“Tidak mampu menjaga anak.” Wanita ini terpaksa tinggalkan bayi dalam kotak bersama sekeping nota menyayat hati demi merayu orang lain untuk menjaga bayinya kereta kesempitan hidup yang dialami.
Seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan di dalam sebuah kotak bersama sekeping nota menyayat hati daripada seorang ibu yang terdesak kerana tidak mampu untuk menjaga anaknya itu, lapor akhbar New York Post semalam.
Kejadian tersebut berlaku di negeri Alaska, Amerika Syarikat. Ibu pejabat polis Alaska menerima laporan mengenai penemuan seorang bayi sekitar pukul 7 pagi (waktu tempatan) pada 31 Disember lalu, kata polis dalam satu kenyataan.
Suhu ketika itu mencecah satu digit, demikian menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan.
Seorang penduduk bandar Fairbanks, Roxy Lane menemui bayi tersebut yang dibungkus dengan selimut berhampiran peti surat rumahnya. Dia menyiarkan rakaman kejadian itu di akaun media sosialnya.
Berdasarkan nota yang ditemui, bayi dinamakan Teshawn itu dilahirkan 12 minggu pramatang pada 31 Disember 2021 pukul 6 pagi (waktu tempatan) oleh seorang wanita yang berusia 28 tahun.
Jelas nota itu, ibu bapa, datuk dan nenek Teshawn tidak mempunyai makanan atau wang untuk membesarkannya.
‘’Ibu saya sangat sedih untuk melakukan ini. Tolong bawa dan carikan saya ‘Keluarga Penyayang’. Ibu bapa saya merayu sesiapa yang menemui saya,’’ demikian tulis nota itu.
Bayi itu kemudian dibawa oleh Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMS) ke hospital tempatan dan ‘didapati dalam keadaan sihat’, kata polis.
Menurut Lane, ibu bapa kepada bayi itu mungkin tidak tahu mengenai undang-undang Alaska yang membenarkan anak yang tidak diingini untuk dihantar ke hospital, gereja atau polis atau balai bomba tempatan. – Agensi
Artikel Berkaitan:
Terdengar Bunyi Sangkakan Kucing, Bayi Cukup Sifat Dibuang Di Kawasan Pembuangan Sampah
Mingguan Wanita : Sekiranya mak ayah tidak mampu membesarkan anak, carilah bantuan atau serahkan kepada pihak yang bertanggungjawab. Jangan dibuang bayi yang belum mengerti apa-apa.
Sumber : Kosmo Online
Mingguan Wanita boleh diikuti di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini: https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita