Keburukan tidur berlebihan, bukan je cepat tua tapi berat pun naik.

Tidur berlebihan tak elok untuk kesihatan dan kecantikan. Ramai yang kuat tidur, ada juga jadikan tabiat tidur lepas Subuh nak-nak kalau hari cuti. Sebenarnya tabiat suka tidur siang ni banyak yang tak baik, maksud saya tidur yang lama ye bukan POWER NAP tu.

POWER NAP kalau dalam Islam dipanggil qailullah, ni memang bagus sebab recharge. Tapi kalau tidur dari Subuh sampai Asar, bukan POWER NAP namanya tapi MEMBUTA.

Banyak kajian yang dilakukan di seluruh dunia mengenai tabiat tidur yang berlebihan. Hasil kajian National Sleep Foundation mengatakan waktu tidur yang ideal untuk mereka berusia 18-64 tahun adalah antara tujuh hingga sembilan jam.

Namun jika tidur melebihi sembilan jam, banyak kesan buruk yang berlaku. Antaranya, membuatkan badan lemah, depresi, malas dan kurang tumpuan. Tidur yang lama juga menyebabkan sakit tulang belakang.

Selain itu, tidur juga mempunyai kaitan rapat dengan kecantikan. Kurang tidur atau terlebih tidur akan menyebabkan proses penuaan berlaku dengan cepat. Tabiat tidur siang yang lama juga boleh menyumbang kepada dagu berlapis dan kulit kusam. Muka pun nampak suram dan kelihatan lebih tua berbanding wanita yang mengamalkan gaya hidup sihat.

Baca sini

https://www.mingguanwanita.my/rezeki-murah-mencurah-kalau-mak-ayah-tak-tidur-lepas-solat-subuh/

IKLAN

Tidur  Berlebihan Banyak Keburukan

1-Sakit Kepala

Tidur berlebihan akan menyebabkan sakit kepala, ini sering terjadi pada golongan yang gemar tidur siang dalam jangka masa yang lama.

2-Diabetes

Kajian membuktikan orang yang tidur lebih sembilan jam sehari memiliki risiko 50 peratus lebih tinggi kena diabetes.

3-Obesiti

Banyak sangat tidur, badan pun jadi tak aktif.  Kadar pembakaran akan menurun menyebabkan lebihan tenaga disimpan. Jadi lemak berkumpul dan berat badan naik seterusnya menyumbang kepada obesiti.

4- Malas & Moody

Selain itu, tabiat tidur yang lama juga menyebabkan badan lemah dan jadi malas. Malah ada yang asyik moody je.

5-Sakit-Sakit Badan

Bila tidur terlalu lama, badan jadi lenguh-lenguh dan sakit. Badan kita berada dalam posisi yang lama di atas katil. Sebaiknya, kita beriadah untuk mendapatkan badan yang cergas.

6-Risiko Sakit Jantung

Menurut National Health & Nutrition Examination Survey (NAHNES), golongan yang tidur lebih lapan jam sehari dua kali ganda berisiko mengalami sakit jantung.

7-Risiko Kena Strok

Kajian University Of Cambridge menunjukkan 46 peratus yang tidur berlebihan berisiko diserang strok.