‘Tidak mampu sewa rumah.’ Sembilan bulan 3 beranak ini tinggal dalam bangsal yang hanya berbumbung dan berdindingkan kanvas semata.
Sedih sungguh melihat keadaan keluarga kecil ini apatah lagi anak mereka masih kecil dan belum mengerti apa-apa.
Tidak Mampu Sewa Rumah
Sudah sembilan bulan Nurul Alya Elyanie Mohd Johari bersama suami dan anak perempuan berusia 17 bulan berteduh di bangsal yang jika dilihat dari jauh, ia seakan tempat menyimpan besi buruk.
Bangsal berdindingkan kanvas dan hanya memuatkan sebuah katil yang dialas bangku, sebuah kipas berdiri serta dapur memasak itu dibina di belakang rumah sewa mentuanya di Kampung Geting, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan.
Sebelum ini, tiga beranak berkenaan menumpang mentua bersama lima lagi ahli keluarga lain tetapi disebabkan rumah sewa itu kecil, mereka memutuskan untuk tinggal berasingan.
Sembilan Bulan
Jelas Nurul Alya, 19, mereka berhasrat untuk mencari rumah sewa tetapi dengan kehidupan mereka yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, ia sukar untuk direalisasikan.
Katanya, suaminya, Mohd Hafiz Fikri, 22, menyara keluarga hasil menjual besi buruk.
“Jika hujan melanda, air melimpah masuk. Kami juga risau jika hujan lebat berserta angin kencang kerana bangsal ini diikat pada sebatang pokok, kami bimbang bangsal tumbang.
Ads
“Jika keadaan agak tidak terkawal, kami akan berlindung di rumah mentua, cuba bertahan dalam keadaan sesak sementara situasi kembali tenang.
“Saya juga jarang memasak di sini kerana risau apinya akan menyambar kanvas sebaliknya membeli nasi bungkus atau tumpang memasak di dapur rumah mentua,” katanya.
3 Beranak Ini
Tambah Nurul Alya, dia dan anaknya, Nur Syiffa Humaira, sering mengikut suaminya mencari besi buruk di kawasan pelupusan sampah di Kampug Kok Bedullah di sini, dan pendapatan yang diterima sekitar RM10 hingga RM15 sehari.
Katanya lagi, keadaan mereka semakin genting kerana keluarga mentua sudah beberapa kali diarahkan keluar dari rumah sewa kerana pemiliknya ingin membina rumah lain.
“Ini bermakna kami dua keluarga perlu mencari rumah sewa lain dan dalam keadaan suami serta adik ipar sahaja yang bekerja sebagai pencari besi buruk, sangat mustahil untuk kami mampu menyewa rumah baharu yang kadar sewaannya sangat mahal bagi kami,” katanya.
Ads
Pihak yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Nurul Alya di talian 014-9752863.
Manakala jelas ibu mentuanya, Noriza Su, 41, sewa rumah mereka sudah 11 bulan tertunggak disebabkan tidak mampu walaupun kediaman itu hanya disewakan pada kadar RM150 sebulan.
Ads
Noriza yang menghidap kencing manis kronik dan buah pinggang tahap empat berkata, mereka kini hanya menunggu masa sahaja untuk dihalau pemilik rumah dan pada masa sama, berdoa supaya ada pihak tampil membantu.
“Saya kerap dimasukkan ke wad kerana pelbagai penyakit termasuk anemia dan dalam keadaan sukar begini, tidak tahu apa yang harus dilakukan terutama apabila mengenangkan cucu yang masih kecil serta dua anak yang bersekolah,” katanya.
Empat jari kaki Noriza juga sudah dipotong akibat kencing manis.
Mingguan Wanita : Semoga kesusahan keluarga mendapat perhatian pihak berwajib. Tinggal dalam bangsal sebegitu pastinya tidak selesa apa lagi buat anak yang masih kecil.
Belum sampai hujung bulan poket dah kering. Rezeki bagai tak lekat. Stress giler dibuatnya. Kadang tak tahu di mana silapnya sampai duit gaji tidak pernah cukup. Dah puas berjimat, dah belanja ikut bajet tapi ada je tak kena.
Jangan kata nak menyimpan nak bayar bil pun kadang-kadang ramai yang sangkut. Sebelum kita menyalahkan sesiapa dan terus merungut, apa kata kita audit diri. Mesti ada silap kita sehingga rezeki tidak lekat.
Jom amalkan lima perkara ini, lakukan dengan ikhlas dan sentiasa istiqamah. Insya-Allah rezeki tidak akan putus malah semakin bertambah.
Bayar Hutang
Kalau ada hutang dengan orang, lunaskan. Jangan tangguh-tangguh terutama apabila sudah berjanji nak bayar pada tarikh tertentu. Kalau kita mungkir janji, orang yang kita pinjam duit tak gembira. Dia mesti marah dan mungkin ada juga yang menyumpah kita.
