Cara perpisahan terbaik. Jangan terkejut bila ada pasangan suami isteri yang ktia rasakan cukup bahagia, saling menyayangi, ‘loving couple’. Tiba-tiba digemparkan failkan perceraian dan tak kurang juga yang sudah lafaz talak.
Bukan setakat selebriti yang memang akan sentiasa di intai oleh netizen tapi orang biasa-biasa pun boleh terjadi juga. Kita tak tahu pergolakan rumahtangga dan ujian buat mereka.
Bagi yang mampu pertahankan cuba sedaya upaya baiki hubungan. Tak mustahil demi anak-anak dan keluarga. Tapi sampai bila? Kalau itu jalan terbaik, perpisahan bukanlah sesuatu yang buruk.
Baca Artikel terbaik Di Sini: Diana Danielle Fail Perceraian, Farid Kamil Enggan Lafaz Talak Di Mahkamah
Tak ada angin, takde ribut, tiba-tiba kedua-duanya umumkan bahawa mereka sudah pun bercerai.
Mulalah bertebaran macam-macam spekulasi. Apa terjadi? Kenapa tiba-tiba sangat?
Subhanallah. Sebenarnya cara perpisahan begitulah yang terbaik.
Masing-masing tidak riuh memperdagangkan masalah rumah tangga mereka. Ujian dan perceraian dilalui secara senyap dan harmoni.
Pengumuman mengenainya juga dibuat secara terhormat tanpa memburuk-burukkan mana-mana pihak.
Justeru, kita hormati.
Ya, walaupun sabar berdepan ujian rumah tangga adalah satu perkara yang terpuji, namun perceraian bukanlah satu perkara yang buruk.
Islam membenarkan perceraian sebagai salah satu jalan keluar daripada satu situasi yang sudah tidak mampu ditanggung lagi.
Sewaktu mentashih karya saya yang bertajuk Be Cool, Ustazah Noor Laila Aniza berkongsi pesanan supaya tidak memandang buruk pada perceraian.
Kalau sekiranya hati menjadi tidak redha dengan rumah tangga, setiap hari jadi benci, sampai nak marah-marah, sampai tak redha dengan takdir Allah, sampai jatuh nusyuz, maka perceraian mungkin jalan terbaik untuk selamatkan iman.
Namun sebelum itu, tetaplah istikharah adalah jalan terbaik untuk mendapatkan keyakinan dalam membuat sebarang keputusan.
Jangan membabi-buta bertindak mengikut hawa nafsu dan kata hati sendiri tanpa merujuk kepada Yang Maha Mengetahui.
Ya, setiap rumah tangga teruji. Biarlah Allah yang berperanan penuh dalam hal ini. Minta Allah beri kekuatan, petunjuk dan penyelesaian.
Antara kata-kata dalam video yang dikongsikan oleh Bonda Nor:
Masalah rumahtangga ini biasalah kan. Mana-mana suami isteri akan bergaduh, berselisihan faham, tetapi sejauhmana kita nak mempertahankan rumahtangga kita itu sebenarnya bergantung kepada hati kita sendiri.
Sejauh mana kekuatan kepergantungan kita kepada Allah.
Ada orang bertahan kerana anak, keluarga, kewangan dan terpulang kepada masing-masing.
Namun, sekiranya kita masih lagi bersabar dan bersabar atas ujian tersebut, maka itu adalah satu keputusan terpuji. Tetapi, kalu kita sendiri tidak redha, dengan apa yang berlaku dalam rumahtangga, maka perpisahan bukanlah sesuatu yang buruk.
Mingguan Wanita : Redha dan mudah-mudahan ada jalan terbaik menanti di hadapan.
Sumber: Bonda Nor
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita