Cara perpisahan terbaik. Jangan terkejut bila ada pasangan suami isteri yang ktia rasakan cukup bahagia, saling menyayangi, ‘loving couple’. Tiba-tiba digemparkan failkan perceraian dan tak kurang juga yang sudah lafaz talak.
Bukan setakat selebriti yang memang akan sentiasa di intai oleh netizen tapi orang biasa-biasa pun boleh terjadi juga. Kita tak tahu pergolakan rumahtangga dan ujian buat mereka.
Bagi yang mampu pertahankan cuba sedaya upaya baiki hubungan. Tak mustahil demi anak-anak dan keluarga. Tapi sampai bila? Kalau itu jalan terbaik, perpisahan bukanlah sesuatu yang buruk.
Cara Perpisahan Terbaik, Redha & Hadapi Ujian Dengan Tenang
Tak ada angin, takde ribut, tiba-tiba kedua-duanya umumkan bahawa mereka sudah pun bercerai.
Mulalah bertebaran macam-macam spekulasi. Apa terjadi? Kenapa tiba-tiba sangat?
Subhanallah. Sebenarnya cara perpisahan begitulah yang terbaik.
Masing-masing tidak riuh memperdagangkan masalah rumah tangga mereka. Ujian dan perceraian dilalui secara senyap dan harmoni.
Ads
Pengumuman mengenainya juga dibuat secara terhormat tanpa memburuk-burukkan mana-mana pihak.
Justeru, kita hormati.
Ya, walaupun sabar berdepan ujian rumah tangga adalah satu perkara yang terpuji, namun perceraian bukanlah satu perkara yang buruk.
Islam membenarkan perceraian sebagai salah satu jalan keluar daripada satu situasi yang sudah tidak mampu ditanggung lagi.
Jangan Pandang Buruk Pada Perceraian
Sewaktu mentashih karya saya yang bertajuk Be Cool, Ustazah Noor Laila Aniza berkongsi pesanan supaya tidak memandang buruk pada perceraian.
Kalau sekiranya hati menjadi tidak redha dengan rumah tangga, setiap hari jadi benci, sampai nak marah-marah, sampai tak redha dengan takdir Allah, sampai jatuh nusyuz, maka perceraian mungkin jalan terbaik untuk selamatkan iman.
Ads
Namun sebelum itu, tetaplah istikharah adalah jalan terbaik untuk mendapatkan keyakinan dalam membuat sebarang keputusan.
Jangan membabi-buta bertindak mengikut hawa nafsu dan kata hati sendiri tanpa merujuk kepada Yang Maha Mengetahui.
Ya, setiap rumah tangga teruji. Biarlah Allah yang berperanan penuh dalam hal ini. Minta Allah beri kekuatan, petunjuk dan penyelesaian.
Antara kata-kata dalam video yang dikongsikan oleh Bonda Nor:
Masalah rumahtangga ini biasalah kan. Mana-mana suami isteri akan bergaduh, berselisihan faham, tetapi sejauhmana kita nak mempertahankan rumahtangga kita itu sebenarnya bergantung kepada hati kita sendiri.
Ads
Sejauh mana kekuatan kepergantungan kita kepada Allah.
Ada orang bertahan kerana anak, keluarga, kewangan dan terpulang kepada masing-masing.
Namun, sekiranya kita masih lagi bersabar dan bersabar atas ujian tersebut, maka itu adalah satu keputusan terpuji. Tetapi, kalu kita sendiri tidak redha, dengan apa yang berlaku dalam rumahtangga, maka perpisahan bukanlah sesuatu yang buruk.
Mingguan Wanita : Redha dan mudah-mudahan ada jalan terbaik menanti di hadapan.
Terbaru pelawak terkenal Shuib Sepahtu memaklumkan isterinya, Siti Sarah masuk ICU atau Unit Rawatan Rapi. Keadaan ini disebabkan oksigen Siti Sarah yang tidak berapa stabil dan keadaannya juga yang tak berapa baik.
Sejak semalam, Siti Sarah Raisuddin yang hamil tujuh bulan masih bergantung pada alat bantuan pernafasan. Turut dimaklumkan oksigennya masih belum stabil.
Sebelumnya Siti Sarah dimasukkan ke hospital disebabkan batuk dan sesak nafas.
Shuib dan isteri serta anak-anak menjalani ujian saringan Covid-19 pada 25hb yang lalu dan disahkan positif seluruh ahli keluarga. Rentetan pembantu rumahnya yang positif Covid-19.
Menerusi laman instagramnya, Shuib memohon sempena hari baik, hari Jumaat ini agar mendoakan isterinya dan anak dalam kandungan dalam keadaan selamat.
“Assalammualaikum Salam Jumaat semua,pagi tadi isteri saya telah dimasukkan ke ICU di sebabkan oksigen yang tak berapa stabil dan keadaan dia yang tak berapa baik.
SAYA MOHON DIHARI BAIK, HARI JUMAAT, DOAKAN SARAH DAN ANAK DALAM KANDUNGAN, SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN DAN SEMOGA ALLAH BERIKAN KEKUATAN UNTUK MEREKA. SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA, AMIN.”
