Tidak Semua Rumah Tangga Sempurna, Ada Pasangan Perlu Struggle Lalui Kesusahan Bersama

Share

Tidak semua yang beruntung dan ada setengahnya diuji dengan pelbagai dugaan dan suami, isteri perlu sama-sama berganding bahu untuk meneruskan hidup.

Sedarlah, tidak semua rumah tangga sempurna, ada pasangan perlu struggle dan lalui kesusahan bersama. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik.

Tidak Semua Rumah Tangga Sempurna

Saya tengok ada wife yang temankan suami dia berniaga…

Saya juga tengok ada wife yang temankan suami dia delivery barang… Saya tengok ada wife yang temankan suami dia bawa lori…

Malah saya tengok ada wife yang temankan suami dia mesin rumput…

Saya beritahu dekat wife, “Bestkan tengok wife mereka boleh ada di sisi walaupun keadaan macam itu… Seronok, nampak bahagia…”

Ada Pasangan Perlu Struggle Lalui Kesusahan Bersama

Hidup berpasangan ini, bukan semua orang dikurniakan pasangan yang mampu untuk membeli semua keinginan dia, mampu menempatkan dia di rumah besar, mampu bagi keselesaan pada dia dan buat hidup dia jadi “sempurna”…

Ada pasangan yang “struggle” untuk dapat semua itu…

Yang mampu untuk terus bersama pasangan yang “struggle” ini adalah mereka yang terpilih sahaja…

Tak ramai yang sanggup hendak letak diri dia dalam “kesusahan”…

Ada Yang Sanggup Tinggalkan Kesusahan

Dia anggap bahawa dirinya punya pilihan yang lebih baik, maka dia tinggalkan “kesusahan” yang boleh menghadiahkan dia kebahagiaan untuk “kesenangan” yang penuh dengan kepalsuan dan kekosongan…

Bagi mereka yang masih bersusah-susah dengan pasangan, masih setia dengan pasangan, maka pengorbanan yang anda lakukan itu tak ramai yang boleh buat…

Anda terpilih dan anda boleh teruskan kehidupan itu dengan semampu kudrat yang anda ada… Setiap kesusahan itu ada rahmat yang Allah sembunyikan daripada pengetahuan anda…

Saya doakan kehidupan anda akan berubah dan bertambah baik lagi dr sebelumnya…InsyaAllah…

MW: Segelintir pasangan sanggup lakukan apa sahaja demi mengubah hidup. Semoga Allah mempermudahkan urusan kalian. Insyallah.

Sumber: Firdaus Shakirin

Published by
Nur Syazwani Mehat