Tidur Awal Selepas Isyak Itu Fitrah Kesihatan Dan Tumbesaran Anak, Ini Kesannya Kalau Tak Buat

Share

Penting rupanya tidur awal selepas Isyak. Sebab itulah fitrah kesihatan dan tumbesaran anak-anak. Salah satu kelebihan tidur awal, tubuh jadi kuat dan boleh bangun di sepertiga malam untuk amalan solat sunat. Ibadah sebegini mencerdaskan minda dan jadikan kita kental emosi dan fizikal.

Ini pula yang dijelaskan oleh Dr Hafiz Sulaiman. Bagaimana malam hari amat bermanfaat untuk memulihkan semula sel. Apa akan jadi jika kita tak tidur awal. Menakutkan..

 

5 Aktiviti Ini Berlaku Di Malam Hari

Aktiviti kesembuhan termasuk pembaikian sel-sel banyak berlaku pada waktu malam.

Apabila fungsi-fungsi badan seperti pencernaan, pergerakan otot, pemindahan dan pemprosesan maklumat melalui saraf dan otak mula berehat.

Proses pemulihan bermula sejurus sahaja saraf SCN di bawah kelopak mata menyedari malam sudah bermula.

Maka malam merupakan waktu penting untuk:

1. REST

2. REPAIR

3. RESTRUCTURE

4. REGENERATE

5. REJUVENATE

 

Kalau Tidur Lewat, Ini Yang Jadi

Apa berlaku jika kita tidak tidur waktu sepatutnya?

√    Hormon stres iaitu kortisol akan meningkat.

√     Apabila hormon stres meningkat, kortisol yang merupakan steroid antiradang badan akan menyekat signal untuk pemulihan dan pembaikian badan ini.

Maka jika kita tidur lambat:

– Badan akan stres kerana tidak cukup rehat.
– Kurang signal untuk pemulihan.
– Kurang masa untuk pulih.
– Steroid kortisol menyekat pertumbuhan sel badan.
– Steroid kortisol juga menyekat perembesan hormon tidur (melatonin) yang penting untuk mengurangkan stres.
– Melatonin juga merupakan ANTIKANSER & ANTISTRESS semulajadi yang sangat kuat.
– Apabila hormon stres kortisol ini tinggi, ia menganggu sistem pencernaan.
– Perkembangan otak juga terganggu.

Maka tidur awal selepas isya’ itu fitrah untuk kesihatan dan tumbesaran anak-anak.

Sama-sama kita jalankan amalan sunnah tidur awal dan bangun malam insha Allah..

 

Waktu Tidur Yang Fitrah

Beberapa hari ini, saya sangat teruja dengan ilmu baru yang saya temui. Sudah 3 hari, setiap malam saya menelaah bahan bacaan, video dan juga perbincangan berkaitan.

Rasa mengantuk juga sebab sudah biasa tidur pukul 10 malam. Kali ini minat punya pasal pulun study dengan bantuan kopi sampai pukul 3 pagi.

Keluarga dari kampung datang hujung minggu ni kelam kabut sambut. Tak bertenaga dan ceria seperti biasa sebab penat. Asyik menguap dan terlelap saja. Fikiran pulak asyik melayang di alam mimpi dan khayalan.

Petang tadi, ayahanda tegur. Kenapa nampak penat je. Ku jawab sibuk bisnes dan study lewat malam-malam. Memang dah biasa kami bincang pasal kitaran tidur dan manfaat kepada badan ni. Tapi ada sesuatu yang bermakna kali ini terpacul daripada mulutnya.

Papa sekarang tidur paling lewat pukul 10 malam. Memang banyak sungguh beza jika tidur berkualiti. Waktu yang fitrah, tidur 5 jam pun lebih baik berbanding 8 jam.

Orang muda memang tak hargai waktu sihat. Papa kesal fikirkan berapa ramai anak-anak muda yang tak tahu betapa pentingnya tidur awal. Betapa ramai yang melawan fitrah tidur lewat semata-mata bekerja.”

Saya tersentak dan terdiam.

Saya memang faham sangat natijahnya tidur lewat ni..saya selalu cerita kot pasal kitaran tidur ni. Hormon tidur melatonin lah.. kortisol lah.. tetapi manusia ni kadang-kadang terlupalah sebab itu kena saling mengingati sesama kita.

Umur 28.. Dah Botak!

Saya teringat waktu saya mula mendapat cahaya mata pertama..stresnya waktu tu sebab anak selalu sakit. Wife terpaksa berhenti kerja jaga anak sakit dan pendapatan isi rumah berkurang hampir separuh.

Maka berhempas pulas saya bekerja siang malam. Siang di hospital, part time bermalam di klinik swasta. Sampai boleh bilang jari berapa kali tidur di rumah dalam sebulan. Tengok pesakit pun muka mereka berkerut. Muka doktor dah macam zombie dah.

Kesihatan memang merudum teruk. Gula jadi tak stabil, rambut gugur. kulit jadi macam biawak kusam dan kering. Perut berangin puting beliung dan otak jadi separa sewel. Memori tinggal mKmori sejenak je.

Perut pula memboroi sebab craving je sokmo tengah-tengah malam.

Menggigil bila check gula umur 28 tahun lepas makan 7.8. Masa tu memang insaf habis. Tengok diri kat cermin memang dah nampak tua sangat.

Terfikir, umur 28 tahun dah botak. Umur 38 tahun jadi doktor with kencing manis kah? Mulai detik ketakutan dan keinsafan tu, bermulalah pengembaraan dan perjuangan saya ke arah kesihatan yang lebih baik.

Saya nekad walaupun waktu tu ekonomi belum stabil. Alahai..tak kaya pun buat part time lokum. Saving pun kejap je habis. Saya tawakkal dan usaha cara lain. Alhamdulillah dipermudahkan boleh survive sampai sekarang walaupun tak kaya hehe..

Tuan Puan Pembaca Yang Budiman

Kesihatan merupakan pelaburan terbaik yang sesiapa saja boleh buat. Jutawan terkaya China Jack Ma pernah berkata. “Apa guna kekayaan tanpa kegembiraan. Anda tidak akan gembira jika anda tidak sihat.”

Jika kita gagal dalam bisnes, insha Allah kita boleh bangkit kembali! Tapi jika Allah tarik nikmat kesihatan itu. Mungkin tidak semudah itu untuk kita bangkit.

Lebih malang jika kita tidak bangkit lagi setelah sakit. Fikirkan keluarga tersayang. Jika kita sakit, bukan sahaja kita mungkin menyusahkam mereka dari segi fizikal, tetapi juga emosi ahli keluarga lain mungkin juga terganggu.

Kepada kaum ibu, pastikan anak-anak tidur awal. Waktu tidur yang awal sangat penting untuk perkembangan otak yang sihat. Begitu juga untuk pertumbuhan yang optima.

Kepada anak muda, pesan saya, jaga waktu tidur. Sekali sekala outing lepak-lepak dengan rakan mungkin tak apa. Cepat-cepat kembalikan kitaran tidur dengan amalkan tabiat tidur awal.

√   Usah langgar fitrah badan kita.

√   Jangan salah guna kopi untuk langgar fitrah badan.

√   Jangan rosakkan badan dengan rokok dan arak.

Sedarlah sebelum terlambat bahawa kesihatan dan tidur khususnya merupakan pelaburan terbaik yang boleh kita buat. Ia merupakan antara nikmat dan rahmat terbesar yang dikurniakan kepada badan kita. Alhamdulillah.

Bagi petugas malam yang terpaksa bekerja shift dan menjalankan tanggungjawab kerana amanah yang digalas..para doktor, jururawat, polis, tentera, pak guard..

Semoga Allah memberi balasan setimpal atas pengorbanan anda. Saya tabik respek sokmo. Saya doakan Allah melindungi anda semua dan membalas dengan kesihatan dan rezeki yang baik.

Ameen..ya rabbal alamin..

Sumber/Foto : Facebook Hafiz Sulaiman

 

Published by
Netty Ah Hiyer