Tidak hanya bank, YB Fahmi Fadzil pula dedah Tabung Haji ibunya lesap RM75,000 dalam tempoh 15 minit. Isu kehilangan duit dari bank-bant tempatan nyata mendapat reaksi pantas dari masyarakat. Ramai mendesak agar pihak berautoriti seperti Bank Negara Malaysia mengambil tindakan segera kerana terlampau mangsa kejadian dilaporkan.

Berdasarkan carian MW di laman rasmi Polis DiRaja Malaysia, jenayah penipuan siber sejak 2020 sehingga Mei 2022 ialah sebanyak 48,850 kes dilaporkan dengan jumlah kerugian sebanyak 5.28 bilion dalam tempoh yang sama.

Jelas, ianya amat menakutkan di mana perompak hari ini tidak perlu memikul senjata api untuk merompak bank sebaliknya cukup DUDUK DI DEPAN KOMPUTER SAHAJA. Hasilnya berbilion disedut dengan mudah. Yang hanya kita baca, tangkapan melibatkan bilis-bilis, dan bukannya jerung scammer ini.

Isu scammer ini mendapat perhatian dari Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Fahmi Fadzil yang mendedahkan wang simpanan ibunya di Tabung Haji (yang kita ketahui amat ketat pengeluaranya) turut menjadi mangsa jenayah siber ini dalam tempoh singkat iaitu 15 minit sedangkan tiada pengeluaran dibuat semalam di fbnya.

Baca pendedahannya. Ini kerana dirinya dan rakan-rakan sejawatan sedang merangka beberapa langkah untuk membantu mangsa scam ini dan mendesak satu perubahan total.
Ya semoga semua mangsa scam ini mendapat pembelaan sewajarnya pada masa akan datang.

BACA ARTIKEL BERKAITAN :- Ini IKHTIAR Elak Diri Jadi Mangsa Scammer, Cepatlah Ubah ‘Setting’ Ikut Langkah Diajar

Ads

Hati-Hati Iklan Perkhidmatan Di FB, Scammer Bagi Link Website Sebijik Macam BANK!

Scammer Licik Dakwa Pegawai Mahkamah/Polis Perdaya Wanita Ini Serah Data Bank, Ini Makan Dia!

Baca perkongsiannya.

Lagi kes scam. Setiap hari pasti kita akan dengar, malah sekarang boleh jadi kita kenal mangsa-mangsa scam itu sendiri.

Macam saya, mak saya sendiri kena scam. Hilang RM75,000 simpanan Tabung Haji dalam masa 15 minit.

Ads

Hari tu saya solat Jumaat di Masjid Ar-Rahman. Isu scam ni sudah menjadi begitu besar hingga khutbah Jumaat pun khusus pasal scam. Khatib kata setakat hujung Julai 2022, 13,000 orang telah menjadi mangsa scammer dan RM427 juta telah dicuri syaitan-syaitan scammer ini. Manakala PDRM telah jejak 254,000 akaun keldai sejak 2014, dan lebih 134,000 tangkapan telah dibuat dari 2016 hingga sekarang.

Secara purata, 20,000 orang jadi mangsa scammer setahun, RM660 juta dicuri. Tapi sampai sekarang kita belum dengar seorang pun kepala scammer yang dihumban ke dalam penjara.

Kita tak nak ikan-ikan bilis iaitu pemilik akaun keldai ni sahaja yang dihadap ke muka pengadilan.

Kita nak ikan-ikan jerung iaitu syaitan scammer nirrajim yang ditangkap dan diheret ke mahkamah!

Ads

Kita juga nak Bank Negara Malaysia, Association of Banks in Malaysia (ABM) dan Association of Islamic Banks in Malaysia (AIBIM) untuk ambik tindakan drastik segera. Pelbagai ‘exploit’ keselamatan termasuk OTP jelas disalahguna penjenayah scammer untuk merompak simpanan rakyat.

Adakah OTP ini masih satu aspek keselamatan dalam perbankan dalam talian? Atau adakah ia menjadi ‘laluan’ untuk menghalalkan pencurian duit simpanan kita? Sebab jelas, bank-bank komersial lepas tangan bila mereka kata “Tapi awak sahkan dengan OTP”. Langsung tak nak ambik pot dan tak manusiawi waktu rakyat menjadi mangsa scam dan mahu perlindungan.

OTP ialah ‘One-Time Password’, bukan ‘One-Time Passport for Scammers’!

Saya dan rakan-rakan sedang merangka beberapa langkah yang inshaAllah akan kami umum dalam masa terdekat, untuk membantu mangsa scam ini dan mendesak satu perubahan total. Sumber : FB Fahmi Fadzil

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI