Bergelar seorang isteri dan ibu bukanlah satu perkara yang mudah. Ibu kepada tiga orang anak ini akui diari hariannya begitu sibuk. Mendirikan rumahtangga bersama Que Haidar pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua puteri comel, Tengku Ratu, 9 dan Tengku Cleopatra, 7 serta seorang anak lelaki Qalif, anak hasil perkahwinan pertamanya, guru tari Linda Jasmine Hashim ini menunjukkan sisi berbeza, seiring dengan kematangan dirinya.
Ditanya tentang kehidupannya yang tampak begitu bahagia dengan keletah dua puterinya yang sering dipaparkan di akaun Instagram milik dia dan suami,
Linda turut memikul tanggungjawab dan amanah berharga sebagai seorang ibu. Malah dia juga akui, kehidupan peribadinya selepas berkahwin cukup indah dan tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.
Keluarga bahagia. (foto-Instagram Linda Jasmine)
“Tak tahu nak terangkan macam mana. Tapi, kehidupan saya kini bersama Que dan anak-anak saling melengkapi. Ikutkan melayan gelagat anak-anak di rumah memang penat tetapi sangat berbaloi. Tapi ironinya, itulah fasa bermakna yang dilalui ibu bapa saat melihat mereka membesar di depan mata,” ungkap Linda yang sememangnya begitu ramah turut menerangkan kehadiran anak-anak yang mempunyai kerenah dan perangai berbeza menceriakan lagi suasana.
Saling Membantu
Akui kesibukan masa di antara dia dan suami, membuatkan diari seharian mereka begitu padat. Selain menguruskan anak, Linda juga begitu sibuk menguruskan kerjayanya dalam bidang seni tari.
“Alhamdulillah walaupun sibuk namun anak-anak kami akan uruskan bersama-sama. Jika saya sibuk, Que akan jaga anak-anak. Bila Que sibuk dengan lakonan saya akan menjaga mereka,” jelas ibu yang bekerjaya ini.
Rutin sebagai tenaga pengajar tari dan juga kerja-kerja di rumah perlu seiring dan Linda juga mahu beri yang terbaik.
Ads
“Selain mahu beri komitmen yang baik dalam kerjaya. Saya juga mahu luangkan masa dengan anak dengan cara terbaik. Saya mahu terus sukses dalam karier dan pada masa yang sama juga mahu berikan komitmen dan tumpuan yang terbaik pada anak-anak.
“Memandangan kerja saya jenis yang tak menentu, jadi saya boleh aturkan masa kerja agar bersesuaian dengan anak-anak. Saya boleh ambil anak dari sekolah dan sediakan pelbagai keperluan sebelum saya keluar bekerja.
“Saya bersyukur bila ada masa saya tidak sibuk saya akan berikan tumpuan sepenuhnya pada mereka terutama pada anak-anak perempuan saya. Saya juga boleh bekerja dari rumah, jika Que sibuk saya boleh berada di rumah. Bila Que ada di rumah saya boleh keluar bekerja,” luah Linda.
Tawaran Berlakon Untuk Anak-Anak
Menyentuh tentang telatah Tengku Ratu, 9 dan Tengku Cleopatra, 7, Linda sambil tersenyum bercerita tentang anak-anaknya yang pernah berlakon dan beraksi di pentas fesyen.
Ads
“Tengku Ratu pernah berlakon dan kedua-dua puteri saya pernah dijemput beraksi di pentas fesyen. Sebelum ini Tengku Cleo pernah dapat tawaran berlakon dan kami tanya dia nak berlakon ke tak? Dia boleh bertanya berapa bayaran dan kalau dapat bayaran nak diserahkan kepada dia terus jangan bagi pada Mummy atau Daddy,” ungkap Linda sambil tertawa apabila mengimbas kembali telatah anaknya itu.
Sokong Minat Anak-Anak
Ditanya adakah anak-anaknya juga minat dalam dunia seni terutamanya seni tarian, Linda akui sememangnya dia dapat perhatikan minat tersebut memang ada pada diri dua puterinya.
“Saya sebagai penari dan cikgu tari, suami pula terlibat dalam seni. Bohonglah jika saya tak gembira jika ada anak yang ikut jejak kami. Terpulanglah pada mereka samaada nak ikut ke tidak asalkan mereka lakukan benda yang baik.
