Khasiat buah tembikai untuk kesihatan tubuh memang hebat. Kalau kita tahu pasti kita akan makannya setiap hari. Sedap pun iya juga.
Buah tembikai bukan sahaja rendah kalori dan lemak, tetapi juga tinggi vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh. Kandungan air dalam buah tembikai juga tinggi. Lebih kurang 92 peratus air ada di dalam buah tembikai.
Terdapat beberapa jenis buah tembikai yang sering menjadi pilihan ramai. Antaranya adalah tembikai merah, tembikai susu dan tembikai wangi.
Sebenarnya buah tembikai (watermelon), tembikai susu (honeydew) dan tembikai wangi (cantaloupe) mempunyai zat tinggi, sekaligus menjadikannya snek makanan sihat yang sesuai untuk seisi keluarga.
Tembikai merah boleh dikenali dengan warna cerah, yang tidak hanya membuatnya kelihatan menyelerakan tetapi juga menambah manfaat pemakanan. Ini termasuklah:
Likopen: antioksidan kuat yang dapat membantu mencegah kerosakan sel, dan dapat membantu mencegah beberapa jenis barah. Semakin dalam warna tembikai, maka semakin banyak likopen yang terdapat di dalamnya.
Fitonutrien: boleh membantu meningkatkan kesihatan kardiovaskular.
Vitamin A dan C: seperti tembikai lain,tembikai merah menyediakan sumber vitamin penting ini, serta kalium.
Tembikai susu memberi gula semulajadi yang akan terus memberi tenaga kepada sel tubuh sepanjang hari. Ia juga rendah lemak dan mengandungi beberapa vitamin dan mineral utama, seperti:
Vitamin C: terbukti dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh, serta memberi kulit yang sihat, menguatkan tisu, dan meningkatkan fungsi otak yang sihat.
Kalium: mineral penting untuk fungsi jantung yang sihat. Kekurangan kalium boleh menyebabkan degupan jantung tidak teratur.
Tembaga: membantu pertumbuhan semula sel kulit, yang membantu mempromosikan kulit yang sihat.
Vitamin B: membantu membuang toksin dalam badan yang boleh menyebabkan penyakit.
Beberapa manfaat buah tembikai wangi untuk kesihatan termasuklah:
Karotenoid: antioksidan kuat yang membantu mengekalkan fungsi mata yang sihat.
Folat: penting untuk pertumbuhan dan pemeliharaan sel yang sihat di dalam badan.
Vitamin C: terbukti dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh, serta memberi kulit yang sihat, menguatkan tisu, dan meningkatkan fungsi otak yang sihat.
Kalium: mineral penting untuk fungsi jantung yang sihat. Kekurangan kalium boleh menyebabkan degupan jantung tidak teratur.
Vitamin A: penting untuk gigi, kulit, tulang, dan membran mukus yang sihat.
Tembikai mengandungi jumlah kalori paling sedikit, iaitu 46 kalori setiap satu cawan. Namun, sarat dengan antioksidan likopen, yang dikaitkan dengan penurunan risiko barah, penyakit jantung dan gangguan mata yang berkaitan dengan usia, dan mengandungi sejumlah besar vitamin A, vitamin C dan kalium.
Satu cawan tembikai susu mengandungi 60 kalori, dan 51 peratus vitamin C dan 11 peratus kalium nilai harian yang diperlukan oleh tubuh. Buah tembikai susu turut mengandungi beberapa serat, folat dan vitamin B6,
Dikatakan satu cawan tembikai wangi hanya mempunyai 53 kalori. Tetapi mengandungi 106 peratus nilai vitamin A dan 95 peratus vitamin C yang diperlukan oleh tubuh setiap hari. Ia juga merupakan sumber kalium dan folat yang baik.
Terdapat beberapa perkara penting yang harus anda ketahui ketika memilih buah tembikai yang sempurna.
Peringatan: Kandungan ini adalah nasihat memberikan maklumat generik sahaja. Ini sama sekali bukan pengganti pendapat pakar perubatan yang berkelayakan. Sentiasa berjumpa pakar atau doktor anda sendiri untuk maklumat lanjut.
Sumber:
www.mayoclinichealthsystem.org
Baca ini juga:
jumpa-daun-kari-dalam-makanan-jangan-pula-dibuang-nanti-terlepas-khasiatnya