya kejayaan. Dunia akhirat.

#kaknis

Mingguan Wanita : Keberkatan itulah yang membuatkan segala urusan jadi mudah. Semoga perniagaan adik ipar wanita ini terus berkembang dan sukses.

Baca sini : Bukan sesuatu yang mudah, saya kahwin dengan adik ipar demi anak-anak – Ismail Hamid

Sumber/ Foto : Siti Suryani Yaakop

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Published by
Netty Ah Hiyer