Selalu kita dengar dan akan terikut-ikut dengan petua orang tua bagi. Kononnya, kalau nak minum madu, kena cedok dengan sudu kayu atau sudu plastik. Cara ini supaya khasiat dan kesannya lebih mujarab dan berkesan.

Namun, sejauh manakah teori ini? Sampaikan kita pun terikut sama dan mesti akan mencari sudu plastik semata-mata nak mencedok madu.

Perkongsian daripada Fatimah Salim boleh membuka mata dan tak perlu risau lagi untuk menggunakan sudu besi. Ini jawapannya.

Persoalan

Ada yang bertanya mengenai penggunaan jenis sudu untuk mencedok madu. Ada yang kata, tidak boleh menggunakan sudu besi untuk mencedok madu.

Jawapan saya: TIADA masalah untuk guna sudu besi mencedok madu.

IKLAN

Mungkin yang buat kenyataan tidak mengalakkan pengunaan sudu besi disebabkan sifat asidik madu. Madu bersifat asidik disebabkan kandungan bahan kimia asid organiknya. Skala pH madu biasanya antara 3.4 – 6.1.

Disebabkan bahan berasid boleh menghakis logam (seperti sudu besi ini) dikuatiri komponen logam boleh bercampur dalam madu. Maka, ada yang melarang dalam penggunaan.

IKLAN

Jangan Rendam

Begini, kita bukan tinggalkan sudu dalam madu, hanya mencedok sahaja. Maka tiadalah potensi tindakbalas berlaku. Jika kita tinggalkan sudu logam dalam madu untuk tempoh masa yang LAMA, mungkin akan berlaku tindakbalas.

Cuma bukan semua madu mempunyai tahap keasidan yang sama. Contoh madu tualang mempunyai pH sekitar 3.5-4.0, madu Manuka pula pH 3.2-4.2 dan madu kelulut 2.0-3.0.

IKLAN

Jadi, potensi tindakbalas juga berlainan. Sekali lagi, kesan tindakbalas ini hanya berlaku jika sudunya dibiarkan berendam dalam madu untuk tempoh masa yang lama.

Nota:
1) Skala pH ialah skala yang digunakan untuk mengukur tahap keasidan dan kealkalian bahan yang larut air. Semakin kecil nombor, semakin berasid sifat bahan itu.
2) Madu tinggi dengan kandungan gula fruktosa (~ 39%) dan gula glukosa (31%). Sebab itu rasanya manis. Maka, bagi yang mengawal kandungan gula, perlu lebih peka.

MW: Lepas ini, bolehlah nak cedok dan minum madu dengan sudu besi. Tiada masalah pun dengan apa yang dikatakan memberi keberkesanannya.

Sumber: Fatimah Salim

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI