Sekumpulan sukarelawan berjaket putih perubatan menghampiri pagar sempadan Gaza – Israel. Kesemuanya mengangkat tangan ke arah tentera Israel dengan kedekatan jarak 100 meter. Kehadiran mereka bukan mengancam, sebaliknya mahu mengambil mangsa yang cedera di lokasi tunjuk perasaan di Khuza’a, dekat Khan Younis.
Tetap, askar Israel melepaskan tembakan gas pemedih mata. Malah, penembak hendap Israel melepaskan satu tembakan tepat mengenai belakang dan tembus ke jantung petugas paramedik, Razan Al Najjar. Serpihan peluru mengenai tiga lagi anggota paramedik yang lain dan mencederakan mereka.
“Pakaian seragam, jaket dan beg perubatan jelas memberitahu siapa kami. Tiada penunjuk perasaan lain berdekatan, hanya kami.” Turut Rida Najjar, 29 yang juga sukarelawan perubatan ketika ditemuramah Al Jazeera.
Razan juga merupakan sukarelawan MyCARE sejak Ramadan lalu. Namun, usahanya terhenti kerana Allah lebih menyayanginya.
Ini bukan kali pertama, Israel melepaskan tembakan ke atas sukarelawan perubatan. 14 Mei lalu, Mousa Jaber Abu Hassanein, 36 yang memakai jaket putih perubatan juga mati ditembak. Begitulah kejamnya tentera Israel Zionis, membunuh petugas perubatan adalah satu bentuk kekejaman yang tak boleh diterima sama sekali.
Jururawat Terlatih, KKM, Nur Nabiila Masfuzah (Bel Nawhen) berkongsi catatan tentang Razan Al Najjar. Semoga kita akan lebih mengerti dan mensyukuri nikmat sebuah keharmonian, kemerdekaan di bumi sendiri.
Razan baru berusia 21 tahun sewaktu ditembak oleh sniper rejim Zionis Israel di dada sewaktu memberikan bantuan perubatan di perkampungan Khuza’a.
Memetik apa yang pernah dikatakan oleh Razan semasa hayatnya:
“Boleh sahaja jika saya hanya bekerja di hospital. Tetapi saya lebih suka untuk berada di barisan hadapan bersama-sama para sahabat saya di lapangan.”
“Setiap hari akan ada yang gugur syahid di Gaza dan mereka itu lebih mulia dari saya. Saya mengharapkan saya juga syahid seperti mereka.”
Telah menjadi sukarelawan di bumi Palestine sejak Ramadhan lalu.
Tahun ini, Allah lebih menyayangi Razan.
Entah bagaimana, Razan dan lain-lain rakan paramedik serta pejuang bumi Palestine berjuang di sana di dalam bulan Ramadhan – berpuasa dan berperang- sedangkan kita di bumi Malaysia tidak henti-henti bertikam lidah berpolitik dan menabur fitnah sini sana lebih-lebih lagi di bulan 1000 rahmat ini.
Tidurlah ya Syahidah.
Semoga Allah ampuni & sayangi & kumpulkan dengan para Rasul-Nabi, Shiddiqin, Syuhada & solehin.
Titis darah pejuang kamu membanjiri bumi Palestin.
Dari al-Miqdam bin Ma’di Karib, Nabi S.A.W bersabda;
“Orang yang mati syahid di jalan Allah diberi 7 keistimewaan:
1. Diampuni dosanya ketika permulaan darahnya memancar keluar.
2. Dapat melihat tempat duduknya di Syurga,
3. Dihiasi dengan perhiasan iman,
4. Akan ditemani 72 bidadari syurga,
5. Diamankan dari azab kubur,
6. Diamankan dari goncangan dahsyat hari qiamat,
7. Dipakaikan mahkota kehormatan di atas kepalanya di mana satu permata daripadanya adalah lebih baik daripada dunia dengan segala isinya serta dapat memberi syafaat kepada 70 orang dari kalangan ahli keluarganya.”(HR. Ahmad, Tirmidzi dan Baihaqi. Shahih al-Jami’: 5182)
Pemergiannya ditangisi jutaan ummat ISLAM.
1. Bertugas sekurang-kurang 13 jam sehari sebagai sukarelawan di Gaza. Bertugas dari 7am-8pm.
2. Telah diwawancara oleh majalah Times sebelum pemergiannya. Antara intipati wawancara itu,
“Perempuan dalam masyarakat kita dihakimi, dipandang sebelah mata. Tapi mereka harus menerima kami kerana kami memiliki kekuatan yang lebih dari siapa pun,” kata Razan.
3. Uniformnya sering basah dengan darah mereka yang dirawatnya.
4. Seorang yang sangat berani sejak dari kecil. Merupakan anak sulung dari 6 beradik
5. Pengkebumiannya dihadiri jutaan orang ramai pada Sabtu, 2 Jun 2018.
Kematian Razan menimbulkan reaksi marah dan kurang senang dikalangan masyarakat kerana Paramedik tidak seharusnya menjadi sasaran perang.
Seseorang yang syahid sesungguhnya tidak mati, mereka masih hidup.
Sumber/Foto : Bel Nawhen , Harian Metro