Tiga Kali Duduk Pusat Pemindahan ‘Ramai TAK TAHU Bila Banjir Begini Jadinya’

Share

Fasa pembersihan selepas bencana banjir, tentunya perkara paling getir yang perlu dihadap oleh mereka yang terlibat. Lelaki ini, Faisal Rahim berkongsi pengalaman, melalui getir nya berdepan musibah bila banjir. Malah, pernah tiga kali melalui pengalaman duduk di Pusat Pemindahan Banjir.

Bukan makanan jadi masalah. Kerana, akuinya makanan jadi melimpah ruah. Namun, ada realiti kesukaran lain yang perlu dihadap oleh mereka yang pernah diuji banjir besar sehingga merosakkan harta benda milik peribadi.

‘Makanan Bukan Masalah’ Bila Banjir

Ini perkara yang mungkin RAMAI TAK TAHU bila berlaku banjir. Ini berdasarkan pengalaman 3 kali duduk Pusat Pemindahan Banjir.

1. Makanan BUKAN satu masalah besar. Malah ia berlimpah ruah sampai beberapa bulan tak habis. Semua bagi bantuan makanan. *Sambil kongsi gambar banjir lepas.

2. Masalah terbesar adalah TANDAS. Semua tandas TAK BERFUNGSI. Lubang tandas dipenuhi air. Tak boleh flush sebab sekeliling kawasan pusat pemindahan banjir juga digenangi air. Kasihan orang tua, ibu mengandung atau yang ada anak kecil. Bayangkan situasi itu. Siksa & ngeri.

3. Penternak binatang paling kasihan. Ada beratus-ratus ekor lembu, kambing, puluh ribu ekor ayam kena pindah ke tempat lain. Takde kandang utk letak. Takde makanan (rumput tenggelam). Banyak binatang lemas. Itu belum ayam, kucing dll yang 1-2 minggu duduk atas pokok tak makan.

Banyak Perabot Rosak, Pintu Tak Boleh Buka

4. Banyak pokok mati. Bila air bertakung, banyak pokok (buah-buahan, bunga, sayur dll) akan lemas. Kampung aku langsung takde pokok durian. Ia pokok paling manja. 100% confirm mati bila banjir. Pokok paling tahan, pokok sawit. Sebulan bergenang air, takde satupun yang mati.

5. Banyak perabot rosak & pintu tak boleh buka.

Kenapa? Perabot zaman sekarang semua dari serbuk kayu. Bila terendam air, kitchen cabinet, almari baju, meja makan, perabot Ikea dll akan kembang & rosak. Pintu kayu merantipun kembang. Kena ketam semula. SEMUA kena beli lain

6. Selamat tinggal karpet dan tikar getah. Kawasan yang selalu banjir akan pasang tiles satu rumah. Senang nak kemas. 7. Binatang dalam tanah semua keluar. Cacing banyak keluar di lantai tanah (tak timbul). Panjangnya dekat 1 meter. Takut kalau nampak.

Kenapa Kena Jauhi Pokok

8. Kena jauhi pokok. Semua jenis binatang liar akan panjat pokok untuk berlindung. Ular sawa, ular tedung, biawak, musang dll. 9. Kejadian kecurian berleluasa. Setiap kali musim banjir, banyak rumah kena pecah masuk. Diaorang ambil kesempatan rumah kosong.

10. Banyak penyakit kulit & cirit birit berlaku kat mangsa selama berminggu-minggu. Cukuplah setakat ini. Semoga semua tempat yang dilanda banjir di seluruh negara segera pulih. Ujian banjir ini seksanya hanya yg pernah alami faham. Emosi, fizikal dan kewangan akan terjejas.

MW : Kadang kita tak sedar akan kesukaran pasca banjir itu lebih memeritkan. Terpaksa membersihkan rumah dengan selut dan bermacam lagi. Semoga ada simpati di hati, kalau pun tak mampu nak hulur bantuan duit, kirim doa agar urusan mereka dipermudahkan pun dah cukup baik.

Sumber/Foto : Faisal Rahim

‘Masak berkawah, memandu sendiri’ Agong prihatin santuni mangsa banjir di Pahang.

‘Saya tak dapat turun padang, keadaan tak mengizinkan’ Siti hantar bantuan kepada mangsa banjir

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Netty Ah Hiyer