Mereka ini dikira orang teraniaya, doa mereka dimakbulkan Allah. Sebab tu kadang-kadang, kita ditimpa musibah. Contohnya, kereta rosak, tayar pancit dan kena saman. Sebab kita tak bayar hutang, duit kita ‘diambil’ dengan cara paksa. Jadi buka mata hati ye, silakan bayar hutang kalau nak hidup senang.
Bagi Duit Pada Mak Ayah
Sikit atau banyak bukan soalnya, bagi duit pada mak dan ayah dengan jumlah yang kita mampu. Beri setiap bulan, mak dan ayah yang menerima pemberian kita sangat gembira dan mereka pasti berdoa kita dimurahkan rezeki.
Buat baik dengan mak ayah, jangan derhaka dan jangan kedekut dengan mereka. Amalkan tip ini mesti rezeki tidak putus kerana mendapat keberkatan.
Sedekah Punca Rezeki Berkat
Satu lagi cara untuk Allah luaskan rezeki apabila kita memberi sedekah. Kita meringankan beban orang dalam kesusahan. Maka Allah akan gandakan rezeki kita dan Allah beri kita kesenangan.
Jangan berkira nak bagi sedekah, boleh bagi pada sesiapa sahaja yang kita mahu. Tapi ingat bagi sedekah kena ikhlas bukannya menunjuk-nunjuk.
Buat Baik Pada Binatang
Binatang pun ada perasaan, jangan kita dera mereka. Tapi layan binatang dengan kasih sayang. Kalau ada kucing lapar, bagi kucing makan. Jika ada binatang yang cedera, bawa ke klinik untuk dirawat.
Jangan zalim dengan binatang, mereka juga makhluk Allah. Apabila kita baik dengan binatang, binatang akan mendoakan kesejahteraan kita. Rezeki kita akan bertambah, yakinlah dengan janji Allah.
Solat Dhuha
Dalam Islam sudah diajar, salah satu amalan untuk murahkan rezeki adalah melakukan solat Dhuha. Buat secara konsisten, yakin dengan Allah. Insya-Allah kita akan sentiasa diberi rahmat daripada Allah.
Buat 2 rakaat atau 4 rakaat, ikut kemampuan kita. Tak rugi pun luangkan masa 10 hingga 15 minit sehari meminta Allah melimpahkan nikmatnya pada kita.
Penulis : Intan Rohaizat Zakariya
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Waaahhh… ingatkan memang bebola nasi semata-mata tetapi rupanya di dalam itu ada isi daging dan siap sayur! Cukup kreatif menu viral yang dikongsi Puan Fazariana Mohd Ali ini.
Agak-agak macam mana lah dia jadikan nasi itu melekat elok pada isi daging ayam kat dalam tu ya. Jom kita godek macam mana ‘kejadian’ bebola nasi ayam ini.
Bebola Nasi Ayam
Comel tak rupanya? Ini kali pertama cuba buat dan alhamdulillah menjadi. Bukan anak je suka, mak pun suka juga. Simple menu boleh buat lagi lepas ni.
1. Bahan yang bertanda * dipotong dadu, kemudian campurkan daging ayam kisar, halia, lada hitam, garam/perasa. Gaul sebati.
2. Bulatkan bahan-bahan yang telah digaul tadi menjadi bebola kecil.
3. Kemudian golekkan di atas beras yang telah dicuci bersih.
4. Kukus bebola dalam 15 – 20minit. Siap untuk dihidang.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Penyakit jantung ternyata ‘pembunuh’ paling senyap yang tidak dijangka bila boleh berlaku serangannya. Terbaru, Pelakon Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair atau lebih dikenali sebagai Ashraf Sinclair dilaporkan telah meninggal dunia pagi tadi akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.
Menurut portal berita Indonesia Kompas.com, berita pemergian suami kepada pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL disahkan Doddy yang juga pengurus BCL.
“Betul (meninggal dunia). Serangan jantung. Pagi tadi,”kata Doddy menerusi aplikasi WhatsApp kepada pemberita.
Difahamkan Ashraf menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4 pagi tadi.
Suami Bunga Citra Lestari
Ashraf dilahirkan di London pada 18 September 1979. Abang kepada model jelita Aishah Sinclair itu mula dikenali ramai sejak membintangi filem Gol dan Gincu pada 2005.
Ashraf kemudian berkahwin dengan Bunga Citra Lestari pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta.
Ashraf meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki yang baru berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair.
Sementara itu di Instagram pelakon ini, ramai rakan artis Malaysia dan Indonesia yang turut berduka dan mengucapkan salam takziah. Antaranya seperti Neelofa, Nora Danish, Luna Maya, Aeril Zafrel, Laudya Cynthia Bella, Yasmin Hani, Hunny Madu, Baim Wong dan sebagainya.
MW: Mingguan Wanita mendoakan semoga roh allahyarham Ashraf Daniel Mohamed Sinclair ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Salam takziah buat keluarga, semoga tabah dengan dugaan ini.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...