Adam Corrie mengakui, dia kini tidak bersalam dengan wanita bukan mahram. Bagi sesetengah orang mungkin ini perkara kecil tapi besar bagi Adam Corrie.
Bersalaman atau berjabat tangan adalah salah satu cara kita memulakan perkenalan atau cara bermesra mengikut adat. Namun bersalaman di kalangan bukan mahram adalah salah sama sekali seperti mana yang dikongsikan pelakon, Adam Corrie di akaun Facebooknya.
Tidak Bersalam Dengan Wanita Bukan Mahram
Assalamualaikum dan selamat pagi…
Saya teringat dulu ketika awal pengislaman saya, saya masih lagi berjabat tangan dengan wanita..
Tapi selepas berkahwin, bidadari saya maklumkan bahawa orang Islam tak boleh bersentuhan dengan berlainan jantina, haram.
Pada awalnya memang agak sukar untuk mengelak dari peminat dan rakan artis wanita yang hulurkan tangan.
Kecil Pada Orang Tapi Besar Bagi Adam Corrie
Lama-lama saya rasa, saya perlu berani buat perubahan demi kebaikan. Jadi apabila rakan atau peminat wanita saya selalu hulur tangan untuk berjabat tangan dengan saya. Lalu saya terpaksa kata “minta maaf” sambil tangan letak di dada.
Ads
Ada yang terima dengan baik, ada yang kata sombong, ada yang kata sudah jadi ustaz ke? Dan macam-macam lagi.
Makan masa juga untuk buat perubahan dan orang sekeliling terima perkara baik ini iaitu selepas 4 tahun kembali fitrah.
Budaya Bersalam Tak Sesuai Dalam Islam
Saya faham, budaya bersalaman ini telah diterapkan dari dulu lagi tanda hormat. Tak kisahlah lelaki perempuan perlu bersalam.
Kalau tak bersalaman dikata kurang ajar, tiada adab. Tapi sebenarnya budaya bersalaman dengan bukan mahram ini tak sesuai dalam Islam.
Jadi sekarang rata-rata mereka sudah faham, saya tidak berjabat tangan dengan wanita bukan mahram.
Ads
Mungkin perkara ini kecil atau remeh bagi sesetengah orang. Tapi besar bagi saya.
Mingguan Wanita : Masyarakat Melayu memang terdidik dengan sifar mesra begini tanpa mengira lelaki atau wanita. Memang sukar dikikis tetapi jika kita belajar dan mengetahui ianya haram seeloknya cubalah untuk tinggalkan secara perlahan-lahan.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Urusan perkahwinan dan perceraian bukan satu mainan. Entah apa yang difikirkan oleh pengantin lelaki ini apabila dengan selambanya melafazkan cerai pada isterinya hanya beberapa minit selepas akad nikah.
Satu klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan detik seorang pemuda menceraikan isterinya sebaik sahaja diijab kabul, lapor portal berita TribunJateng.com hari ini. Rakaman itu diberi judul ‘Pemuda di Bima ceraikan isteri beberapa minit selepas ijab kabul, keluarga pengantin perempuan terus mengamuk.’
Lafaz Talak Pada Isteri
Dalam klip video itu, kelihatan si suami enggan menandatangani surat nikah selepas ijab kabul selesai. Dia sebaliknya berdiri dan melafazkan talak kepada isterinya.
Perbuatan pemuda tersebut menyebabkan keluarga pengantin perempuan hampir pitam. Insiden itu juga menyebabkan keluarga pengantin lelaki dan pengantin perempuan bergaduh.
Dipaksa Kahwin
Keterangan yang disertakan bersama rakaman itu menyebut bahawa lelaki itu menikahi gadis yang sedang berbadan dua dan dia enggan bertanggungjawab. Bagaimanapun, dia tetap dipaksa untuk melangsungkan pernikahan tersebut.
Lelaki itu tetap hadir dalam majlis pernikahan itu dan menjalankan ijab kabul. Namun, dipercayai akibat diselubungi perasaan kecewa, dia terus menceraikan isterinya.
“Hari ini, aku talak Yati,” katanya dalam bahasa Bima.
Tersentak dengan perbuatan tersebut, keluarga pengantin perempuan langsung mengamuk dan bertindak menyerang lelaki itu. Apa yang berlaku seterusnya tidak dapat dipastikan kerana video itu berakhir dengan kedua-dua keluarga bergaduh.
Lokasi kejadian belum dapat dipastikan tetapi beberapa netizen berkata, insiden itu berlaku di Sumbawa, Kepulauan Sunda Kecil, manakala pengantin lelaki dikatakan berasal dari Kampung Kalampa dalam Kecamatan Woha. – Agensi
Mingguan Wanita : Perkahwinan dan perceraian bukanlah mainan.Perkahwinan bukan boleh dipaksa-paksa dan paksa untuk berkahwin demi untuk ‘bertanggungjawab’ tidak akan membahagiakan perkahwinan.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Jika sebelum ini, menerusi program Rancangan Makanan Tambahan (RMT), cuma anak dari keluarga perbendapatan 40 peratus terendah (B40) saja yang menikmati kemudahan ini, kini tak lagi. Kerana sarapan percuma ini diperluaskan kepada seluruh pelajar.
