Dalam perkahwinan, lafaz cerai dan lafaz rujuk adalah hak mutlak seorang suami. Tapi, janganlah suami mengambil kesempatan teurtamanya dalam isu rujuk dengan isteri.
Dalam lafaz rujuk seorang suami yang menceraikan isteri, ia masih boleh dirujuk tanpa akad nikah dengan syarat isteri masih berada dalam tempoh iddah.
Malah menjadi isu bila suami lafaz rujuk semasa isteri masih dalam iddah, sedangkan isteri tidak layan dan berkahwin lain. Bagaimana dengan lafaz yang diberikan oleh suami tadi.
Inilah yang diperkatakan oleh Wan Nazirah Wan Bakar, Peguam Sivil dan Syariah di Nazirah Bakar & Co tentnag isu rujuk ini.
Dalam drama yang ditayangkan di sebuah tleevisyen tempatan.
Di hujung 10 minit terakhir drama ni ada babak di mana sang lelaki bertemu dengan bekas isteri nya dan berkata…
“saya nak kita ruju’ semula…” (lebih kurang ayatnya) dan sang wanita menjawab…
“maaf… saya tak boleh terima awak lagi even sebagai kawan…” (lebih kurang ayatnya) isteri berlalu pergi…
Ads
suami menangis sendiri…
Tahukah anda sekiranya lafaz oleh suami tersebut dibuat pada talak yang boleh diruju’ dan dalam waktu iddah maka wanita tersebut automatik kembali menjadi isteri lelaki tersebut semula?
Jadi apa hukumnya kalau keduanya kurang ilmu dan meneruskan hidup seolah-olah mereka telah benar-benar putus bercerai dan tiada ruju’?
Bagaimana jika selepas tempoh iddah si wanita berkahwin dengan lelaki lain sedangkan ruju’ antara dia dan suami pertama rupanya sah?
Hak Suami
Ramai menyangka bila suami nak rujuk isterinya dalam waktu iddah maka dia perlu minta izin isteri dan persetujuan isteri adalah penting.
Hakikatnya,
Sebagaimana hak lafaz talak di lidah suami, hak lafaz ruju’ juga merupakan hak suami secara total.
Ads
Suami boleh dalam waktu iddah dan pada talak yang boleh diruju’ untuk bila-bila masa merujuk isteri dengan niat dan lafaz yang betul. Bahkan dia tak perlu menyuarakan kehendaknya kepada isterinya pun.
Cukup dia menyebut di hadapan mana-mana orang tentang keinginannya yang mana orang tersebut barangkali akan menjadi saksinya apabila mana-mana pihak sama ada suami atau isteri hendak membuat pengesahan lafaz ruju’ pada masa akan datang…
Terlewat 5 Jam
Saya pernah handle satu kes ruju’ yang agak menarik yang mana suami tersebut telah melafaz ruju’ di hadapan keluarga isterinya tepat pada hari terakhir tempoh iddah,
Dia menyangka waktunya masih sempat…
Alangkah kecewanya dia kerana rupa-rupanya waktu dia melafaz ruju’ tersebut telah terlewat kira-kira 5 jam melebihi tempoh iddah mengikut bulan qomariah….ya… hanya 5 jam…
Hakim cuba memastikan sebelum tempoh iddah berakhir dia ada menyatakan hasratnya untuk ruju’ kepada orang lain selain dari keluarga isterinya…
Ternyata dia ada datang ke kaunter mahkamah kira2 seminggu sebelum lafaz di hadapan keluarga isterinya tersebut dibuat…
Ads
Dia ada bercakap dengan staff mahkamah… malangnya dalam keterangan dia memaklumkan dia datang ke kaunter untuk bertanya hukum sekiranya dia berhasrat melafaz rujuk depan keluarga isteri instead of depan isteri terus…
Di situ persoalan tentang ‘pertanyaan’ dan ‘pernyataan’ dibezakan…
Ternyata dia jumpa staff court untuk tanya…bukan untuk nyatakan bahawa dia telah meruju’ isterinya…
Akhirnya Hakim tidak sabitkan ruju’ tersebut… isteri keluar mahkamah dengan gembira sebab dah memang tak sanggup nak kembali jadi isteri kepadanya… dan dia kecewa sendiri…
BAB RUJU’ NAMPAK SIMPLE TAPI KESANNYA AMAT BESAR…
Mingguan Wanita : Bab-bab bercerai dan rujuk, jangan dibuat main-main.
Menghukum anak adalah salah satu cara yang elalu mak ayah gunakan untuk mendidik anak. Mungkin cara inilah boleh memberi kesan pada anak supaya tidak buat lagi.
