“Tidak Pernah Malu, Bawa Ke Mana Saja.” Walaupun Kekasih Miliki Ketumbuhan Di Wajah

Share

Lelaki ini, walaupun kekasih miliki ketumbuhan di wajah, dia tidak pernah malu, bawa teman wanitanya ke mana saja. Di saat orang lain memandang pelik teman wanitanya, dia hanya berlagak seperti biasa.

Inilah dinamakan cinta bukan hanya pada paras rupanya dan layak digelar cinta sejati. Kisah pasangan ini seharusnya menjadi pengajaran kepada orang lain.

Walaupun Kekasih Miliki Ketumbuhan Di Wajah

Seorang lelaki membuktikan kesetiaannya dengan mencintai teman wanitanya biarpun kekasihnya itu mempunyai ketumbuhan pada mukanya, lapor laman berita Detik.com semalam.

Walaupun ketumbuhan atau benjolan pada wajah gadis itu amat besar, lelaki tersebut tetap setia kepadanya sehingga wajahnya pulih seperti biasa.

Menerusi satu video yang dikongsikan oleh gadis tersebut di akaun TikTok @rhmiipm, dia menceritakan bahawa teman lelakinya itu tidak pernah berasa malu dengan keadaan wajahnya dan tetap setia di sisinya.

Tidak Pernah Malu, Bawa Ke Mana Saja

“Dia tidak pernah malu membawa saya ke mana-mana walaupun saya mempunyai tumor pada wajah dan ramai yang memandang saya dengan pandangan aneh,” tulis kenyataan pada video itu.

Menurut gadis itu, dia malah berasa sangat beruntung kerana memiliki seorang teman lelaki yang sangat setia.

Ramai Yang Memuji

Netizen yang menonton video tersebut meninggalkan komen dengan memuji sikap lelaki itu yang ikhlas mencintai pasangannya.

“Beruntungnya, semoga sihat dan bahagia selalu,” tulis seorang netizen.

“Tabik dengan didikan orang tua lelaki itu yang pandai mendidik anak mereka supaya menghormati seseorang,” kata seorang netizen lain.

Video tersebut sudah ditonton lebih 1.1 juta kali dengan 111,700 tanda suka dan hampir 600 komen. – AGENSI

Baca Juga Di Sini:

Buat Pembedahan Buang Ketumbuhan, Doktor Terkejut ‘Jumpa’ Bayi Dalam Perut

Usia 92 Tahun, Tun Hasmah Pernah Buang Ketumbuhan Sel Kanser Payudara

Sangka Ada Ketumbuhan Hati, Rupanya Bayi ‘Mengandungkan’ Kembar Sendiri!

Rasa Diri Makin Gemuk, Rupa-Rupanya Ada 26KG Ketumbuhan Dalam Perut Berpunca Ini

Mingguan Wanita : Hebat lelaki ini berjaya membuktikan kesetiaannya kepada teman wanitanya apabila gadis ini diuji. Semoga pasangan ini cepat-cepat disatukan dan bahagia menjadi milik mereka berdua.

Sumber : Kosmo Online

Published by
Nur Syazwani Mehat