Tulisnya dalam facebook beliau,
BERMULA JANUARI 2020, SARAPAN PERCUMA AKAN DISEDIAKAN BUAT SEMUA ANAK-ANAK DI SEKOLAH RENDAH SELURUH NEGARA
Anak-anak kita memerlukan jadual pemakanan yang tepat dan amalan pemakanan seimbang bagi memastikan mereka terus kekal sihat dan cergas di samping dapat membantu mereka memberi tumpuan sebaik mungkin dalam pelajaran setiap hari.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat mengambil berat aspek pemakanan murid dan sentiasa menggerakkan pelbagai inisiatif penting untuk memastikan anak-anak kita perutnya sentiasa terisi dengan makanan berkhasiat.
Program Sarapan Percuma Berpandukan Menu Sihat, Dan Enak
Sehubungan itu, bermula dari Januari 2020, KPM bakal melancarkan program sarapan percuma khas untuk anak-anak di sekolah rendah di seluruh negara. Melalui program ini nanti, anak-anak akan disediakan sarapan enak berpandukan menu yang sihat dan ia adalah percuma.
KPM akan terus meneroka apa sahaja ruang bagi memastikan anak-anak hadir ke sekolah dengan penuh kegembiraan.
Mekanisme pemberian sarapan percuma ini bagi setiap sekolah bagaimana pun belum diperjelaskan secara menyeluruh.
Semoga dengan pelaksanaan sarapan percuma ini akan membantu anak-anak untuk lebih fokus memberi tumpuan dalam setiap sesi pembelajaran di dalam kelas.
Dan tentunya pengumuman ini memberi berita gembira kepada ibu bapa malah para pelajar yang bakal menikmati kemudahan lebih baik menerusi program ini.
Semalam, Malaysia dikejutkan dengan berita orang awam temui sekujur tubuh pelajar perempuan Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) yang dibunuh sebelum mayatnya diinggalkan di tepi jalan di Lorong 4, Taman PD Permata, Port Dickson.
Jasad mangsa, Nur Alya Damia sudahpun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang sekitar jam 6.50 petang semalam. Syukurlah kerana pihak polis sudahpun berjaya menahan bekas teman lelaki pelajar ini yang juga suspek kejadian.
Seperti yang dimaklumkan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Mohd Faisal Mohd Noor, suspek berusia 19 tahun ditangkap di rumahnya di Taman PD Idaman, Lukut. Yang mana jarak kediaman suspek itu kira-kira satu kilometer dari tempat mayat ditemui.
Tambah beliau, selepas mayat Nur Alya Damia Hairi, 19 ini ditemui oleh penduduk sekitar jam 10.30 malam semalam, kira-kira 15 minit selepas itulah suspek yang juga penuntut KVPD ditahan.
Dari siasatan awal polis mendapati mangsa keluar dari rumah sewanya dekat Taman PD Idaman. Selepas itu suspek menjemput mangsa menaiki Proton wira dan mereka bergerak ke satu lokasi berdekatan taman perumahan itu.
“Berlaku perselisihan faham di dalam kereta sehingga mangsa dicekik oleh suspek selama beberapa minit yang menyebabkan kematiannya,” katanya.
Suspek Ketakutan Lihat Tubuh Mangsa Tak Bernyawa
Tambah Mohd Faisal, apabila suspek sedar yang Nur Alya Damia sudah meninggal dunia, suspek pula dalam ketakutan dan mencampakkan mayat remaja perempuan itu di tepi jalan di Taman PF Permata sebelum ditemui orang awam.
Sambung beliau lagi kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Port Dickson untuk mendapatkan perintah reman.” ujarnya ketika ditemuramah pemberita semalam.
Semalam menyaksikan saat yang paling menyayat hati buat keluarga allahyarham Nur Alya Damia. Pelajar perempuan tahun akhir Diploma Sistem Komputer dan Rangkaian KVPD ini hampir saja menamatkan pengajiannya. Namun, belumpun sempat dia membalas jasa mak ayah, allahyarham sudah dibunuh.
Jenazah allahyarham tiba ke kediaman keluarganya buat kali terakhir di Kampung Idaman kira-kira jam 4.50 petang semalam. Yang mana, ahli keluarga, sanak saudara malah jiran tetangga telah pun berkumpul untuk melihat allahyarham buat terakhir kalinya.
Kemudian, jenazah dibawa ke Masjid Al-Falah, Kampung Idaman Klang untuk disolatkan. Sekitar 5.30 petang, jenazah tiba di tanah perkuburan untuk urusan pengebumiannya.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...