“Tidak adil orang luar membuat andaian bukan-bukan.” Luahan Shuib mengenai pandangan orang ramai mengenai wanita yang kini rapat dengan dirinya, Watie Hanifiah seharusnya tidak perlu disalah anggap.
Bagi pelawak dan penyampai radio, Shuib dirinya tidak salah membuat pilihan untuk rapat dengan Watie dek kerana dia sendiri lebih tahu tentang diri wanita itu.
“Tidak Adil Orang Luar Membuat Andaian Bukan-Bukan.”
Seperti mana yang dipetik menerusi Berita Harian Online Shuib memohon agar keputusannya menjalinkan hubungan rapat dengan Watie tidak dipertikaikan. Malah dia juga tidak akan sesekali merosakkan kehidupannya dengan anak-anak.
Ads
“InsyaAllah, saya tahu mana baik dan buruk. Saya juga tahu mana okay atau sebaliknya.
“Namun, saya tidak boleh menolak persepsi orang. Cuma, tidak adil untuk orang luar membuat andaian bukan-bukan, sedangkan tidak mengenali Watie.
“Yang kenal dan dikatakan bercinta dengan Watie adalah saya. Jadi, takkan saya mahu merosakkan kehidupan.
“Sudah tentu saya akan menjaga kehidupan saya dan anak-anak sebagaimana ketika bersama Allahyarham Siti Sarah Raissuddin,” terang Shuib.
Banyak Hati Perlu Dijaga
Bapa tunggal kepada empat orang anak itu juga meminta agar janganlah berlebih membuat andaian tentang Watie ini kerana banyak hati yang perlu dijaga.
“Saya fikirkan anak-anak dahulu. Saya mementingkan kesihatan mental mereka.
Ads
“Perjalanan ditempuhi anak-anak sekarang bukanlah mudah, mereka juga perlukan sentuhan seorang ibu.
“Kalau anak-anak gembira, manakala ibu dan keluarga mentua bersetuju, saya akan okay sahaja. Ini kerana saya hanya memikirkan merek,” katanya yang kini masih dalam fasa mengenali hati budi bersama ibu dan anak-anaknya.
Zaman sekarang ini ada mak-mak yang siap hantar kedai sebab malas nak lipat kain. Bukan nak membazir duit tapi kalau kain baju pun dah nak macam kubu perang, upah orang melipat lagi bagus.
Ini ikut poket masing-masing lah ya. Sekurang-kurangnya mata tak sakit dan kain baju tak berlonggok dan menimbun.
Haaa… tetapi ada juga mak-mak yang jenis letak dalam bakul siap-siap. Hujung minggu baru tarik bakul sebab nak lipat. Ok lah daripada main longgok atas sofa!
Jangan biasakan ya mak-mak walau suami OK je, seeloknya mak-mak cuba cari jalan macam mana nak selesaikan masalah kain baju ni secepat mungkin. Atau mak-mak boleh ikut idea yang dikongsikan kali ini…
Idea Lipat Kain Baju
Baju dan Seluar
Tudung dan Shawl
Pakaian Dalam
Peraturan Lipat Kain
1. Letak phone jauh-jauh, kalau melipat kain sambil main phone memang hasilnya kelaut. Kerja yang patut settle 15 minit pun boleh bertukar sejam kalau hadap phone.
2. Asing dulu kain besar dan kecil ikut kategori. Lepas itu, sila fokus kain besar-besar dulu. Yang ecil-kecil pungut letak BOX.
3. Gantungkan kain baju yang patut digantung, contoh mudah jubah, baju kurung dan kemeja suami. Haaa… tak payah lipatlah kemeja, senang nak gosok kalau dah gantung.
4. Boleh lipat cara gulung dan masukkan dalam kotak. Kemudian masukkan dalam laci almari.
Ok, kalau nak kemas dan cantik mak-mak boleh tiru cara lipat kain guna Teknik KonMari. Nak tahu apa itu Teknik Konmari boleh baca artikel ini:
“Anak rebah seorang demi seorang, mulut berbuih, berdarah.” Malang sembilan beranak termakan kulat beracun yang dijadikan salah satu hidangan makan tengahari.
Benarlah malang tidak berbau, ibu kepada lapan anak ini sama sekali tidak menyangka kulat yang dipetiknya beracun dan membuatkan mereka sekeluarga rebah tidak bermaya.
Sembilan Beranak Termakan Kulat Beracun
Seorang suri rumah hanya mampu melihat tujuh anaknya rebah seorang demi seorang dalam keadaan mulut berbuih dan berdarah kurang sejam selepas menikmati sayur cendawan goreng yang dipercayai beracun dalam kejadian pada Isnin minggu lalu di kediamannya mereka di Kampung Nyiur, Dungun, Terengganu.
Menurut ibu kepada lapan anak ini, Nurul Musfirah Ghazali, 32, dia langsung tidak tahu cendawan yang tumbuh di kebun di sekitar rumahnya adalah spesies cendawan beracun.
Dia memetik cendawan tersebut sebelum digoreng bersama sayur kangkung dan kacang sebagai salah satu menu makanan tengah hari mereka sekeluarga.
Anak Rebah Seorang Demi Seorang
“Tidak sampai sejam, saya rasa seperti ada yang tidak kena, terasa seolah-olah hendak terbakar di dalam perut, rasa panas semacam dan pada masa sama saya muntah berdarah termasuklah, suami, Muhammad Nurhadi, 36.
