“Tidak Respon Bila Kakak Betulkan Kain Bedung.” Bayi 24 Hari Meninggal Ketika Tidur

Share

“Tidak respon bila kakak betulkan kain bedung.” Bayi 24 hari meninggal ketika tidur dan sehingga kini punca kematian masih belum dikenal pasti.

Dalam usia sebegini, sememangnya bayi amat sensitif. Semoga ibu dan ahli keluarga bayi ini tabah berdepan dengan ujian berat ini.

Tidak Respon

Bayi perempuan berusia 24 hari ditemui tidak sedarkan diri ketika tidur di rumah keluarganya di Kampung Batu 1, Pedas Tengah, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Rembau, Negeri Sembilan tengahari tadi.

Bagaimanapun, dalam kejadian pada 1 tengah hari itu, polis belum dapat mengesahkan punca kematian bayi berkenaan memandangkan bedah siasat belum dilakukan.

Baca Di Sini: Ibu Hamil 7 Bulan Tak Sengaja Bersalin, Bayi Meninggal Terjatuh Dalam Mangkuk Tandas

Bila Kakak Betulkan Kain Bedung

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, anak bongsu daripada enam beradik itu disedari tidak memberi respons ketika kakaknya mahu membetulkan kain bedung.

“Berdasarkan siasatan awal, ibu bayi itu yang berusia 42 tahun menyusukannya pada 12.39 tengah hari tadi. Selepas ditidurkan bayi itu diletakkan di ruang tengah rumah.

“Kira-kira 30 minit kemudian kakak bayi itu ingin membetulkan kain bedung sebelum mendapati adiknya dalam keadaan tidak bertindak balas,” katanya.

Menarik Di Sini: Diberi SUSU, Selepas Tiga Jam Tak Sedarkan DIRI, Bayi Meninggal Dalam Tidur

Bayi 24 Hari

Menurut Hazri, ibu bayi itu membawa anaknya itu ke Unit Kecemasan Hospital Rembau sebelum doktor bertugas mendapati tiada nadi dikesan dan badannya dalam keadaan sejuk.

Tambahnya, prosedur kecemasan dengan memberikan bantuan pernafasan dijalankan, namun tiada tindak balas sebelum doktor mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital.

Artikel Berkaitan: “Cukup Takut Baca Berita Pasal Bayi Meninggal, Kali Ini Anak Jadi Mangsa.”

Meninggal Ketika Tidur

“Bedah siasat belum dijalankan kerana masih menunggu laporan keputusan ujian Covid-19 dan jenazah bayi kini berada di Jabatan Perubatan Forensik hospital berkenaan.

“Satu laporan polis berhubung kejadian dibuat ibu bayi berkenaan 5 petang tadi dan setakat ini, punca kematian belum dipastikan dan polis akan menjalankan siasatan lanjut selepas laporan bedah siasat diperoleh,” katanya.

Baca Di Sini : “Anak Saya Belum Ada Gigi…” Bayi Meninggal Selepas Makan Epal

Minggguan Wanita : Apa saja boleh menjadi punca kematian dalam usia sebegini. Semoga ibu bayi dikurniakan kesabaran dan redha dengan ujian ini.

Sumber : myMetro

 

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Published by
Nur Syazwani Mehat