Ads
“Tengku Ratu saya nampak dia suka menari dan ada bakat. Tapi dia jenis yang cepat mengalah. Bila dia menari salah langah dia akan putus asa. Tapi sebagai ibu dan bapa akan beri ajaran yang terbaik buat anak-anak.
“Tengku Cleo pula beritahu dia nak jadi seorang penyanyi pop satu hari nanti. Masing-masing masih kecil jadi masih berangan nak jadi apa nanti bila dewasa. Sebagai ibu bapa, kami mendorong dan menggalakkan apa yang mereka minat. Sebab itu kami hantar anak-anak ke kelas tarian balet dan gimnastik serta kelas muzik Jazz. Bakat sudah kelihatan, semuanya terserah kepada mereka,” terang Linda yang akui memang memanjakan anak-anak.
‘Me Time’ Setiap Malam
Sangat letih menguruskan keluarga dan keluar bekerja wanita ini akui setiap hari dia amat nanti-nantikan ‘me time’ terutamanya selepas anak-anak tidur.
“Paling seronok apabila anak-anak sudah tidur, setiap malam saya akan ambil masa buat air milo panas kemudian duduk menonton TV atau melayari Youtube. Pada masa inilah saya dapat menjenguk dunia media sosial. Saat-saat begini sangatlah diperlukan dan penting buat saya rehatkan minda. Sekurang-kurangnya sejam atau dua saya akan lakukan ‘me time’ ini sebelum masuk ke bilik tidur.
“Dengan kawan-kawan saya jarang jumpa dan ‘me time’ dengan mereka. Sebabnya jika saya lepak dengan kawan-kawan fikiran saya akan melayang memikirkan rumah, keadaan anak-anak dan ditambah dengan pelbagai perkara urusan kerja. Tapi saya beruntung kerana ada kawan-kawan setia dan sentiasa berhubung dengan mereka,” kata Linda.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Baru-baru ini pelakon dan usahawan Datin Rebecca Nur Al Islam atau lebih selesa dengan sapaan dirinya MUMMYBECCA berkongsi berita duka apabila suami, enam anak dan pembantu rumahnya disahkan positif Covid-19.
Namun perkhabaran terbaru yang dimaklumkan menerusi entri di akaun Instagramnya, Rebecca yang sebelum ini negatif terpaksa menerima kenyataan dia juga turut disahkan positif Covid-19.
MUMMYBECCA Turut Positif Covid-19
“Akhirnya MUMMYBECCA juga di sahKan Positif Covid-19 setelah menjaga suami dan anak anak Tercinta.
“Doakan MUMMYBECCA serta seluruh keluarga sihat seperti sedia kala ya semua.
Tidak Boleh Tidur & Tak Sangka Sekelip Mata Dijangkiti
“Secara JUJUR mummy juga hampir tumbang semalam kerana tidak boleh tidur dan terFikir dengan sekelip mata segala nya Dari Sang PENCIPTA.
“Terlalu laju, bahaya sangat-sangat #Covid19 ni.
Kesian Keadaan Suami & Anak-Anak
“Kesian Tengok suami dan anak anak semua.
“Jadi MUMMYBECCA tak sampai hati dan terpaksa masuk bercampur dengan mereka semua untuk memberi ubat dan sebagainya.
“Demi Anak anak Dan Suami Yg TerLalu lemah,MUMMYBECCA Cuba KuatKan diri,Dan Akhirnya Malam Tadi,MUMMYBECCA juga Di sahKan positif Covid-19.
“Saya reda dengan ujian Ini. InsyaAllah. Terima Kasih diatas doa anda semua. Saya amat hargai,” tulis Rebecca yang cukup mencintai keluarganya.
Doa Dari Rakan Artis
Mingguan Wanita : Semoga seluruh ahli keluarga Rebecca kembali sihat seperti sedia kala.
Sumber/Sumber Foto: Instagram Rebecca Nur Al-Islam
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Sememangnya tugas mak-mak umpama frontliner di rumah. Tanpa wanita bergelar ibu ini di rumah, pastilah huru-hara keluarga.
Walaupun mak-mak keluar bekerja namun peranan mereka sebagai isteri dan ibu tidak boleh sesaatpun tanpa memikirkan anak-anak tersayang.
Mak-Mak Paling Penat
Selebriti yang juga ibu kepada lima orang anak, Ozlynn Wati berkongsi luahannya menerusi entri di akaun Instagram mengenai kecekalan wanita yang bergelar ibu. Bukan sekadar memastikan rumah tangga teratur namun ibu juga berperanan dalam setiap sudut penting dalam kehidupan.