”Dalam keadaan tidak bermaya, kami mampu melihat seorang demi seorang anak tergolek, ada yang mulut berbuih dan keluar darah. Allah saja yang tahu perasaan saya pada masa itu,” katanya.
Menurutnya, semua yang ada di dalam rumahnya menjamah menu tersebut kecuali anak yang paling bongsu, berusia setahun sebulan.
Tak Berasa Ragu
Menurut Nurul Musfirah, sebelum ini dia memang pernah ternampak spesies cendawan berkenaan yang tumbuh di kebun sayurnya, namun tidak pernah terlintas untuk memetiknya.
Bagaimanapun, pada hari kejadian, dia langsung tidak rasa ragu-ragu, lalu memetik dan memasaknya.
Beritahunya lagi, dalam keadaan lemah dan muntah-muntah, suaminya tetap menggagahkan diri memandu van membawa mereka sekeluarga ke klinik Kesihatan Paka, Terengganu untuk mendapat rawatan.
Tular Di Media Sosial
Sementara itu, Sinar Harian turut menghubungi kakak kepada Nurul Musfirah, Nurul Annisa Ghazali, 41.
Nurul Annisa adalah individu pertama berkongsi kejadian yang menimpa keluarga itu di laman sosial yang kemudian tular sejak malam Selasa.
Dia hanya mengetahui kejadian menimpa keluarga adik perempuannya selepas dimaklumkan oleh bapa mereka.
Nurul Musfirah turut menghantar sekeping gambar cendawan tersebut kepada keluarga mereka.
“Sejurus ayah melihat gambar cendawan itu, dia sangat terkejut dan terus memaklumkan cendawan itu beracun, memang tak boleh makan.
“Saya pun agak pelik dengan adik kerana sebelum ini dia memang akan tanya kami sebelum nak makan sayur yang dia tak biasa makan, tetapi kali ini tidak,” ujarnya.
Katanya, turut menjelaskan perkongsian tersebut dalam media sosial supaya orang ramai lebih berhati-hati dan kejadian sama tidak menimpa orang lain.
Kesemua anak-anak mereka yang berusia antara 13 hingga empat tahun sudah dibenarkan pulang ke rumah tetapi masih perlu mendapatkan rawatan susulan.
Mingguan Wanita : Rupanya tidak semua spesis kulat atau cendawan boleg dimakan. Berhati-hati dan rujuklah kepada mereka yang lebih pakar agar perkara ini tidak berulang lagi.
Neelofa mahukan terbaik, belum dedah wajah Bilal. Ibu adalah nadi penting dalam sebuah keluarga. Sebagai wanita yang mengandung dan melahirkan anak, ibu sentiasa mendahulukan anak dalam segala hal.
Jadi tak perlulah dipertikai dan hak ibu bapa untuk samaada mahu berkongsi wajah anak kepada umum atau tidak. Keputusan yang dilakukan pasti hanya mahu yang terbaik buat anak-anak mereka.
Begitu juga dengan selebriti popular Neelofa dan pasangannya Haris Ismail yang masih belum bersedia untuk mendedahkan wajah anak mereka di khalayak ramai.
Neelofa Mahukan Terbaik, Belum Dedah Wajah Bilal
Sewaktu bertemu dengannya di majlis pelancaran kolaborasi Naelofar x Disney Alice in Wonderland di IOI City Mall, Putrajaya, Neelofa akui dia memohon sedikit waktu untuk mendedakan wajah anak sulungnya, Muhammad Bilal.
Sebagai seorang ibu pastinya Neelofa mahukan yang terbaik untuk permata hatinya itu.
“Saya buat ini (belum dedah wajah anak) walau orang kecam macam mana sekali pun, kami fikir mengenai kesihatan serta kesejahteraan anak.
“Tunggu bagi dia besar sikit.
“Bukan saya nak sorok atau tak mahu bagi orang tengok, tidak.
“Kalau boleh saya mahu dia membesar seperti kanak-kanak normal yang lain.
“Beri masa dia untuk kuat sikit, barulah kita akan bawa dia keluar dan sebagainya,” luh Neelofa.
Isu Penyakit Áin
Wanita yang sukses dalam bidang perniagaan ini juga sebelum ini mengakui berhati-hati dan belum bersedia untuk berkongsi wajah penuh Bilal bagi mengelakkan penyakit ‘Ain (gangguan yang disebabkan pandangan).
“Elly Mazlein sendiri pernah berkongsi yang mana dia melihat anaknya lebih ceria dan gembira bila ketika di sekolah, orang tidak kenal dia anak siapa.
“Apa yang dilakukan ini juga untuk kesihatan mental kanak-kanak. Mungkin kalau pergi mana-mana, kena kerumun atau ambil gambar nanti. Kasihan pada mereka juga,” sambungnya.
Bilal Baru Mula Makan
Menyentuh tentang perkembangan bayi sulungnya, Neelofa menyatakan Bilal baru mula makan.
“Bilal baru mula makan, bulan hadapan, jadi kita lihat bagaimana pertumbuhannya. Bila semuanya okay, kita akan perrlahan-lahan kongsi wajahnya,” katanya yang turut impikan untuk mengikuti suaminya, PU Riz atau Haris Ismail menyambung pelajaran di universiti di tanah Arab.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.