Pelbagai ragam manusia dan kadang-kadang tak terjangkau dek akal. Benarlah kata orang, manusia terkadang sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi seperti yang dilakukan oleh wanita ini.
Gara-gara tidak mahu berpindah rumah, wanita ini nekad simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak 10 tahun lalu. Tidak dapat bayangkan dia lalui hari-hari tinggal bersama jasad ibunya yang tidak bernyawa.
Segala kebenaran akhirnya terbongkar apabila pihak polis di Tokyo, Jepun menahan seorang wanita selepas menjumpai mayat ibunya yang disembunyikan dalam sebuah peti sejuk di sebuah apartment di Tokyo.
Suspek, Yumi Yoshino, 48, berkata, dia menemui ibunya meninggal dunia dan menyembunyikan dalam peti sejuk sejak 10 tahun lalu kerana ‘enggan berpindah’ dari rumahnya itu.
Baca Juga Di sini:
Tak Mampu RM500 Kos Pengebumian, 3 Hari Simpan Jenazah Anak Dalam Peti Mayat
Kerana Terlalu SAYANG, Bekukan Mayat Isteri Sehingga 50 Tahun, Harap ‘Dihidupkan’ Semula
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.
Polis berkata, pihaknya tidak menemui sebarang kecederaan selain waktu dan punca kematian wanita yang disimpan dalam peti sejuk terbabit.
Mayat itu dilaporkan dijumpai oleh seorang tukang cuci selepas Yoshino dihalau keluar kerana tidak mampu lagi membayar sewa apartment.
Tambah polis, mayat itu ditemui dalam keadaan membengkok dalam peti sejuk.
Yoshino telah ditangkap di sebuah hotel di bandar China berhampiran Tokyo pada Jumaat lalu. – Agensi
MW: Selama mana pun kebenaran cuba disembunyikan namun akhirnya terbongkar jua. Jika tidak mungkin lebih lama wanita ini akan menyimpan mayat ibunya.
Sumber: Sinar Harian/ Agensi