“Ramai parents ckp online class ni mmg betul-betul struggle.. mane nak cekau ipad pd yg anak ramai.. mane nak kejar masa sorg anak nk itu sorg anak nk ini..
“Pada yg bekerja atau yang tak bekerja sama je penat dia.. sb aku melalui dua masa.. bila tak shoot dgn bila shooting dan mak-mak yg akan paling penat.
“Sebab kita la yg paling awal bgn dan yg paling akhir tdo. Macam aku seawal 5am bgn dan aku jugak yg paling lewat tdo setelah aku pastikan semua pintu dh berkunci, anak-anak dah tidur, beg skolah dh tersedia, brg masak utk bekal n breakfast dh ready utk mudah aku masak esok pagi.
Jika Keluar Bekerja Tetap Akan Fikirkan Menu Masakan Untuk Anak-Anak
“Masa atas katil pun kepala masih lg berlegar2 fikir ada ke benda yg termiss?.. sama jugak kalau hari aku bekerja.. aku tak akan tinggal umah dgn tak ada lauk lunch.. pastu breakfast kt umah lain, bekal sekolah menu lain dan lunch menu lain..
“Tak ke pecah otak hari-hari nak mikir.. pukul 8am bergegas g kerja.. balik mlm masih lg menguruskan hal umah..
“Kadang kat tempat keje pon dok call umah tanya laki.. semua ok ke?? Anak dh makan ke? Baju i basuh dh keringkan.. tlg check maid dh lipat n gosok ke.. masyaAllah..
Tugas Ibu Tak Pernah Habis
“Tugas ibu tak kan pernah habis. Aku tak pernah pandang rendah pada kaum ibu.. ibu-ibu semua hebat dgn cara memsg.. sape yg dpt suami jenis pandai bantu or ringan tulang Alhamdulillah pd yg tidak .. heloo encik suami.. meh tlg picit badan kami sat,” tulis Ozlynn yang begitu bersyukur kerana suaminya, Johan banyak membantu meringankan tugasnya di rumah.
Sumber/Sumber Foto: Instagram Ozlynn Wati
Mingguan Wanita : Memang mak-mak jadi superwoman masa PKP penuh ni. Kena bijak bahagi masa antara kerja dan anak-anak.
Tahniah diucapkan buat Mohd Noor Murad, 36 tahun atau lebih popular dengan nama pentas Mamat Sepah dan isteri yang baru saja menyambut ulang tahun perkahwinannya baru-baru ini.
Pelawak yang berasal dari Johor ini mendirikan rumahtangga dengan seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam iaitu Diana Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama Nana pada tanggal 1 Mac 2020.
Mamat Sepah & Isteri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Yang Pertama
Mamat meluahkan rasa syukur dan berkongsikan perasaannya selepas setahun melayari kehidupan rumah tangga dengan isterinya yang berasal dari Lahad Datu, Sabah itu.
Perkongsian yang cukup mencuit hati dan berunsur lawak memberi maksud yang mendalam diluahkan oleh Mamat buat isterinya yang begitu jelita. Malah Mamat juga mengimbas kembali detik pertemuan dengan isteri tercinta.
“ I SUREENDER “Pertemuan buat kali pertama di balai polis seksyen 9 Shah Alam pada tahun 2016 membuatkan aku terus di gari, di tembak dan di lokap kan di hati @_cik_nana.
Banyak Liku-Liku Yang Dilalui
“Tanpa sedar hari ni genap setahun hari pernikahan kami. Walaupun rasa macam semalam je ia nya berlaku tapi banyak liku-liku yang di lalui bersama.
“Sesungguhnya penat kahwin dengan polis pempuan kalau korang nak tau. Sebb dia akan perhatikan setiap gerak geri kau hingga kau rasa “seperti kena tahan kat roblock tapi kau tak paakai seluar” Itu akan mmbuatkan kau lebih dewasa dan berhati-hati dalam melangkah ke depan.
Nana merupakan seorang anggota polis.
“SELAMAT MENYAMBUT HARI PERKAHWINAN YANG PERTAMA UNTUK ISTERI KU TERSAYANG @_cik_nana. SEMOGA KITA BERTEMU DI SYURGA..DOAKAN KAMI,” tulis Mamat.
MW mendoakan pasangan ini akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.