Tidak berpuas hati wasiat yang ditinggalkan, seorang anak sanggup bakar kubur arwah ayahnya. Barangkali jika ayahnya masih hidup, mahu dia luahkan amarah dan meminta ayahnya menukar wasiat.
Barangkali tindakan dia membakar kubur ayahnya dapat mengurangkan sedikit tekanan yang dialaminya. Namun tindakan yang pemuda ini amatlah tidak wajar, apatah lagi ayahnya kini sudah tiada.
Viral tentang kisah seorang pemuda di Jakarta, Indonesia nekad membakar kubur arwah ayahnya kerana tidak berpuas hati dengan wasiat yang ditinggalkan, lapor Suara.com semalam.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di @nenk_updatee, seorang lelaki dilihat turun daripada kenderaan membawa tong yang dipercayai berisi minyak tanah sebelum menuju ke arah sebuah tapak kubur.
Apabila tiba di kubur ayahnya, lelaki itu bertindak menyiram kawasan itu dengan minyak dan melemparkan mancis berapi ke atasnya.
Baca Juga Di Sini :
Tulis WASIAT, Elak Waris Bergaduh, Tapi Kalau Keluarga ‘Faham Agama’, Tak Perlu Pun!
“Wasiatkan Emas Untuk Sedekahkan Pada Masjid”, Wanita Ini Kongsi Persediaan Maknya Sebelum Meninggal
Buatlah WASIAT Demi Memudahkan Dan Melancarkan Kehidupan PEWARIS Yang Ditinggalkan
Tidak cukup dengan membakar kubur, dia turut bertindak ganas dengan memecahkan batu nisan kubur ayahnya.
Menurut sumber, lelaki itu sudah beberapa kali cuba membakar kubur bapanya itu namun berjaya dihalang orang kampung.
“Anak arwah dikhabarkan marah dengan wasiat yang ditinggalkan bapanya kerana berasakan ia tidak adil,” ujar sumber berkenaan. – Agensi
Mingguan Wanita : Entahlah apalah yang membuatkan pemuda ini nekad melakukan tindakan sedemikian. Harap dia menyesal atas perbuatannya itu.
Sumber : Kosmo Online