Tidur Awal Selepas Isyak Itu FITRAH, Tapi Betul Ke Nak Kena Cukup 8 Jam?

Share

Bila sudah berumah tangga, tidur malam pun tak boleh nak agak. Kadang dapat lelap awal dan andai kata anak-anak belum tidur, maka mak ayah pun turut kena berjaga malam.

Begitulah rutin harian bila sudah beranak-pinak. Namun sebenarnya betul ke orang dewasa wajib tidur selama 8 jam kalau nak betul-betul rasa FRESH keesokan harinya? Jadi macam mana kalau mak ayah yang jenis bangun awal pagi buat ibadah? Cukup ke tidurnya?

Dan andai kata tak cukup, adakah situasi ini akan mengganggu faktor kesihatan?

Semua jawapan itu ada dalam perkongsian doktor Hafiz Sulaiman ini…

Masa Tidur Malam

Kita sudah kena “mindset” tidur mesti berterusan 7-8jam sehari. Tahukah anda kebanyakan binatang tidak tidur secara berterusan?

Hakikatnya menurut banyak kajian saintifik, kaedah tidur 2 kali atau “biphasic” juga lebih fitrah bagi sesetengah orang.

Kaedah tidur biphasic ialah tidur 4-5jam di waktu malam dan tidur sekejap (kurang 20minit) di waktu tengahari.

Kaedah ini meningkatkan ketajaman minda, menyegarkan badan seterusnya meningkatkan produktiviti kerja insha Allah.

Jangan gusar jika terjaga di waktu awal pagi, terutama bagi yang dah berumur..mungkin itu seruan menghadap ilahi..janganlah kita mengabaikannya dengan menarik kembali selimut.

Top up Tidur Waktu Tengah Hari

Tambah saja 5-10 minit di waktu tengahari. Insha Allah lebih bertenaga. Jika tak menjadi, buat pemeriksaan kesihatan 🙂

Apa yang paling penting ialah TIDUR AWAL selepas isya’ itu ialah mengikut FITRAH.

Semoga tidur menjadi amal ibadah yang bukan sahaja memberi pahala tetapi juga memulihkan tenaga, fungsi dan kecekapan badan insha Allah.

Published by
Nadia