Hebat ujian buat keluarga Shuib ini, namun percayalah Allah menguji hambanya mengikut apa yang hambanya termampu. Semoga Allah memberi kekuatan kepada Siti Sarah dan bayi dalam perutnya. Serta memberikan ketenangan hati dan kemudahan juga kepada Shuib dan anak-anaknya, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad mendirikan rumah tangga dengan Siti Sarah pada 26 Februari 2011.
Mingguan Wanita :Semoga Siti Sarah dan bayi dalam kandungan terus kuat.
“Semakin hampir hari pernikahan, semakin berat ujian.” Dugaan bertunang buat gadis ini apabila duit simpanan hilang dan dirinya jatuh sakit secara tiba tiba.
Ternyata apa yang dilalui gadis ini turut dilalui orang lain. Malahan ramai yang bersimpati dengannya dan memberi semangat pada gadis ini.
Semakin Hampir Hari Pernikahan
Dalam kemanisan bertunang, pasti akan ada detik-detik mencabar yang perlu dilalui dengan penuh kesabaran agar hubungan cinta yang dibina dapat bertahan hingga ke alam perkahwinan.
Menerusi perkongsian seorang gadis @miss_wawa di media sosial, menceritakan pelbagai situasi yang dialaminya bersama pasangan selepas mereka mengikat tali pertunangan pada tahun lalu.
Semakin Berat Ujian
Menurut gadis itu, dia mengakui semakin hampir hari pernikahan, semakin berat ujian menimpa dirinya dan pasangan, namun mereka menerima dengan penuh reda.
“Betul la ujian bertunang mesti ada. Bekas kekasih tiba-tiba WhatsApp, minta maaf dan ajak jumpa.
“Selain itu, duit simpanan untuk kahwin hilang, tak dapat diselamatkan dan yang terbaru, secara tiba-tiba saya jatuh sakit. Tapi kami tetap kuat untuk halalkan hubungan ini,” katanya.
Bagi Wawa, dia dan tunangnya tetap berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah yang timbul agar tidak menjejaskan hubungan mereka pada saat-saat akhir ini.
Sementara itu, rata-rata orang ramai turut memberi kata-kata semangat kepadanya agar terus kuat dan bertahan menghadapi dugaan bertunang.
Duit Hilang, Jatuh Sakit
“Semoga ada keajaiban selepas nikah dan hubungan kekal bahagia sampai syurga,” kata Natasha Rashdan.
“Semoga Allah permudahkan segala urusan awak dan pasangan, percaya pada jodoh dan sama-sama perlu kuat,” ujar Rafidah Nor.
Selain itu, seorang pengguna lain turut berkongsi pengalamannya ketika fasa bertunang dan menghadapi situasi yang hampir sama seperti diceritakan gadis tersebut.
“Betul, dugaan bertunang sangat mencabar, masa saya dulu pernah duit hilang, kami pasrah dan sampai pasangan saya fikir nak lepaskan saya pada orang lain, tapi kami cuba untuk kuat,” kata Jasmin.
Mingguan Wanita : Benarlah dugaan bertunang sangat menguji kesabaran, ada yang selamat menghadapinya. Namun ada juga kecundang di tengah jalan. Semoga gadis ini dan tunangnya bertemu bahagia.
‘Tinggalkan diriku’ tanda cinta, Shuib sebak, hiba arwah Sarah seakan tahu apa bakal terjadi, begitulah yang diluahkan oleh pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu yang telah kehilangan isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin pada 9 Ogos lalu.
Sememangnya pemergiaan arwah Sarah meninggalkan kesan yang begitu mendalam dalam hidup Shuib.
‘Tinggalkan Diriku’ Tanda Cinta, Shuib Sebak
Pemilik nama sebenar Shahmira Muhamad, 37 itu menyatakan kehilangan arwah isteri meninggalkan rasa sepi, kosong dan bagaikan hilang seluruh jiwanya.
Akui dirinya masih sedih bapa kepada empat orang anak itu mengabadikan sesuatu sebagai tanda cinta dan ingatan buat arwah isteri dan kini tampil melancarkan muzik video single berjudul Tinggalkan Diriku
“Enam hari selepas pemergian Allahyarham Siti Sarah, saya mendengar rakaman lagu Tinggalkan Diriku.
“Rasa sebak, hiba dan segala rasa hadir tatkala mendengarkan semula lagu itu. Cara penyampaian Siti Sarah begitu berbeza dan istimewa sekali seakan sudah tahu apa yang bakal terjadi nanti.
“Bait-bait lirik yang cukup indah begitu dirasakan sekarang,” katanya yang turut menjelaskan lagu Tinggalkan Diriku dirakamkan ketika sesi latihan untuk Showcase Siti Sarah hampir tiga tahun lalu.
Shuib kini menjalankan kehidupan tanpa arwah isteri dan berseorangan membesarkan anak-anak.
Turut Masukkan Petikan Rakaman Perbualan Terakhir Dengan Arwah Sarah
Bertambah sayu, Shuib turut memasukkan petikan rakaman perbualan terakhir antara dia dan arwah Siti Sarah.
“Dalam muzik video ini, saya selitkan perbualan akhir bersama Siti Sarah untuk memberikan kata-kata semangat dan memujuk arwah untuk ‘ditidurkan’.
“Ini adalah momen paling sukar dalam hidup saya sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak.
“Perbualan tersebut adalah tanda pengorbanan besar seorang ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan anak,” sambungnya.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...