Tidak Mudah Tempuhi Fasa Sebagai Ibu Tunggal, Anim Ezati Dedah Sudah Bercerai Awal Tahun

Share

Akui tidak mudah tempuhi fasa sebagai ibu tunggal, Anim Ezati dedah sudah bercerai awal tahun. Pengacara TV3 yang terkenal dengan program kendaliannya MHI sebelum ini,  Anim Ezati Rizki, 30, mengesahkan sudah bercerai sejak awal tahun ini, namun merahsiakan perkara itu atas permintaan bekas suaminya, Mohd Fadli Sahudin.

Ibu kepada seorang cahaya mata ini mengecapi kehidupan berumahtangga lebih dua tahun namun terpaksa akur dengan jodoh ketentuan bersama bekas suami tidak lama.

Tidak Mudah Tempuhi Fasa Sebagai Ibu Tunggal

Walau sudah berpisah namun dia dan bekas suami masih berkawan baik demi membesarkan puteri tunggal mereka, Yara Alanna Khalsom yang kini berusia dua tahun.

“Hak penjagaan anak sepenuhnya kepada saya. Hubungan saya dengan bekas suami dalam keadaan baik. Kami bersama-sama dalam membesarkan Khalsom,” katanya.

Berkongsi cerita pengalaman bergelar ibu tunggal, Anim mengakui tidak mudah untuk menempuh fasa sebagai ibu tunggal.

“Saya tabik hormat kepada semua ibu tunggal di luar sana. Menggalas gelaran sebagai ibu tunggal bukanlah satu perkara yang mudah.

“Saya merasai segala pahit manis, cabaran untuk membesarkan anak tetapi saya bersyukur kerana Allah permudahkan dengan pelbagai cara. Terima kasih di atas sokongan kalian dan doa yang dititipkan selama ini,” kongsinya.

Terpaksa Buka Cerita Perpisahan Elak Fitnah

Menerima dengan reda jodohnya hanya setakat itu, Anim mendedahkan terpaksa membuka cerita tentang perceraiannya untuk mengelakkan sebarang fitnah.

“Jodoh kami sampai di sini saja. Demi mengelakkan sebarang fitnah, saya terpaksa buka cerita perpisahan ini. Kalau boleh, saya tak nak langsung kongsi perkara begini namun saya terpaksa juga.

“Alhamdulillah untuk dua tahun yang Allah izinkan untuk bersama dalam perkahwinan dan hadiah yang paling berharga, anak perempuan kami. Kini, saya dan bekas suami tidak lagi bersama.

“Kami sudah berpisah pada awal tahun ini. Saya terpaksa rahsiakan dulu kerana ingin menghormati banyak pihak termasuk bekas suami sampai semua reda,” kongsinya.

Baca Disini : Lufya Bertuah Sebagai Ibu Tunggal Mampu Didik Anak Dengan Baik & Mudah Dengan Sokongan Keluarga

Ibu Tunggal Anak 5, Galas Tugas Cari Rezeki Sebagai Pemandu Lori Kontena

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sumber / Sumber Foto :  Instagram Anim Ezati

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!

Published by
Norhayati Suboh