Uncategorized

Tiga Gadis Terokai Malaysia Timur Di TVS. Sumandak Takes Borneo Saksi Perjalanan Tiga Wanita Berani!

Share

TV Sarawak (TVS) dengan bangganya mempersembahkan sebuah program terbaharu, penuh dengan elemen kebudayaan, menelusuri keindahan alam serta pengalaman unik dalam penjelajahan ‘Sumandak Takes Borneo’, sebuah program yang mengetengahkan keunikan Sabah melalui perspektif dan pengembaraan tiga wanita muda.


Rancangan yang diterbitkan secara eksklusif oleh pelopor media digital melayu terunggul NU Ideaktiv, rancangan ini menjanjikan kisah menarik asimilasi budaya, sejarah serta cabaran yang mengujakan.

Perjalanan Memahami Keindahan dan Budaya Borneo

Sumandak Takes Borneo menampilkan perjalanan tiga wanita berani — Tracie Sinidol, Dina
Allysha, dan Auni Yusri yang meneroka hidden gem serta keindahan sebenar Borneo, dari
lokasi bersejarah hingga ke destinasi tersembunyi yang sarat dengan budaya dan tradisi
masyarakat setempat.

Sepanjang penjelajahan ini, mereka bukan sahaja menemui pelbagai warisan yang unik,
tetapi juga merasai sendiri kehidupan komuniti tempatan serta menyertai aktiviti budaya yang mengujakan.
Lebih menarik lagi, setiap episod bakal membawa penonton untuk menjelajah ke tempat-tempat yang jarang menjadi tumpuan apatah lagi dipaparkan di kaca televisyen, termasuk
perkampungan tradisional, tapak bersejarah, serta destinasi alam semula jadi yang
menakjubkan.

Malah, Tracie, Dina, dan Auni akan berinteraksi lebih dekat dengan penduduk tempatan, demi memahami adat resam, budaya secara terus dari akar umbi serta merasai sendiri pengalaman budaya seperti tarian tradisional, memasak hidangan warisan nenek moyang dan menyertai aktiviti sukan rakyat.

Tekan Aspek Kelestarian Sabah

Selain itu, program ini turut memberikan tumpuan secara khusus dari aspek pemeliharaan
dan pemuliharaan Flora dan Fauna eksklusif Sabah, bagaimana masyarakat tempatan
menjaga warisan alam semula jadi mereka dan bagaimana setiap pelancong boleh
memainkan peranan dalam mengekalkan kelestarian alam di Borneo.

Barisan Tenaga Kreatif  Program yang diarahkan oleh Faiz Munir dan diterbitkan oleh Rizal Risman, Sumandak Takes Borneo

menawarkan pengalaman sinematik yang memukau dengan penggambaran yang menampilkan panorama indah Borneo serta kisah penuh emosi dan inspirasi.

Rancangan ini menjanjikan pengalaman tontonan yang mengasyikkan dengan penggunaan
sinematografi berkualiti tinggi dan naratif yang bersahaja tetapi memberi maksud mendalam sekligus menjadikan setiap episod bukan sahaja menarik tetapi bermakna.

Rancangan 13 Episod

Sumandak Takes Borneo akan ditayangkan secara eksklusif hanya di TVS bermula 4 Mac
2025 hingga 27 Mei 2025, rancangan sepanjang 13 episod ini bersiaran pada setiap hari
Selasa jam 10.30 malam dengan setiap episod membawa penonton menyelami pelbagai
aspek kehidupan di Borneo.

Rancangan ini bukan sekadar rancangan pengembaraan biasa, tetapi juga merupakan satu
bentuk penghormatan kepada warisan Borneo yang kaya dengan budaya dan tradisi yang
perlu dihargai.
Ditambah dengan garapan penyampaian yang segar dan perspektif moden, rancangan ini
sesuai untuk tontonan semua peringkat usia yang ingin mengenali keunikan pulau terbesar di Malaysia ini dengan lebih dekat.
Selain menghiburkan, Sumandak Takes Borneo juga berfungsi sebagai platform pendidikan, memaparkan kisah-kisah inspirasi mengenai usaha komuniti dalam mengekalkan identiti budaya mereka.

Ini kerana, setiap episod mengetengahkan individu yang memainkan peranan penting dalam memelihara budaya dan warisan Borneo, serta memberi inspirasi kepada penonton untuk lebih menghargai kepelbagaian budaya masyarakat di Malaysia.

Jangan Lupa Saksikan!
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Sumandak Takes Borneo, hanya di TVS! Untuk
maklumat lanjut mengenai rancangan ini, sila layari laman web rasmi TV Sarawak (TVS) atau media sosial NU Ideaktiv!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

 

Published by
Rosmah Idayu