Rupanya silap, cara menghukum anak dengan merotan, cubit atau tampar adalah salah. Inilah yang akan buat anak lagi keras kepala, tak dengar kata dan boleh jadi tak akan serik.
Ada cara nak mendidik anak dan bukannya dengan menghukum anak. Perkongsian daripada Mohd Fhais Salim ini boleh membantu mak ayah cara betul dalam menghukum anak.
Menghukum anak guna jeritan ataupun fizikal seperti cubit, rotan & lempang pasti ada kesan.
Kesan di tubuh mungkin kita nampak. Lebam, luka, berdarah di badan semua tu boleh pulih.
Cuma yang kita tak nampak ialah lebam, luka, berdarah di dalam badan.
Hati, emosi, jiwa & mental.!!
Yang ni kita tak akan pernah nampak. Buat MRI pun belum tentu boleh nampak.
Tahu tahu hati dah jadi keras. Tahu tahu emosi dah fragile. Tahu tahu jiwa dah mati. Tahu tahu sakit mentalnya.
Selain hukuman fizikal ni banyak lagi cara mendidik yang berbentuk menghukum.
Menghukum ni jalan terakhir ye. Last choice bukan first choice, kena jelas tentang ini.
Hukuman Yang Boleh Praktik
Antara hukuman yang kita boleh praktik ikut kesesuaian umur :
a) Tarik semula kelonggaran yang kita dah bagi. Contoh : tengok tv, main phone, main games. Denda 5 hari tak boleh tengok tv.
b) Tambah kerja kerja rumah dia Contoh : cuci bilik air, cuci jamban, sental bontot kuali sampai putih dan sebagainya.
c) Buat latihan pelajaran extra Belikan buku latihan yang bersesuaian minta dia buat sampai habis.
d) Hukuman akibat ( consequence ) Contoh dia tumpahkan air, suruh dia bersihkan sendiri.
Hukuman begini bukan sahaja kurang kesan lutsinar sebaliknya memang betul-betul mendidik anak tu supaya tak buat kesilapan yang sama.
Mingguan Wanita : Ada mak-mak tak guna tangan untuk menghukum tapi lebih selesa guna ‘jeritan’. Mungkin sebab itulah kot anak-anak pun tak berapa nak ‘heran’ sangat.
Agak-agak berapa jumlah nafkah yang suami beri pada isteri setiap bulan? Ratus, ribu atau tidak beri langsung sebabnya isteri sendiri bekerja dan mempunyai pendapatan lebih banyak daripada suami.
Itu bagi isteri yang bekerja. Bagaimana pula dengan isteri yang tidak bekerja dan mengharapkan gaji suami semata-mata. Berapa yang suami bayar untuk isteri yang hanya suri rumah sepenuh masa.
Baik isteri bekerja atau suri rumah, suami kena faham dan tidak boleh anggap isteri duduk di rumah hanya goyang kaki dan tidak buat apa-apa. Cuba kalau suami ambil alih tempat isteri, cukuplah sehari. Mahunya suami akan surrender sebab tak mampu kan!
Perkongsian daripada iamam Muda Hassan Adli ini, boleh membuka mata suami tentang supaya kira berapa nilai yang boleh dia beri pada isteri bila buat kerja di rumah. Barulah dia tahu kan!
Bukan Goyang Kaki
Sebahagian suami menyangka isteri yang menjadi suri rumah goyang kaki di rumah, makan tidur tak buat apa-apa.
Bila suami balik rumah, dimarahnya isteri sebab rumah bersepah, baju tak berlipat. “Awak ni dok rumah buat apa?” Muka suami punyalah ketat, dipandangnya isteri macam harimau kelaparan.
Akhirnya suami keluar rumah lepak dengan kawan-kawan. Dikatanya “aku stress kat rumah, balik rumah pun serabut. Aku kerja cari duit, duit rumah aku bayar, kereta aku bayar, dia dok rumah kemas rumah pun tak boleh buat”.
Isteri di rumah melayan perasaan, pendam seorang diri. Duhai malang nasib si isteri.
Wahai para suami mithali, pernah tak kita mengira berapa nilai kerja isteri kita di rumah?
Jom kita kira sama-sama:
1. Kalau panggil part time maid untuk kemas rumah 2 jam RM60. Isteri mengemas rumah lebih dari 2 jam sehari. Kita anggarkan sehari RM100 untuk upah mengemas rumah. Sebulan RM3000 suami perlu bayar pada isteri.
2. Upah memasak untuk tukang masak di restoran, gajinya sebulan paling kurang RM2000. Kita anggarkan RM1000 sebulan cukuplah untuk upah isteri masak untuk kita dan anak-anak.
4. Upah jaga anak sebulan RM400 seorang anak. Kalo 3 orang anak RM1200 sebulan suami perlu bayar pada isteri.
5. Upah iron baju anggaran sehari RM10. Sebulan RM300.
Itu tak termasuk upah picit badan suami, urut kepala suami sebab pening, dan lain-lain lagi.
Bukan Tidak Penat
Walaupun isteri kita suri rumah sepenuh masa, jangan kita menyangka yang dia tak penat menguruskan rumah tangga. Nampak macam mudah, tapi cubalah suami ambil alih tugas isteri sehari pun cukuplah, kita akan rasa kepenatan yang teramat sangat macam penat seminggu bekerja.
Isteri buat semua tu kerana sayangkan suami, dia tak minta pun upah itu ini, cukuplah kasih sayang daripada suaminya.
Kalau suami balik rumah tengok rumah bersepah, kain tak berlipat, jangan terus kita bersangka buruk dengan isteri. Bukan dia tak nak lipat baju, tapi dia tak sempat nak lipat sebab banyak kerja rumah yang dia buat sebelum tu.
Apa kata kita ikut cara Nabi SAW bila balik rumah, Baginda tak banyak komplen dan tidak bersangka buruk terhadap isterinya, bahkan Baginda akan bantu kerja isteri tanpa diminta.
Bersyukurlah Suami
Apapun, syukurlah dengan apa yang telah Allah anugerahkan pada kita, dapat isteri sebagai teman hidup pun satu rahmat. Apa-apa kekurangan pada isteri anggaplah ianya sebagai suatu keunikan yang menambah seri dalam rumah tangga.
Pointnya, hargailah penat lelah isteri walaupun mereka bergelar surirumah sepenuh masa. Bukanlah mesti membayar sejumlah wang sebagai upah kerja isteri, nafkah zahir ikutlah kemampuan suami.
Hassan Adli
Perbaiki Diri
MW: Kalau suami berkira sangat, boleh tunjukkan nilai kiraan ini ye isteri-isteri sekalian.
Hati seorang isteri pasti berbunga-bunga bahagia, bila dapat ucapan penghargaan, penuh rasa cinta daripada suami tersayang. Terutamanya pada hari yang penuh bermakna seperti Hari ulangtahun perkahwinan dan hari jadi. Bukan apa, selalunya kaum suami ni,suka simpan perasaan mereka. Payah nak jumpa yang jenis suka meluahkan perasaan, kata-kata yang manis ni pada isteri. Kebanyakannya, isterilah yang kena paham-paham sendiri.Kan!
Rupanya semalam, 4 Mei merupakan ulangtahun perkahwinan ke-enam bagi pasangan selebriti Awal Ashaari,37 dan Scha Alyahya, 34 ini. Pasangan sama cantik sama padan ini telah mendirikan rumahtangga pada 2012 dan dianugerahkan cahaya mata yang comel, Lara Alana, 4 tahun.
Apa yang mencuri perhatian Mingguan Wanita adalah luahan kata-kata romantis Awal buat isterinya Scha sempena ulangtahun keenam perkahwinan mereka. Didalam posting terbaru di Instagram, Awal telah memuatkan memori gambar-gambar sewaktu perkahwinan mereka dengan kapsyen yang cukup romantis buat isteri tersayang.
Antara luahan tersebut;
“Tepat waktu ini, enam tahun yang lalu, saya telah berjanji menjaga, mencintai dan menyayangi dia, Sharifah Nor Azean dengan sepenuh jiwa raga. Hingga saat ini, perasaan dan cinta saya tetap milik dia dan sedikit pun tak pernah kurang, malahan semakin kuat setiap hari. Dia membuatkan saya mahu jadi lebih baik setiap hari, Dan dia merupakan semangat saya. Saya mungkin tak sempurna, tapi dia menyempurnakan saya”
“Bila orang tanya, apa saya nampak pada dia? Saya nampak masa depan saya dimata dia. Dia ibu kepada anak saya, dia tulang rusuk saya, dia segala-galanya”
Sweet sungguh kan! Mingguan Wanita mengucapkan tahniah dan selamat ulangtahun perkahwinan buat Awal dan Scha.Semoga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat. Para suami lain pun boleh contohi, luahkanlah kata yang manis-manis buat isteri pun dah mampu buat isteri tersenyum bahagia.
Kali ini team Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise ke Pasir Puteh, Kelantan. Pertemuan berlaku di hadapan Markas Jejak Jalanan dengan bantuan Abe Hae. Dengan...