Tdak sanggup berjauhan dengan anak kesayangan. Sebagai seorang ibu sudah pasti akan mendahulukan anak dalam segala hal. Begitu jua yang dirasai oleh isteri kepada penyanyi Raja Syahiran yang juga anak seni terkenal Uyaina.
Pemilik nama sebenar Shaidatul Naseha Uyaina itu ketika ditemubual memaklumkan sekiranya kembali aktif dengan kerjaya pengacaraan di Indonesia, dirinya tidak mahu berjauhan dengan cahaya mata tunggalnya, Raja Urhan yang kini berusia enam bulan
Tidak Sanggup Berjauhan Dengan Anak Kesayangan
Menghargai setiap peluang yang datang Uyaina sentiasa memberi komitmen terbaik dalam memastikan hasil yang diperoleh berbaloi dengan usaha yang dilakukan.
Namun sebagai isteri dan ibu ternyata Uyaina status tersebut tidak pernah menjadi halangan buat Uyaina untuk terus aktif memajukan kerjaya seninya sebagai pelakon mahupun pengacara.
“Sekiranya saya kembali aktif menerima tawaran di Indonesia, saya akan bawa anak bersama kerana tidak mahu berjauhan dengannya. Saya dan suami banyak berbincang mengenai perkara ini dan dia sangat memahami.
“Bagaimanapun jika ada situasi yang tidak membenarkan perkara ini, saya tidak kisah untuk menolak tawaran tersebut. Mungkin ada perkara lain yang boleh saya lakukan jika tidak ke sana. Apa yang pasti, jika ke sana saya akan bawa anak sekali,” tegasnya.
Ramadan 2023 Perasaannya Sangat Berbeza
Uyaina mengakui teruja menanti ketibaan Ramadan yang disifatkan cukup istimewa buatnya kali ini.
“Tahun ini adalah kali pertama saya menyambut Ramadan dan Syawal sebagai sebagai seorang ibu, jadi perasaannya sangat berbeza.
“Malah saya sebenarnya turut menolak beberapa tawaran kerja dari Indonesia yang memerlukan saya ke sana pada bulan Ramadan nanti kerana mahu mengabadikan momen istimewa bersama keluarga kecil saya,” terangnya yang berkongsi persediaan menyambut Ramadan.
Rezeki Duta tudung Ariani
Uyaina merupakan sebagai salah seorang daripada duta tudung jenama Ariani , selain Bella Dally dan Datin Lisa Surihani.
“Alhamdulillah rezeki saya masih bersama mereka.
“Namun berbeza dengan tahun lalu, kali ini saya sudah berstatus sebagai ibu dan tentunya teruja menggayakan koleksi terbabit buat pertama kali bertiga bersama suami dan anak,” katanya.
Baca Disini : Uyaina Akui Berat Badan Naik Lepas Bersalin “Pengorbanan Ibu, Perasaan Tak Boleh Gambarkan Dengan Kata-Kata”
View this post on Instagram
Sumber Foto : Ariani
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI